Kesan Selepas Banjir

on Jumaat, April 01, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Banjir yang melanda pastinya membimbangkan banyak pihak terutamanya para peniaga dan juga orang awam. Kehidupan tidak dapat diteruskan seperti biasa dan perniagaan juga lumpuh akibat bencana yang berlaku. Syukurlah atas dugaan ini kerana kita hanya mengalami sedikit masalah banjir dan kerosakan harta benda jika dibandingkan dengan negara-negara jiran yang terlibat dengan gempa bumi, tsunami dan peperangan.

Seperti tahun-tahun lalu, banjir yang berlaku meninggalkan kesan dalam kehidupan seharian. Antara kesan yang dapat dikupaskan di sini:

1. Peniaga - Terpaksa menanggung kerugian kerana perniagaan tidak dapat diteruskan dan akibat dari kerosakan barang dagangan.

2. Penduduk - Memanggung kerugian akibat kerosakan harta benda seperti barangan perabot, kenderaan dan dokumen-dokumen penting, kehilangan harta benda akibat hanyut di bawa arus banjir dan kadang-kala berlaku kecurian semasa meninggalkan rumah untuk ke pusat pemindahan.

3. Pelajar - Terpaksa mengejar pelajaran yang ditinggalkan.

4. Sampah-sarap - Keadaan persekitaran kotor dengan sampah dan lumpur.

5. Pertanian dan perikanan - Segala hasil pertanian rosak akibat banjir terutamanya yang mengusahakan tanaman sawah padi, sayuran dan sebagainya. Begitu juga dengan ternakan ayam, itik, terutamanya ikan yang mungkin hanyut mengikut arus banjir.

Berdasarkan pengalaman yang aku lalui pada musim banjir tahun lepas, selepas banjir, peniaga perabot menurunkan harga bagangan yang tidak dapat atau tidak sempat diselamatkan. Perabot-perabot ini dijual dengan harga yang murah dan peniaga perabot tersebut berhasrat mahu mengosongkan barangan di permisnya secepat mungkin bagi mengisi stok yang baru.

Begitu juga dengan peniaga kain. Harga kain ela yang sepatutnya berharga RM7 atau RM8 semeter telah diturunkan kepada RM3 semeter. Harga kain Cotton juga turut diturunkan serendah RM1 semeter dan kain-kain yang sedia murah dijual dengan harga 50sen. Mahu dengan tidak saja untuk membeli kerana kain yang dijual berkeadaan basah, lembab dan ada yang berlumpur kesan dari banjir yang melanda.

Keadaan ini diambil peluang oleh penduduk sekitar, tukang-tukang jahit dan peniaga butik untuk membeli kain yang dijual murah. Siapa yang tak nak beli kalau kain yang dulunya dijual berbelas-belas ringgit semeter tiba-tiba jatuh harga?

Dari segi persekitaran, penduduk bersama-sama berganding bahu melakukan gotong-royong bagi membersihkan sampah dan lumpur di kawasan rumah kediaman, ruangan pejabat, sekolah dan kawasan sekeliling yang dilanda banjir. Semangat kejiranan yang wujud mengeratkan lagi tali persaudaraan terutamanya ketika berada di penempatan sementara kerana mangsa yang terlibat akan sama-sama memasak secara beramai-ramai.

Ini merupakan sedikit dari kesan yang berlaku akibat banjir. Anda boleh kongsikan pengalanan dan pendapat anda di ruangan komen.




Ranking: 5

9 comments

1 April 2011 pada 1:24 PG

kesian yg jadi mangsa banjir..setiap musibah tu mesti ada hikmahnya..y senang2 kena tlg2 y susah..

1 April 2011 pada 2:54 PG

Salam Iza..
ermmm..begitulah bila berlaku bencana alam..banyak kerugian dan kesedihan di alami mangsa..harapan tiadalah berlaku lagi kali ni banjir besar walau di mana pun..

***Delicious link tu serupa bookmark google juga..saya salah setting di feedburner,jadi dia masuk ke feed blog..saya dah setting buang balik.Delicious Bookmark under yahoo account..menyumbang banyak juga trafik dari pembaca email saya
:D

1 April 2011 pada 6:59 PG

salam kak iza..
kasihan sungguh melihatnya..
semoga diberi kekuatan utk memulakan khidupan baru slps ditimpa ujian yg ckup hebat..

1 April 2011 pada 8:45 PG

tak pernah alami banjir...perit juga nak temph selepas banjir ni yer..banyak modal kena keluar..

2 April 2011 pada 9:45 PTG

tulah yang peliknya, kemana pergi pun teratak usang diusung bersama...

2 April 2011 pada 9:51 PTG

Kalau difikirkan dalam-dalam...Masyallah itulah keadilan Tuhan, setiap setiap kali banjir ada yang rugi...tapi ada pula yang untung.

Semasa tak ada bencana mungkin peniaga kain untung berbondong-bondong... tapi tak terasa yang dia tengah untung... begitulah sebaliknya.

3 April 2011 pada 10:40 PTG

Perlis dua kali dah banjir..cepat sungguh jadi...betul, sapa yg bukak kedai , tanah rendah, mmg agak teruk jugak nak setelkan barang2...

Kedai anjung keli n semua kat situ naik kalau bah...

3 April 2011 pada 10:51 PTG

@♥ Ana Joe ♥
Betul tu. Setiap musibah, pasti ada hikmahnya.

@zulkbo
W'salam
Ramai yg harap begitu kerana menyusahkan banyak pihak.

***Itulah, pelik jgk tgk aritu, nak baca n3 tetiba dibawa ke laman delicious.

@adele
W'salam.
InsyaAllah, harap2 semua mangsa banjir bersabar dlm menempuh ujian dariNya.

@Yusri
Wow, anda cukup bertuah. betul tu, kesian pada yang sedia susah.

@PenaDigital
Ya ka?hehe..larat ke nak usung merata?
Itulah, Allah itu maha adil. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

3 April 2011 pada 10:58 PTG

@Nine
Dah lalu kat pekan Kangar kelmarin, kesiannya tgk, nampak tenggelam setengah dari kedai makan kat jln nak ke Tmn Kemajuan.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved