Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan

Maharaja Lawak Mega dan Kopiah Kait GAZA

on Sabtu, Januari 19, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Pasti ramai yang menyaksikan Maharaja Lawak Mega Akhir. Adakah anda perasankan sesuatu? Untuk pengetahuan anda, Boboi menggayakan kopiah kait Gaza hasil buatan ahli-ahli kumpulan crochet yang ditempah khas dari kawan-kawan crochet/kait saya. Walaupun saya tak join, saya tumpang gembira kerana hasil seni tersebut dihargai.



Beberapa hasil kaitan dari rakan crochet

Bulan lepas, salah seorang rakan crochet mewakili pihak Afdlin Shauki mengumpulkan beberapa orang crocheter untuk menghasilkan kopiah kait Gaza. Kopiah Palestin tersebut dikait dan dijual untuk tujuan AMAN PALESTIN GAZA.


Bagi yang berminat untuk memiliki Kopiah Kait Gaza, boleh contact terus saudara Afdlin Shauki atau untuk tempahan, boleh hubungi aku di Iza Arm http://www.facebook.com/teratakusang atau Iza Arm Crochet http://www.facebook.com/pages/Iza-Arm-Crochet-Seni-Mengait-Jarum-Satu/500471746647323 atau whatsapp 017-5516407 (mesej sahaja). Untuk tempahan kopiah kait, ukuran lilitan kepala diperlukan. Terima kasih.

S.O.S

on Rabu, Jun 13, 2012

Assalamualaikum, 
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Rancangan S.O.S iaitu mengisahkan pengacara Aidid Marcelo terperangkap dalam situasi sukar antara hidup atau mati. 
 
Dalam situasi yang berbeza, Aidid akan menonjolkan kemahiran-kemahirannya dalam memastikan dapat bertahan hidup.

Best juga rancangan ni. Ia menerangkan ciri-ciri atau langkah-langkah untuk mernyelamatkan diri dan terus hidup. Lebih kurang macam Suvival tapi versi Malaysia la.

Rancangan ini  bermula 10 malam, setiap Selasa di tv9. Selamat menonton. 

Majlis Pernikahan Awal Ashaari Dan Scha Al-Yahya.

on Sabtu, Mei 05, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Pasangan bahagia, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah selamat diijabkabulkan di Putrajaya malam ni jam 9.20 malam. Dengan sekali lafaz, Scha Al-Yahya sah menjadi isteri Awal Ashaari.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM2050 dan jumlah wang hantaran dirahsiakan. 9 dulang berbalas 7 dulang.









Moga Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bahagia ke akhir hayat.


Sumber: Rotikaya.

Gambar Pra Perkahwinan Awal Dan Scha Al-Yahya.

on Jumaat, Mei 04, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.




Moga Majlis Perkahwinan pasangan bahagia ini berjalan lancar dan kekal ke akhir hayat.

Ana Raffali Sudah Dimiliki.

on Sabtu, Februari 25, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali dan pasangannya Ahmad Aznaim Abdullah, 30 telah diijabkabulkan hari ini, 25 Februari 2012 di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor jam 11.55 pagi.

Beliau dinikahkan oleh bapanya sendiri, 7 hantaran dari pihak lelaki berbalas 9 dulang dari pihak perempuan. Tahniah untuk pasangan ini. Moga bahagia ke akhir hayat. 

Gambar Yusry Dan Lisa Surihani.

on Jumaat, Februari 24, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Tahniah pada pasangan pengantin, Yusry KRU dan Lisa Surihani. Buat semua peminat pasangan ini, aku sajikan beberapa keping gambar pasangan bahagia ini. Kredit pada Shutterspeak Studio. 









Latiff Ibrahim Meninggal Dunia.

on Isnin, Februari 20, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Penyanyi dan pelakon veteran, Latiff Ibrahim telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 6.06 minit petang tadi.

Arwah yang berasal dari Melaka pernah berlakon dalam beberapa drama seperti: 
2010 : 4 Madu - (Pelakon Pembantu)
2005 : Tak Ori Tapi Ok - (Pelakon Pembantu)
2000 : Pasrah - (Pelakon Pembantu)
1994 : Simfoni Kasih - (Pelakon Pembantu)
1992 : Sahabat - (Pelakon Pembantu)
1992 : Konstabel Mamat - (Pelakon Pembantu)
1990 : Sejati - (Pelakon Pembantu)
1989 : Ragam Pemandu - (Pelakon Pembantu)
1982 : Esok Untuk Siapa? - (Pelakon Pembantu)
1982 : Ribut Di Hujung Senja - (Pelakon Pembantu)
1982 : Senja Merah - (Pelakon Utama)
1981 : Bintang Pujaan - (Pelakon Utama)
1979 : Sumber Ilhamku - (Pelakon Utama)
1979 : Dendang Perantau - (Pelakon Utama)
1976 : Hapuslah Air Matamu - (Pelakon Utama)

* SUMBER.

Moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Ally Iskandar Dan Isteri.

on Jumaat, Januari 20, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Pengacara tv terkena iaitu Ally Iskandar baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihan hati iaitu Farah Lee.

Majlis akad nikah berlangsung berlangsung di Masjid Kristal Terengganu dengan 2 kali lafaz. Pasangan pengantin nampak ceria dan berseri-seri dengan baju serba putih. 




Semoga pasangan mempelai ini bahagia hingga ke akhir hayat.

Datuk Siti Nurhaliza Mengandung?

on Rabu, Mac 30, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza? Khabar-khabar angin mengatakan Datuk Siti mengandung tetapi beliau menafikannya. Mana satu yang betul ni?

Kalau tengok dari pemakaiannya, nampak macam mengandung atau mungkinkah baju yang dipakainya memyebabkan terjadi sedikit buncit? Aku jarang mengikuti perkembangan dunia artis. Aku terbaca berita ini di blog BeautifilNara. Nak tau lebih lanjut, sila terjah ke blog Beautifulnara.com

Sinopsis Mantera Anjasmoro

on Khamis, Februari 24, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Drama terbaru Mantera Anjasmoro bakal ditayangkan di tv3 pada 3 Mac menggantikan Saka Jentayu. Barisan pelakon yang menjayakan drama terbaru Mantera Anjasmoro terdiri daripada Sharifah Shahriza (Eja), Adi Putra, Fouziah Gous, Raja Norbaizura, Mohd Hafidzuddin Fadzil, Hamidah Wahab dan Aripah Damanhuri.

Drama ini menampilkan banyak adegan suspens dan permainan emosi. Mantera Anjasmoro mengisahkan tentang seorang isteri yang menggunakan ilmu pengasih rebusan air seluar suami. Adi Putra sebagai Zahid dan Eja sebagai Sabrina, isteri kepada Zahid. Mereka merupakan pasangan suami isteri yang berjaya dalam karier masing-masing.

Malangnya selepas beberapa tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan anak dan hubungan menjadi dingin sehingga Sabrina tidak sedar suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja Sabrina iaitu Suria (Fouziah Gous).

Pada suatu hari, Sabrina didatangi oleh wanita bernama Ramona (Raja Norbaizura) dan dia sering terpukau dengan wanita itu yang kononnya pemilik salun kecantikan.

Menurut Aidilfitri Mohamad Yunos (Pengarah), drama ini adalah metafora amalan ilmu Jawa kawi apabila seseorang itu terdesak kerana ia menceritakan tentang wanita yang menggunakan 'pendamping' untuk mengekalkan kecantikan dan menakluki suaminya. Si isteri sanggup merebus seluar pendek suaminya dan kemudian air rebusan itu dipuja sebelum diberikan kepada suami untuk diminum.

Nama Mantera Anjasmoro itu diambil sempena nama Ratu Anjasmoro berasal dari Keraton yang mengamalkan ilmu jahat menggunakan serapah dan makhluk halus. Drama 13 episod ini akan disiarkan mulai 3 Mac 2011, setiap Khamis jam 9.30 malam di tv3.

Entry lama:
Sinopsis Drama Gemilang.

Sinopsis Drama Gemilang TV3

on Isnin, Januari 24, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Apabila tengok sedutan drama Gemilang setiap hari, langsung tak ada tarikan. Tapi hari ini drama tersebut telah berjaya membuatkan mataku bengkak sedikit. Nasib baik tengok sorang-sorang.


Sinopsis Gemilang:
GEMILANG menyingkap perjuangan seorang pemuda untuk membela nasib golongan pelajar yang terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insititut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977 bagi menjamin masa depan mereka.

GEMILANG memaparkan pelakon-pelakon muda yang semakin popular seperti Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.
Sumber: ohdaus.blogspot.com

Dah lama tak menangis tapi tiba-tiba saja jadi sebak bila tengok Drama GEMILANG ni. Hatiku betul-betul tersentuh apabila ayah Saifullah terpaksa menyerahkan adik-adiknya pada keluarga angkat masing-masing. Sedih sangat apabila mereka terpaksa berpisah dengan saudara kandung akibat kesempitan hidup.

Drama Gemilang ditayangkan setiap Isnin, 9 malam di TV3.
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved