Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Tahun lalu, pada bulan Mac dan April merupakan bulan yang panas terik dengan cuaca yang membahang. Tidak kira siang mahupun malam, keadaan di utara tanah air tetap panas tetapi berlainan pula yang berlaku pada tahun ini. Cuaca yang dahulunya panas terik telah berubah keadaan menjadi musim hujan dan yang lebih buruk lagi mengakibatkan banjir.
Inilah keadaan yang berlaku di Kampung (Perlis) sejak hujan turun beberapa hari yang lalu tanpa henti. Gambar tersebut diambil pagi tadi di depan rumah dan diposkan oleh bapa mertuaku yang merupakan staf Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis melalui Facebook.
Menurut beliau, sejak petang tadi terdapat seramai 13 buah keluarga (mangsa banjir) yang telah berpindah dan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Abi. Kawasan yang terlibat dengan banjir adalah Bintong, Sena dan Santan. Paras air sungai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan Sungai Korok di utara Perlis melepasi paras bahaya dengan ketinggian 29.80 meter sejak jam 9 pagi tadi.
Aku dan keluargaku sudah merancang sejak sebulan yang lalu untuk balik ke kampung pada awal bulan ini iaitu hari Jumaat ini. Harap-harap hujan lebat tidak berterusan dan air sungai dapat surut segera. Nak balik kampung...
Banjir Hujung Tahun Lalu di Perlis.
Peristiwa Selepas Banjir...hak milik siapakah ini?

7 comments
misterius la fenomena ni...
berhati-hati semasa banjir... :)
salam..
harapan tiadalah banjir
melanda lagi..kesian bila
sampai ke Alor Setar..air
naik paras pinggang..jenuh nak
pindah mak ayah mertua ku nanti
salam...
selalu sangat kan sekarang ni banjir.....
Bah lagi na...Behor Empiang pun tengelam depa kata...ada burung plk ni, boleh saya tiru.
@Yusri
Hmmm..dugaan, bencana atau rahmat?
@Radzkylini
InsyaAllah..
@zulkbo
W'salam.
hehe...nampaknya keadaan yg dilaporkan semakin memburuk..
@pak long
W'salam.
Ya la paklong.
Kesian pada org yg baru beli perabut baru...banjir pulak.
@terataksenja
Jgn kata Behor Empiang, kat Kangar pun dah meranduk ayaq bah..
Betul tu sejak remaja sampai lah ke tua BULAN MAC ADALAH BULAN KERING KONTANG DI PERLIS! takda hujan, tanah merekah, suhu kekadang cecah 40c! tapi 2011 banjir!! Kuasa ALLAH!
tapi ni sept 2011 sekali lagi bah di perlis. Kuasa Allah tapi kedegilan dan kebodohan manusia! Bagaiamana? Lihat saja jalan2 baru yg berselirat di perlis...jalan2 yg tak punyai justifikasi konkrit dibina (projek nak duit la tu - fly over kat padang besar sampai skrg tak setel dah bertahun!)...jadi air tersekat...lepas tu sistem perparitan pulak teruk mcm taik! Road divider menambah kesengsaraan penduduk2 taman sena indah dan sekitarnya. Mereka ni dah 3 kali dalam masa terdekat air masuk rumah! perabut rosak! Bila penduduk korek divider, JKR tampal balik...bila bah korek balik lepas tu JKR tampal balik! Macam &%@#! punya otak pengarah JKR perlis! Ni satu lagi makhluk yg &%@$#! ialah MB mat isa sabu! dia ni MB perlis tahap paling paria dlm sejarah...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini