Google Lancarkan Chrome Web Store.

on Khamis, Mei 17, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 dunia.
Syarikat pembekal enjin pencarian Internet, Google Malaysia memperkenalkan Chrome Web Store, yang kini boleh disertai oleh pembangun aplikasi tempatan bagi memperkenalkan produk masing-masing kepada orang ramai menerusi Google Chrome. 

Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, melalui Chrome Web Store, pembangun aplikasi seperti syarikat perniagaan boleh menyediakan aplikasi tersendiri bagi membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan mereka dengan lebih mudah. 

 “Melalui pengenalan ini, ia memudahkan pengguna tanpa perlu melayari laman web sedia ada yang kadang kala agak rumit serta melibatkan proses yang panjang. Terutamanya kepada rakyat Malaysia yang mahu menggunakan perkhidmatan syarikat tempatan seperti tempahan tiket penerbangan, perbankan atau mendapatkan laporan berita terkini," katanya kepada pemberita semasa pelancaran Chrome Web Store di sini hari ini. 

Pada masa sama, tambah beliau, pihaknya mengharapkan lebih banyak pembangun aplikasi tempatan menyertai laman web tersebut dan buat masa ini, Google Malaysia sedang mengadakan perbincangan dengan pelbagai syarikat untuk menyediakan aplikasi masing-masing. Kata Sajith lagi, kebanyakan aplikasi yang terdapat di dalam Chrome Web Store itu boleh dimuat turun secara percuma oleh orang ramai.

“Berdasarkan kajian, Google Chrome menguasai 44 peratus pasaran aplikasi pencarian Internet di negara ini. “Pengenalan Chrome Web Store membolehkan kadar penggunaannya terus meningkat sekali gus mampu menarik penglibatan syarikat untuk memperkenalkan aplikasi masing-masing," katanya. 

Menurut beliau, aplikasi oleh pembangun tempatan bukan sahaja boleh digunakan oleh rakyat di negara ini tetapi juga terbuka kepada pengguna di setiap pelosok dunia. Bagi menggunakan aplikasi tersebut, orang ramai terlebih dahulu perlu muat turun Google Chrome di laman web http://google.com/chrome sebelum mereka melayari Chrome Web Store.

Sumber:
Ranking: 5

16 comments

17 Mei 2012 pada 3:26 PTG

Semakin canggih dan memudahkan sekarang....

17 Mei 2012 pada 3:55 PTG

bila dah ada benda camni, senang jugak la..kalo tak terpaksa nak kena bookmark je..

17 Mei 2012 pada 4:41 PTG

slu guna kat rumah dan kt pjabt laju jer cam naik roket hee

17 Mei 2012 pada 5:20 PTG

belum ada keinginan nak cuba chrome lagi... nanti x taulah

17 Mei 2012 pada 5:40 PTG

Saya biasa guna Chrome web store untuk pasang aplikasi pada browser Google Chrome. Kalau sebelum Chrome web store dibuka untuk orang luar sekarang ini web developer boleh turut menjana pendapatan dengan mengeluarkan aplikasi yang dibangunkan didalam negara.

Tanpa Nama
17 Mei 2012 pada 6:17 PTG

Mudah2an senang menggunakannya.

17 Mei 2012 pada 6:32 PTG

sy telah menggunakannye dengan sbaiknya...haha

Entri Terkini Kazen >> Follow 100 Blog Part 3

17 Mei 2012 pada 7:41 PTG

x yah nk pi webpage ag..install ps mcm android dah leh pki..huhu

17 Mei 2012 pada 8:45 PTG

tanx for the info :)

17 Mei 2012 pada 9:53 PTG

jarang guna chrome,,biasa pakai mozilla jer..lepas nie kot

18 Mei 2012 pada 12:59 PG

sedang mencuba sekarang ni
harap2 banyak dapat maklumat dan faedah

18 Mei 2012 pada 9:34 PG

Saya lebih gemar menggunakan Mozilla Firefox :)

18 Mei 2012 pada 5:16 PTG

Kena cuba jugaklah lepas ni...hehe

Terima masih Iza berkongsi =)

20 Mei 2012 pada 4:25 PTG

Salam kenal Iza..

Ye lah makin canggih kan,ummi ni masih bertatih dengan IT..

20 Mei 2012 pada 4:32 PTG

Dah macam android ada market ;D

20 Mei 2012 pada 10:51 PTG

Salam,
Bagus juga ada chrome web store ni. boleh galakkan pembangun aplikasi tempatan hasilkan aplikasi sendiri

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved