Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Kali ini aku muncul lagi dengan hasil crochet baby dress. Ukuran baju ini sesuai dipakai untuk bayi berusia antara 1 tahun dan ke atas. Kalau nak besar atau kecil lagi dari ni pun boleh.
Pattern baju ini sebenarnya untuk bayi baru lahir (new born) tapi aku sengaja besarkan sedikit ukurannya untuk bayi berusia 1 tahun dan ke atas. Aku ambil masa lebih kurang 4 hari untuk siapkan dress ni.
Baju ini menggunakan benang nona dan digabungkan dengan benang Venus dan Knitting dari Thailand.
Di bawah ini ada beberapa jenis benang dari Thailand. Aku sempat order 2 jenis sahaja iaitu biru mix color dan hitam putih merah mix color. Lain-lain warna pre-order.
Ada dalam simpanan
Ada dalam simpanan
Contoh beberapa jenis warna yang lain (pre-order, jika ada)
Jika ada yang berminat untuk order, boleh hubungi aku. Kalau ada permintaan crochet baby dress untuk benang Indon pun boleh juga tetapi mengambil sedikit masa untuk order benang.
Harganya bergantung pada jenis benang. Kalau dress seperti di atas dan benang yang aku gunakan tu (made in Thailand), aku letak harga RM40 untuk usia 1 tahun. Jika menggunakan benang cotton Indonesia, harganya RM60.
p/s: Pernah kawan-kawan crochet terjumpa booties dan beg kait yang murah dari China serendah RM10-RM15. Untuk pengetahuan semua, barangan yang datang dari China diperbuat oleh mesin. Jadi kualitinya tidak sama seperti 100% handmade dan kurang kemas. Pelanggan yang prihatin boleh membezakan hasil kraft buatan tangan atau mesin. Kalau nak murah, boleh beli hasil buatan China tetapi kalau nak yang berkualiti, pilihlah 100% hasil buatan tangan.
10 comments
wow...cantik...untuk 1 tahun RM 40...kalo 3 tahun...huhu...
memang ada beza antara buatan mesin ngan buatan tangan ni..
Nampaknya puan kak iza dah buat bisness skrg ni dgn menerima tempahan baju utk baby. Dulu bukan main minat dgn masakan dan skrg dah berubah arah. mencari rezeki tak kira kerja apa asalkan halal.
Semoga berjaya dan terus maju jaya dlm apa jua bidang diceburi.
Dulu minat dengan masakan,
Sekarang suka sama jahitan,
Doaku agar kak iza teruskan pekerjaan,
Sebagai sumber mata pencarian.
@Norizwan
Terima kasih...
Kalau 3 tahun RM55 dan kalau 2 tahun RM48, juga bergantung pada berapa buku benang digunakan...
@pipoq
yg, betul tu..
@kamil salleh
Ya ka minat masakan? Tak ada la, biasa-biasa saja. Kalau boleh semuanya nak cuba tapi minat lebih kepada seni mengait la pulak..
wow,
comel je baju ni...
heheehehehe
makin bertambah busana kreatif ni.. :)
comelnya baju baby
bakal2 ibu mesti berkenan ni
nak temapah baju bby
...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini