Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Berita gembira ni sudah lama aku simpan sebenarnya. Baru sekarang nak kongsikannya. Dulu tak pasti lagi tapi sekarang sudah nyata lagi bersuluh.
Dalam bulan Mac lepas, aku ada mohon geran untuk usahawan online. Kalau dah ada ruang dan peluang, tunggu apa lagi kan? Lagipun, aku layak memohon setelah membaca segala syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Lepas daftar tu, aku lupakan dulu dan tumpukan pada mengait. Tiba-tiba, ada rakan bagitau,permohonannya telah diluluskan. Apa lagi, mula la tiap-tiap hari aku check status permohonan. Tiap-tiap hari juga muncul "Permohonan Anda Sedang Diproses" sehingga la aku dapat panggilan dari pihak SKMM sendiri mengesahkan perkara berikut.
Setelah mendapat panggilan, status telah bertukar ke "Permohonan Anda Telah Diluluskan"
Pada yang akan, sedang atau telah berniaga secara online, elok la mohon geran ini segera. Dari info yang aku dapat, geran ini akan diberikan kepada peniaga online sehingga tahun ini sahaja atau sehingga/ selagi ada peruntukan.
Antara syarat-syarat yang melayakkan seseorang memohon:
- Berniaga secara online
-Ada pendaftaran perniagaan
-Mempunyai laman website sendiri
- Pendaftaran jalur lebar atas nama pemohon
Untuk maklumat lanjut, boleh semak lain-lain syarat di website SKMM.
Rasa lebih bersemangat dan ringan sikit beban bagi meneruskan perniagaan online. Yang seronoknya, geran 1000 ini tak perlu membayar balik. Syukur, Alhamdulillah...orang macam aku ni memang memerlukan sangat geran tu sebagai modal bagi meneruskan perniagaan.
2 comments
Memang sesuaikan hendak buka perniagaan sendiri. Tanniah.
Bagus juga ada pihak yang bantu bisnes online ni
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini