Ikan Kap Tersesat Ketika Banjir.

on Jumaat, April 08, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Setiap kali selepas banjir, pasti ada sesuatu yang berlaku. Pada tahun lalu, aku terjumpa sesuatu yang pelik dan kini seorang penduduk kampung menjumpai sesuatu pula. Hari ini (pagi), seorang penduduk kampung Abi Kubang Badak, Perlis telah menemui seekor ikan Kap seberat 24kg ketika menjala ikan di sungai berdekatan.

Ikan tersebut dipercayai datang bersama air banjir yang melanda baru-baru ini dari Empangan Timah Tasuh yang melimpah ke kawasan-kawasan sekitar.



Pemilik ikan menangkap ikan yang dijumpainya.

Anakku bersama bapa saudaranya




Mungkin ikan tersebut telah tersesat dan terkandas di sungai berdekatan setelah air banjir surut. Semasa menjumpai ikan tersebut, bapa mertuaku telah memanggil staf RTM untuk rakamkan ikan tersebut dan telah disiarkan dalam berita jam 5pm tadi di TV1. Setelah merakamkan gambar ikan tersebut, pemiliknya melepaskan ikan yang dijumpai ke sungai/ kolam berdekatan rumahnya.

Oleh kerana ramai yang ingin menyaksikan ikan tersebut pada petang ini, pemiliknya terpaksa menangkap semula ikannya. Ikan itu berkeadaan letih dan lebam pada badannya akibat perjalanan yang jauh dari Timah Tasuh. Khabarnya, ikan itu akan dijual kepada peniaga di Kuala Perlis.

Ranking: 5

23 comments

9 April 2011 pada 12:02 PG

goreng pon sodap ... ha33

9 April 2011 pada 12:23 PG

rasa lapr tengok ikan tu...

9 April 2011 pada 6:32 PG

salam..

siannya kt ikan tu..terpisah ngn family dia agaknya..

9 April 2011 pada 11:07 PG

Rezeki hadiah banjir tu :)

9 April 2011 pada 12:04 PTG

Assalam..

Besar betul ikan tu..apapun jgn fikirkan sgt benda yg bukan2

9 April 2011 pada 10:53 PTG

salam..
ikan tak pa..jangan boya

10 April 2011 pada 1:00 PG

Pergh.. Boelh kenduri nih..he3

10 April 2011 pada 11:46 PG

Salam Iza...owh Ayah mertua Iza ek panggil RTM..besar ikan tu...kita bako kita bako...hehehe..

Iza, Perlis duk kat mana ?

10 April 2011 pada 11:47 PG

Besar betul ikan tu...uihhh...:)

10 April 2011 pada 12:56 PTG

besarnya ikan tu, masak apa paling best ek

10 April 2011 pada 5:03 PTG

boleh kuat peribahasa baru ni..

10 April 2011 pada 9:16 PTG

mmg time banjir berikan becana kepada sesetgh pihak, tetapi memberikan rezeki tak dijangka kpd sesetgh pihak.

ada juga yg dpt tangkap arowana belaan yg terlepas.

11 April 2011 pada 12:50 PG

hahah.. sokong statement pak long, jangan buaya..

tapi betul la.. kat kampung pun time2 lepas2 air bah, kalau tahan jaring mesti banyak hasilnye...

11 April 2011 pada 11:48 PG

@Nine
Kat kg Abi tu la..
Depan jln Baru, dkt dgn sek abi..
Rumah mertua..

@etomyam
Entah la...
tak lalu nak makan ikan besar2.

Terima kasih pada semua yg tinggalkan komen...

13 April 2011 pada 12:49 PG

salam Iza..
ermmm..belum pernah
makan ikan kap..ada
orang makan ke..?
resepi apa agaknya
ye..?

13 April 2011 pada 3:40 PTG

nampak gebu dan sedap klu di masak 3 rasa..,heheeh

Pengumpul Gambar Awek Bertudung-!!!

13 April 2011 pada 5:13 PTG

@zulkbo
W'salam..
Entah la...ada kot, kalau tidak tak kan org nak tangkap. Saya tak pernah masak ikan besar2 mcm tu..takut tgk..

@nescafe_ais
hehe...masak 3 rasa mmg sedap tp lalu ke nak mkn ikan besar2 tu..

14 April 2011 pada 11:19 PG

besar btol ikan tu..tp x geti la nak mkn ikan besar2 sgt ni..huhu..


Jom Lawat: Blog Bardboo
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang

14 April 2011 pada 6:51 PTG

@bardboo
A'a la, boleh buat kenduri ni..

14 April 2011 pada 6:56 PTG

banjir besar boleh dpt ikan sesat sebab berduyun2 ikan terlepas dari lubuk...

baru-baru ni blog PD banjir dengan pelawat sebab isu telur palsu...

tapi bila isu reda...visitor pun surut mcm banjir di perlis.. aduh...!

14 April 2011 pada 10:43 PTG

@PD
Ya ka? Kalau macam tu kena selalu2 la cari isu semasa setiap detik, pasti pelawat serbu lagi..

17 April 2011 pada 2:15 PG

besarnya....kesian pulak tengok ikan tuh..

17 April 2011 pada 8:18 PTG

@Zik
Ya la...Disebabkan org nak tgk, dia terpaksa korbankan nyawanya..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved