Peristiwa Selepas Banjir.

on Rabu, November 24, 2010

Assalamualaikum.
Salam 1 Dunia...

Sewaktu aku di kampung, beberapa hari sebelum Hari Raya Haji, aku sempat ronda-ronda dengan my hubby melihat keadaan kampung, keindahan suasana petang dengan angin yang bertiup lembut selepas 2 minggu negeri Perlis dilanda banjir. Masa tu banjir dah surut dan keadaan persekitaran sudah benar-benar pulih.

Ketika aku memasuki jalan mini tar menuju ke Kampung Padang Melangit, aku tertarik dengan satu benda. Tak pernah lagi ku lihat benda ini sebelum ni. Lihat la benda kat bawah ni.

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
VVVVV
VVV
V


Sebuah tv yang diletakkan di atas keratan pohon kelapa di tepi jalan dan dikelilingi dengan sawah padi. Untuk apa tv tersebut diletakkan di situ tanpa ada sebuah rumah pun di kawasan tersebut?

Pelbagai persoalan yang timbul di mindaku.
Siapakah tuan empunya tv tersebut kerana tiada sebiji rumah pun berdekatan dengan tv itu.
Siapakah yang rajin mengusung keratan bantang kelapa dan tv tersebut? Pokok kelapa pun tidak kelihatan di kawasan tersebut kerana di kiri dan kanan adalah sawah padi.
Adakah tv tersebut untuk tontonan umum?
Adakah ianya diletakkan di situ untuk menyelamatkan tv tersebut dari banjir?
Atau adakah tuan punya tv tersebut menjemur tv nya dalam terik mentari akibat terkena air bah?
Mana satukah jawapan yang benar dan boleh diterima pakai?
Ranking: 5

15 comments

24 November 2010 pada 12:26 PG

hahaha..ade jugak camni?maybe beruk kot nak tengok tu sis..nice one larh!

24 November 2010 pada 1:18 PG

salam..
amboi naik elok anak semai tu..he he,mak mertua saya juga menjadi mangsa banjir di alor setaq..barangan letrik kena jemoq dulu dalam 2-3 hari..confirm boleh pakai balik..kalau terus on, dia "short"...

24 November 2010 pada 10:00 PG

mungkin ada orang selamatkan tv tu lepas tu dia ltak kat situ untuk tuan dia jumpa smula tv dia yang hanyut masa banjir.. hahaha.. boleh jadi ke?

24 November 2010 pada 11:08 PG

salam..
iza.. memang menjadi tanda tanya.. kenapa diletakkan dikawasan sawah padi ye..

24 November 2010 pada 4:27 PTG

@Zaer
Mana ada beruk tgh2 padang tu..hehe

@zulkbo
Salam..
Itu bukan anak semai la en. zul, itu anak padi..betul ke bulih pakai kalau jemoq?tak pernah dgr la pulak org jemoq alat elektronik mcm tu...

@Faarihin
hahahaha.....lawak la japawan ni. boleh diterima kot.hehehe...sebab byk barang yg dihanyutkan masa banjir. tak sangka plak tv tu dihanyutkan sama..

@NoRMie
W'salam..
Entah la kak....nk sedekah kot.

24 November 2010 pada 4:57 PTG

wah misteri ni, sapa punya khoje ni ek

24 November 2010 pada 5:20 PTG

@etomyam
wallahu'alam....

24 November 2010 pada 8:20 PTG

TV tu mesti kalis air !

24 November 2010 pada 8:50 PTG

Dia nk buat pameran barang2 selepas banjir kot ... he33

24 November 2010 pada 10:56 PTG

sapa punya tv agaknya??? elok lagi ker??

24 November 2010 pada 11:55 PTG

@touya
Hahaha....mungkin kot.hehe..

@wachak
a'a, elok la tu....pameran brg2 terpakai..

@Zikri Husaini
entah la...

25 November 2010 pada 12:04 PG

ada orang bawa lari tv tu.. tapi tak sempat, terus dia tinggalkan dekat sana :D

25 November 2010 pada 12:52 PG

@kulanz
Oooo, gitu ek?
kuat jgk org tu bawa lari tv tu...hehe..

25 November 2010 pada 8:36 PG

sy kat wg ulu nih nampak orang jemur2 tilam je kak..huhu

25 November 2010 pada 11:01 PTG

@att
Ya ka? tak sempat nk angkat kot tu...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved