Rabun, Mengantuk atau Cuai?

on Selasa, Mei 03, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Belum pun hilang letih bermain air di Lata Kinjang, esoknya aku berada pula di utara tanah air iaitu Perlis. Aku mungkin berada 3 hari di kampung kerana ada urusan penting. Ketika berada di kampung pada hari pertama, suatu kejadian telah berlaku.Bukan mesin padi, traktor, atau yang seangkatan dengannya tetapi sebuah kereta...

Pada jam 6.30 pagi, my hubby keluar untuk mencari nasi kandar di pekan Kangar. Sebaik sahaja pulang ke rumah, my hubby terjumpa sebuah kereta yang berada di dalam bendang dekat jalan masuk menuju ke rumah. Elok je kereta tu parking dalam sawah padi.

Menurut cerita tuan empunya kereta, kereta dipandu berkelajuan 65km/j, beliau dari jalan besar dan tak sedar di situ ada simpang tiga yang semestinya perlu berhenti dahulu sebelum belok ke kiri atau ke kanan untuk ke jalan besar seterusnya. Oleh kerana langsung tidak perasan akan simpang tersebut, beliau meneruskan perjalanan dan terus memasuki jalan mini tar (hanya boleh dilalui oleh sebuah kereta sahaja dalam satu-satu masa) tersebut yang bertentangan dengan jalan besar yang dilaluinya tadi.

Mungkin beliau ingat jalan tersebut lebar seperti jalan biasa jadi dengan tiba-tiba tanpa disedari keretanya telah berada di dalam sawah padi. Ketika itu, baru beliau tersedar yang keretanya bukan lagi berada di atas jalan tar tetapi di dalam lumpur bendang.

Terpaksalah beliau menunggu hari siang untuk meminta bantuan bagi mengeluarkan keretanya itu. Kereta tersebut telah ditarik oleh sebuah jentolak. Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan yang berlaku.

Sebenarnya di kawasan tersebut sudah banyak kali peristiwa seperti itu berlaku. Yang terbaru sebelum kereta putih tersebut, sebuah lori barang dengan kedua-dua tayar sebelah kiri berada di dalam sawah dan sebelah lagi berada di atas jalan mini tar, juga berjaya ditarik keluar oleh jentolak. Nasib baik semua kenderaan yang pernah jatuh dalam sawah tersebut tidak terbalik atau melanggar tiang elektrik yang berada di kawasan berhampiran.
Ranking: 5

11 comments

3 Mei 2011 pada 5:03 PTG

Selamat petang! :)

Aduh kesian pula pemilik kereta tu.. Kadang kala bila tak biasa dengan suatu jalan tu, perkara begini boleh juga berlaku, lebih2 lagi sekiranya tiada sebarang signboard untuk menunjukkan jalan tersebut suatu simpang tiga. Mungkin selepas ini, warga kampung boleh meletakkan papan tanda sebagai pemberitahuan supaya perkara sebegini tidak berulang lagi? Nasib baik belum ada lagi kecederaan yang berlaku. Harap tidak sampai terlambat..

3 Mei 2011 pada 5:45 PTG

salam Iza..
ha ha..teringat zaman saya kecil dulu..masa arwah tok wan ada lagi di Pida 2 Megar Dewa, seronok bila musim orang menanam..ramai saudara mara datang dari Pattani..ambik upah menanam sebab bendang tok wan 20 relong..antara orang terkaya di Pida 2..suasana macam kenduri kendara je bila tiba masa makan..masak berkawah
:)

3 Mei 2011 pada 6:50 PTG

dasat ni,sampai masuk sawah..

3 Mei 2011 pada 10:06 PTG

salam azila..syiannya kat tuan punya kete tu kan?patutnya kena letak signboard gambar tengkorak kat area situ..ngeeeee

3 Mei 2011 pada 10:32 PTG

hari tuh baru jer ada perasan orang terbabas masuk parit naik kereta.. own da way nak ke pekan... tapi takda paper la orangnya..

3 Mei 2011 pada 10:43 PTG

Lama tak makan nasi kandar.rugi tahun lepas tak pergi kenduri abang saudara.

jangan pandu kereta semasa mata rabun.gunakan ubat mata sebaik mungkin.

3 Mei 2011 pada 11:00 PTG

@Bella Enveeus
Selamat Malam..
Sebenarnya pihak JKR telah meletakkan papan tanda penunjuk arah dan tanda simpang. Jadi siapa yang harus dipersalahkan? Agaknya berapa byk signboard yang diperlukan? Salah jalan tu jgk sbb buat bertentangan dengan jln kecil, pengguna lain pun jadi keliru.

@zulkbo
W'salam..
Wahh, ni cucu orang kaya ni..hehe.. Best kan kalau mkn ramai2 terutamanya time kenduri, tak payah lagi susah2, penduduk kg sama2 gotong royong.

@donny
hehe..

@♥♥azatiesayang ♥♥
Haa, itu baru betul sbb 3 signboard yg ada tak membantu..

@Zik
Byk kes mcm tu kan..

@Ali Ridha
Nasi kandar skrg ni jarang ada di rumah kenduri melainkan tuan rumah tu mamak @ malbari. Sbb kalau nk makan nasi kandar kedai mamak je ada jual..

3 Mei 2011 pada 11:02 PTG

as salam iza.

ni mesti org luar ni. kalau penduduk tempatan dah tau mana kedudukkan simpang.

3 Mei 2011 pada 11:11 PTG

salam kak Iza..
em,siannya kete tu..takde sape tolong ke? :o

3 Mei 2011 pada 11:25 PTG

aduhh bahayanyer...
tak psl2 dah masuk dlm bendang tu

5 Mei 2011 pada 1:49 PTG

@wachak
W'salam..
Betul3x,
mmg org luar sbb org kg tu tak kenai pun sapa dia..

@adele
W'salam.
Ada org tolong..

@Lydia Miza(Aidyl Azim)
hehe..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved