Akibat Tidur Lewat

on Ahad, Mac 21, 2010



Dua tiga hari yang lepas aku tak dapat nak update blog dan blogwalking kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Kalau tak silap aku, hari Rabu lepas (17 Mac 2010) Iklan Nuffnang muncul dari awal pagi hingga menjelang subuh. Seperti biasa aku klik la iklan tu dan tanpa disedari , jam dah menunjukkan ke angka 4 pagi........Alamak, terlebih sudah. Siapla kena marah kalau my hubby tau aku masih online hingga menjelang subuh. Nasib baik dia dah tidur nyenyak.

Tapi teramat malang bagi diriku.......Betul kata orang, kesihatan harus di jaga. Keesokkannya, bila aku terjaga.....masih ok lagi. Tapi lepas saja aku siap sediakan lunch, kepalaku dah mula tunjukkan tanduknya......tanduk ke? Kepala aku dah berdenyut-denyut semacam je. Sakit sangat-sangat, kesakitan yang tak pernah aku rasa sebelum ini. Lebih kurang macam migrain kot, aku pun tak pernah kena migrain lagi jadi aku agak-agak je la.

Aku yang sebelum ni malas nak makan ubat, malas nak jumpa Doktor akhirnya terpaksa akur juga untuk ke klinik kerana kesakitan yang tak sanggup aku tanggung. My hubby pun hairan, sebelum ni bukan main liat lagi nak ke klinik kalau selsema, batuk atau demam. Tapi kali ni, sekali suruh siap, cepat je aku siap tanpa banyak tanya dan tanpa banyak alasan. Nak gerak kepala sikit pun dah terasa sakit. Dan yang paling menyakitkan apabila aku bersin. Terasa macam nak tercabut otak. Tak sanggup lagi rasanya aku nak melalui saat-saat macam tu lagi. Disebabkan kesakitan tersebut, segala pinggan mangkuk, periuk belanga, kain baju yang bertimbun-timbun tidak di basuh terus bertimbun-timbun.

Sebagai pengajaran (padan muka aku, tak nak dengar cakap suami) kerana tidur lewat dan mungkin tidak cukup tidur, aku sudah serik untuk berjaga hingga jam 3-4 pagi. Aku dah tak sanggup lagi untuk menggadaikan masa tidurku demi Nuffnang semata-mata. Biarlah secara ala kadar sahaja. Alhamdulillah, sekarang keadaanku dah beransur pulih.
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved