Sinopsis Mantera Anjasmoro

on Khamis, Februari 24, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Drama terbaru Mantera Anjasmoro bakal ditayangkan di tv3 pada 3 Mac menggantikan Saka Jentayu. Barisan pelakon yang menjayakan drama terbaru Mantera Anjasmoro terdiri daripada Sharifah Shahriza (Eja), Adi Putra, Fouziah Gous, Raja Norbaizura, Mohd Hafidzuddin Fadzil, Hamidah Wahab dan Aripah Damanhuri.

Drama ini menampilkan banyak adegan suspens dan permainan emosi. Mantera Anjasmoro mengisahkan tentang seorang isteri yang menggunakan ilmu pengasih rebusan air seluar suami. Adi Putra sebagai Zahid dan Eja sebagai Sabrina, isteri kepada Zahid. Mereka merupakan pasangan suami isteri yang berjaya dalam karier masing-masing.

Malangnya selepas beberapa tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan anak dan hubungan menjadi dingin sehingga Sabrina tidak sedar suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja Sabrina iaitu Suria (Fouziah Gous).

Pada suatu hari, Sabrina didatangi oleh wanita bernama Ramona (Raja Norbaizura) dan dia sering terpukau dengan wanita itu yang kononnya pemilik salun kecantikan.

Menurut Aidilfitri Mohamad Yunos (Pengarah), drama ini adalah metafora amalan ilmu Jawa kawi apabila seseorang itu terdesak kerana ia menceritakan tentang wanita yang menggunakan 'pendamping' untuk mengekalkan kecantikan dan menakluki suaminya. Si isteri sanggup merebus seluar pendek suaminya dan kemudian air rebusan itu dipuja sebelum diberikan kepada suami untuk diminum.

Nama Mantera Anjasmoro itu diambil sempena nama Ratu Anjasmoro berasal dari Keraton yang mengamalkan ilmu jahat menggunakan serapah dan makhluk halus. Drama 13 episod ini akan disiarkan mulai 3 Mac 2011, setiap Khamis jam 9.30 malam di tv3.

Entry lama:
Sinopsis Drama Gemilang.
Ranking: 5

8 comments

24 Februari 2011 pada 5:11 PTG

tengok pelakon tu saya rasa mesti citer ni best . teehee

24 Februari 2011 pada 5:54 PTG

peminat drama Melayu rupanya..

24 Februari 2011 pada 9:01 PTG

@sarah mohamad
Harap2 macam tu la...

@abadi romeo
Layan jgk la...

24 Februari 2011 pada 9:49 PTG

salam..
nampak cam menarik
tapi yang nyata saya
kurang drama melayu ni..
hanya Mrs dan anak-anak
je layan..he he

24 Februari 2011 pada 10:30 PTG

~semoga dipermudahkan kehidupanmu wahai teman~

tq sudi singgah ke PP..
kalau rajin jointlah contest Master Arsyad.

Entry Terkini : Peraduan "Aku Ada Impian" [ Impikan Rumahku Sy...

25 Februari 2011 pada 3:42 PTG

@zulkbo
W'salam..
Lelaki memang jarang layan drama Melayu kn. Sama macam my hubby.

@norafmi
~Amin~
welcome. InsyaAllah...

11 Mac 2011 pada 12:56 PTG

Dah tengok 2 episod memang confirm cerita ni best.Tak sabar nak tunggu episod seterusnya.

11 Mac 2011 pada 1:44 PTG

@Jieda
Ya la, memang best. Kita nak tau cerita seterusnya kan..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved