Apa Maknanya ni, Buffered ke?

on Selasa, Mac 16, 2010

Assalamualaikum...

Pagi ini aku kembali bersemangat untuk melangkah dan meninggalkan jejak dari satu blog ke blog yang lain kerana terasa terlalu lama tidak menjengah dan membaca perkembangan terbaru blog kawan-kawan walaupun hanya 3 hari tidak buat blogwalking.

Betapa jelousnya hatiku (tumpang gembira juga untuk kawan-kawan dan terus bersemangat serta berdoa moga-moga aku akan dapat juga suatu hari nanti, InsyaAllah) bila ramai kawan-kawan yang dah dapat buffered earning. Antara yang sempat aku senaraikan, blog black_mel, Bluedianthus, Razis dan beberapa blog yang aku dah terlupa urlnya. Bila lah agaknya aku dapat merasa buffered earning di blog sendiri?

Memandangkan entry Nuffnang memang gempaq, tak ada seorang pun yang tak baca kalau sebut pasal Nuffnang (sekadar teori aku je ni). Mesti kebanyakkannya akan baca walaupun secara rawak (Ada ke istilah baca secara rawak?). Aku pun baca la kot-kot terjumpa tips-tips yang diselitkan oleh blogger untuk mendapatkan buffered tersebut.

Oleh kerana ramai kawan-kawan yang dah dapat buffered earning, aku pun dengan sedihnya (sebab belum dapat apa-apa lagi), buka akaun Nuffnang dan update la survey. Mana lah tau kalau-kalau ada rezeki aku pulak lepas ni. Kemudian aku pun check la earning pagi ni (semalam pun check jugak, tiap-tiap hari la aku check kalau aku online).........

Tiba-tiba ada satu benda pelik kat screen ruangan earning. Apa benda ni? Tak pernah pun aku tengok sebelum ni. Terkejut juga. Pada semua kawan-kawan dan tetamu Teratak Usang, tolong la aku untuk menafsir benda pelik ini. Aku kurang arif walaupun dah hampir 5 bulan teratakku bertapak di alam maya ini.

Ni la benda pelik yang aku maksudkan.


Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved