Hilang Tenaga.

on Jumaat, November 18, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Tenaga hilang? Siapa curi???

Hari ini merupakan hari yang sangat-sangat meletihkan. Dok terbayangkan bantal je tapi ku gagahkan diri untuk exercise jari menaip entry serba ringkas ni.

Rutin harian ku teruskan seperti biasa. Basuh baju (belum sempat sidai pun lagi), siang ayam seekor, masak, mandikan anak-anak, suapkan anak, uruskan kucing, proses ketam (tapi tak sempat nak masak la pulak) dan yang paling meletihkan, anak kecilku meragam sejak pagi tadi.

Dah lengoh tanganku...baring tak nak, tidur tak nak (bukan sama ke baring dan tidur?), lena pun tak nak, duduk pun tak nak, asyik nak berdiri je. Macam la dia dah pandai berdiri. Kalau bagi tidur, meraung-raung la jawabnya.

Nasib baik beg galas baby belum beli lagi. Kalau tidak, boleh aku uruskan kerja rumah sambil galas baby macam orang Jepun buat tu. Ikat baby dengan kain batik, letak kat belakang, dah tak mau duduk sangat.

Memang letih sangat-sangat hingga diri sendiri tak terurus. Nak solat, baru sempat mandi. Tak ada masa lagi nak manja-manjakan diri. Bila si kecil dah tidur, baru boleh relax sikit. Entah kenapa si kecil ku dah tak nak baring...dah bosan kot, asyik baring je hari-hari.

Kat kepala otak aku ni macam-macam benda yang aku plan nak buat tapi tak terbuat-buat. Asyik postpone je. Mata dah tak boleh nak celik luas-luas....



Ranking: 5

8 comments

18 November 2011 pada 6:59 PTG

kene bertindak...xleh fikir or plan saje :p

18 November 2011 pada 10:26 PTG

selamat malam azilas...

gitulah rutin bila ada anak kecil. serba tak kena kan???
lagilah kalau bb nak tumbuh gigi, demam..
kita pula tak dapat nak rehat..
besar pengorbanan ibu..

tak. apa.. ayu doakan anak azila cepat sembuh...

berehat ya

18 November 2011 pada 10:52 PTG

Assalamualaikum...

Banyak contest yang hendak disiapkan dan dihantar. Ini memerlukan kerja lebih masa hingga letih. Saya pun begitu juga sampai tidur 5 am, malam tadi nasib baik keesokkan cuti.

19 November 2011 pada 12:28 PG

assalam iza

itu baru dua belum lagi lima ... he33

19 November 2011 pada 6:39 PTG

salam..
alahai kesiannya
dah tambah tanggungan
ye..?tak pe lah alah
tegal biasa la nanti
tu..

19 November 2011 pada 11:23 PTG

biasalah kalau anak kecil. baru dalam proses tumbesaran dan mengenal dunia sekeliling. :)

19 November 2011 pada 11:45 PTG

Hehe kena tambah lg baru tak rasa penat :)

21 November 2011 pada 8:53 PG

seorang ibu memang byk tggungjwbnye
byk yg perlu dselesaikannye
wahh kaloi yg blum bkeluarga pun kadang2 penat
apetah lagi yg daa jd ibu, jd isteri hummm

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved