Salam 1 Dunia.
mynewshub.com
Kangar: Kerajaan Perlis sedang giat ambil langkah perlu bagi mengatasi masalah banjir di Perlis. Projek tebatan banjir melibatkan kos RM300 juta akan dilaksanakan tidak lama lagi dari Empangan Timah Tasuh ke laut - BERNAMA.
Ketika aku masih di kampung (Perlis) awal tahun ini, aku sempat mengikut mertuaku menghadiri mesyuarat bersama penduduk kampung dan ahli Parlimen. Dalam majlis tersebut, ada seorang penduduk kampung yang mengeluarkan usul supaya duit sebanyak RM500 yang akan diberikan kepada penduduk kampung yang terlibat dengan banjir digunakan untuk mengatasi masalah banjir. Beliau juga mengesa agar kerajaan negeri membina terusan terus ke laut agar air yang melimpah di empangan tidak lagi membanjiri kawasan rendah di negeri Perlis.
Ramai yang bersetuju akan usul beliau. Nampak gaya, cadangannya hampir menjadi kenyataan. Elok juga langkah-langkah mengatasi banjir dilakukan segera kerana kos kerosakan barang yang dialami ketika banjir lebih banyak dari wang bantuan yang diterima.
Setiap tahun rumah mertuaku masih selamat dari banjir kerana dibina lebih tinggi dari paras air banjir. Kalau banjir, rumah tu jadi macam pulau. Alhamdulillah, belum pernah lagi air banjir masuk ke dalam rumah. Tak penat la nak mencuci serta membersihkan lumpur.
Entry lain berkaitan banjir:
5 comments
cadangan itu sememangnya bgus, lebih baik buat tebatan tu...nanti bile dh musim hujan camnie...xde la kene hadapi banjir... susah gak tu nk mengharungi banjir nie
Entri terkini | Video Sunday 8 | Pitbull - Rain Over Me ft. Marc Anthony
salam..
ermm...saya pun tak pernah
menghadapi banjir..tapi rumah
mertua tenggelam 3 meter masa
banjir besar A.Setar 2 tahun
lepas..apapun langkah persediaan
menghadapi banjir itu perlu
SALAM,
SEGERAKAN PROJEK INI ! SIMPATI DGN MASALAH YG DIHADAPI OLEH PENDUDUK TERLIBAT
wslm, setuju, percepatkan!
hope projek ini berjaya dibangunkan.. simpati dengan penduduk kan..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini