Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Salam 1 Dunia.
Elektrik amat penting dalam kehidupan kita selain air. Tanpa elektrik, tiada keselesaan dalam hidup kerana tiada kuasa yang dapat menggerakkan kipas, mesin basuh, lampu, televisyen, komputer dan pelbagai peralatan elektrik dan elektronik lain. Jika bekalan elektrik terputus, pasti kita akan merungut. Contoh yang terdekat adalah aku sendiri. Kalau tiba-tiba bekalan elektrik terputus ketika aku menonton drama tv atau sedang online, pastinya my hubby adalah orang pertama yang akan aku call. Tak sampai beberapa minit, bekalan elektrik disambung semula.
Pada yang pernah mengalami, merasai, pasti dapat bayangkan betapa beratnya bahu yang memikul. Bertugas dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang dan tidak akan pulang ke rumah jika ada breakdown dan akan berterusan kerja jika berada dalam keadaan standby. Itulah tugas yang perlu dilaksanakan demi penduduk setempat. Dari Hutan Melintang akan bekejar ke Teluk Intan dan kadang kala terus ke Langkap, kemudian kembali semula ke Hutan Melintang dan akan terus ke Bagan Datoh amat memenatkan. Perjalanan sehari kadang-kala sehingga lebih 200km. Lazimnya itulah yang berlaku. Demi tugas, masa bersama anak dan isteri perlu dikorbankan.
Keluar bekerja sejak pagi kelmarin (Jumaat) dan berlarutan hingga jam 2 pagi semalam. Apabila pulang ke rumah, belum sempat berhenti kereta, satu taman telah bergelap. Terpaksa pusing semula ke tempat kerja untuk melaporkan ketiadaan bekalan tersebut dan meneruskan lagi kerja yang menanti.
Bertemankan seorang lagi staf bersama-sama memperbaiki kerosakan yang dikesan di Pencawang Bervoltan Tinggi. Belum sempat memperbaiki sepenuhnya kerosakan tersebut, beberapa ketupan kuat telah berlaku. Begitulah yang terjadi pada seawal jam 3 pagi tadi. Dengan kudrat yang ada, mereka berlari sekuat hati bagi menyelamatkan diri.
Alhamdulillah, nasib menyebelahi. Begitulah yang terjadi pada my hubby, suatu pengalaman ngeri yang bakal meragut nyawa jika tidak ambil tindakan pantas. Kerosakan tersebut tidak dapat diperbaiki segera. Genset dari Ipoh dipanggil segera untuk membekalkan bekalan elektrik sementara bagi penduduk setempat. Dengan penuh ketakutan, jantung berdebar-debar melalui pengalaman yang tidak dijangka terus pulang ke rumah. Mata tidak dapat dilelapkan walaupun badan terlalu letih bekerja sehari semalam dan berlarutan hingga ke pagi.
Dipaksakan juga melelapkan mata walau sekejap kerana Genset akan tiba bila-bila masa sahaja untuk memberi bekalan elektrik. Keluar bekerja semula apabila Genset tiba hingga jam 2 petang, namun kerosakan tersebut masih tidak dapat diperbaiki hingga kini.
Tak sanggup rasanya melepaskan orang yang tersayang dengan kerja-kerja yang berbahaya namun hati terpaksa merelakan kerana itulah tugasnya. Masa, tenaga dan nyawa dikorbankan demi tugas. Tak dapat ku bayangkan jika terjadi sesuatu yang tidak diingini. Aku di sini keseorangan manakala sanak saudara jauh di utara tanah air.
11 comments
syukur xde apa2....xpe..pekerjaan dia buat org senang...teringin nak keja TNB jugak..
akak k-poh pernah tgk majalah 3..pasal org2 TNB ni yg bertungkus lumus utk "menghidupkan" balik letrik yg terputus.
Lepas tu, setiap kali bekalan letrik terputus,akak k-poh akan berdoa "YaAllah..lindungilah keselamatan mereka.."
Dulu..kalau bekalan letrik terputus..lama sikit jer dah hot...tanpa menyedari betapa bahayanya tugas mereka tak kira siang atau malam...terima kasih TNB..
salam...
kerjaya dan pengorbanan berjalan seiring....moga ada hikmahnya dan besor dapat pahalanya
@black_mel
Alhamdulillah sgt2. Ya la..ya ka? ok la, mel ambik jurusan apa? TNB ni gaji pun boleh tahan jgk.
@Sharifah nor
Sama la.Dulu tak tau pun kerja2 mereka ni bahaya. Bila kawin dgn org TNB, baru tau mereka ni selalu berdepan dgn bahaya setiap masa. Bila dapat call, dalam masa kurang dari 1/2 jam mesti segera berada di tempat kerja.
@pak long
W'salam..
InsyaAllah, mudah-mudahan..
Menjadi ieteri kepada seorang lelaki yang hebat! Semoga segala tugas yang dilaksanakannya berjaya disempurnakan tanpa sebarang kemalangan atau kejadian yang tidak diingini. InsyaAllah...
@WanWMA
Tinggi sgt pujian tu. Apa2 pun, terima kasih. Harapannya begitu la, InsyaAllah, Amin..
salam..
rasa bangga bila ada insan yang sanggup berkorban demi kepentingan
insan lain..moga Allah memelihara suami anda dari segi keselamatan..harapan anda sebagai seorang isteri tabah selalu..ada ganjaran menanti di masa depan jua..
Bagi yang tak tahu, pandai merungut je... komplen dan komplen...dan komplen lagi.
Baca entry ni barulah tahu betapa susahnya tugas dan tanggugjawab mereka
Terima kasih atas pengorbanan staff TNB & pengorbanan isteri-isteri....
TQ my love kerana memahami...
@zulkbo
W'salam..
InsyaAllah, Amin..
@muss
A'a la. Dulu saya pun macam tu, tau merungut je tapi bila dah tau tugas2 mereka, dah tak merungut lagi..
@Tanpa Nama
Eh, abg baca ke? Sorry je abg, ayg keluarkan entry tanpa minta kebenaran terlebih dahulu....
Syabas pada mereka, jasa mu dikenang
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini