Teknologi Baru

on Sabtu, April 17, 2010

Salam.
Untuk pengetahuan semua dan bagi yang belum tahu, sekarang ini musim membajak sawah atau dalam loghat Kedah, "musim membajak bendang".

Baru-baru ni sewaktu aku berada di kampung selama 2 minggu, aku sempat menyaksikan teknologi yang boleh dikatakan baru juga sebab sebelum ni, aku sendiri belum pernah jumpa. Sekarang ini di utara tanah air termasuklah Kedah, Perlis dan Penang adalah musim membajak sawah. Jadi dapat la aku tengok rupa teknologi yang baru ada tu. Ada sesiapa yang tak kenal dengan traktor? Ala, yang dok blander tanah dan menggembur-gemburkan tanah tu. Kalau tak kenal juga, sila la lihat gambar di bawah ni.


Inilah rupa traktor yang dipinjam dari Pakcik Google. Traktor ni memang biasa kita lihat terutamanya di kawasan pertanian.

Teknologi baru yang aku maksudkan ini juga merupakan sejenis traktor tapi dinamakan Traktor Trek. Traktor ini tidak menggunakan tayar traktor biasa. Jom tengok rupa traktor trek terbaru ni.


Gambar ikhsan dari Bapa Mertuaku. Cuba bandingkan antara kedua-dua traktor ini. Tayarnya ala-ala mesin padi.

Menurut Bapa Mertuaku, traktor trek ni mempunyai keupayaan 3 kali ganda daripada traktor biasa. Memang menjimatkan masa jika proses membajak menggunakan traktor trek ini. Setiap kebaikan pasti mempunyai kelemahannya iaitu traktor trek ini boleh merosakkan jalan raya dengan tayarnya ala-ala mesin padi.


Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved