Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Selama seminggu balik bercuti di kampung dan kembali semula ke Perak. Aktiviti blogging terasa semakin tersisih kerana tumpuan diberatsebelahkan kepada crochet atau seni mengait.
Dan hasilnya untuk minggu ini adalah seperti berikut:
Model topi yang sentiasa ceria.
Topi baby ini ( toddler hat / beanie) menggunakan benang nona, double yarn (purple dan putih) dan saiz hook 4mm. Bunganya ada 3 layer menggunakan saiz hook 3mm serta benang nona warna merah hati.
Topi baby beserta sekuntum bunga.
Apa yang adik dapat, si Along pun nak juga. Maka terhasil la topi mickey mouse. First time aku buat topi mickey mouse ni. Belum pun siap topi mickey mouse, si Along minta buatkan warna biru pulak. Aii...nak kena dah si Along ni. Ahh..next time pulak la (tahun-tahun depan pulak la)
Topi Mickey Mouse ni adalah permintaan dari Alongnya tapi modelnya sedang tidur setelah topi siap di kait.
Jika ada yang berminat untuk order, sila isikan contact form di menu bar di atas. Sila sertakan saiz lilit kepala, umur anak dan warna pilihan. Pada yang bertanyakan harga untuk tempahan topi baby ini, harga bergantung pada jenis benang, jenis pattern dan hiasan yang ada.
Harga untuk topi bayi dan kanak-kanak antara RM20 hingga RM30 dan topi dewasa antara RM30 hingga RM45. Harga untuk topi yang ada bunga di atas tu RM25 (tidak termasuk kos pos).
Kalau ada yang nak tempah alas tv pattern buah anggur, InsyaAllah saya ambil tetapi minima deposit RM10 untuk 1 item. Ini kerana nak mengait alas tv ni ambil masa yang panjang. Mana tau bila dah beli benang, dah siap kait separuh, tiba-tiba ada yang cancle order tu, boleh hilang tahap kesabaran tu...
15 comments
Tak sia-sia kemahiran mengait boleh menjana pendapatan.
hobi memang boleh menjana pendapatan
tahniah
moga2 sentiasa dilimpahkan rezeki
barulah faham boleh buat duit dengan blog....
@akubiomed
InsyaAllah, mudah2an ada rezekiNya di situ..
@tehr
Terima kasih, insyaAllah.
@bsj
Luas sebenarnya pemahaman buat duit dengan blog ni :)
@Iza Teratak Usang
asalkan ada kreativiti dan kemahuan semua boleh jadi kan...
@bsj
Ya, betul tu..
topi mickey mouse tu ade ptensi utk dipasarkan.. :)
kak iza pandai ler bab nyulam ni...memang doh frust giler kalau tgh buat org cancel order...cantik topi tu..lagi cantik model yang menggayakannya..hehe
dah jadi usahawan kecil-kecilan, semoga berjaya
@JebengOtai™
ya ka? hahaha..
Terima kasih.
@hafizul
Terima kasih atas pujiannya..tapi ada lagi orang lain yang lebih hebat bab mengait ni..
@PD
Baru nak mula bina tapak...hehe..
lucu amat topinya ya...:)
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini