Mangsa Masih Hidup Ketika Kemalangan.

on Khamis, Mei 05, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Setelah berkampung selama 3 hari di Perlis, bertolak dari Kedah jam 11 malam dan tiba di Perak jam 3 pagi tadi. Dalam perjalanan menuju ke Teluk Intan melalui jalan Manjung- Teluk Intan terjadi suatu kemalangan antara dua buah lori yang merentasi jalan utama menuju ke Teluk Intan.
Inilah keadaan kedua-dua buah lori terbabit yang terbakar sejurus pertembungan berlaku. Ketika aku sampai di tempat kejadian, banyak lori-lori besar tidak dapat meneruskan perjalanan kerana tiada ruang langsung untuk melalui jalan tersebut termasuk la kami sekeluarga. Kami la satu-satunya kereta yang terawal sampai di tempat kejadian.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut keadaan yang berlaku, my hubby turun pergi tengok dengan lebih dekat dan mengambil gambar dalam jarak jauh. Menurut kata my hubby, pemandu lori tersebut adalah orang Melayu yang menjerit meminta tolong sambil menangis dengan keadaannya yang tersepit manakala api marak membakar kedua-dua buah lori. Pemandu-pemando lori dan trailer bersama-sama membantu memadamkan kebakaran dengan mencedok air menggunakan beberapa biji baldi yang ada bagi menyelamatkan pemandu yang masih hidup. Tiada apa yang dapat dilakukan dengan hanya beberapa buah baldi untuk memadamkan api yang besar melainkan berdoa agar pemandu tersebut terselamat. Amat menyayat hati mendengar suara mangsa meminta tolong dalam kebakaran tersebut.

Sebenarnya tiada sesiapa pun yang berani menghampiri lori tersebut kerana api yang besar dan semakin marak membakar. Keadaan akan lebih buruk jika tangki minyak meletup. Jelas kedengaran teriakan pemandu lori tersebut. My hubby tak sampai hati nak mengambil gambar video kejadian tersebut. Setelah 10 minit berlalu, kami mengambil keputusan mencari jalan alternatif untuk sampai ke Teluk Intan iaitu berpatah balik dan melalui jalan Pasir Salak seretusnya ke Ulu Dedap dan Teluk Intan. 20 minit kemudian barulah kereta bomba dan ambulans bergegas ke tempat kejadian. Keadaan di sepanjang jalan tersebut menjadi lengang kerana lori-lori besar terkandas di tempat kebakaran.

Kesudahannya, keadaan mangsa tidak diketahui samada dapat diselamatkan dan masih hidup atau hangus terbakar di dalam lori tersebut akibat tersepit dan tak sempat diselamatkan. Wallahu'alam. Jika mangsa masih hidup, Alhamdulillah dan didoakan moga cepat sembuh dan jika sebaliknya, Innalillah...Setiap yang hidup pasti akan mati.
Ranking: 5

16 comments

5 Mei 2011 pada 4:06 PTG

Malang memang tidak berbau tetapi manusia kalau tak mandi confirm berbau.Hati-hati di jalanraya..Ingatlah orang tersayang..

5 Mei 2011 pada 4:12 PTG

siannye kan, mesti terseksa mangsa tu masa tu.

5 Mei 2011 pada 4:45 PTG

ngeri gak ngan kejadian macam ni kan, semoga kita dijauhkan

5 Mei 2011 pada 6:39 PTG

insyaAllah kalau belum ajal,dia masih hidup..ajal maut kan di tangan Allah...

5 Mei 2011 pada 8:21 PTG

tentu berdebar2 selepas kemalangan nak meneruskan perjalanan, kan.

5 Mei 2011 pada 8:33 PTG

salam..
benar menyayat hati kedengaran kisah hubby anda ni..moga Allah selamatkan mangsa..seandainya dia pergi dulu..semoga rohnya di berkati, dicucuri rahmat hendaknya..amin

5 Mei 2011 pada 11:17 PTG

memandu malam2 cukup bahaya.. Jai pun dah cukup fobia.. Kalau balik kg selalu siang je.. Kalo malam, mmg x la..he3

5 Mei 2011 pada 11:55 PTG

@abadi romeo
Tapi kambing tak mandi, harganya tetap mahal...

@intan izani
Kalau kita di tempat dia, hanya ingat mati je la.

@Sharinginfoz
InsyaAllah..

@black_mel
Harap2 macam tu la, ajal maut mmg Allah yg tentukan.

@Kujie
Ya la, takut sgt, dah la jln tu sunyi sepi, pagi2 buta pulak tu..

@zulkbo
W'salam..
Amin...

@decrewz
Lain pulak dgn my hubby, lebih suka pandu kereta mlm2 sebab tak mengantuk, tak panas, kereta pun tak byk, kalau siang siap la jam dgn cuaca panas yg boleh sebabkan mengantuk..

6 Mei 2011 pada 9:15 PG

masyaAllah... hebatnya pengalaman ni.. mm..

6 Mei 2011 pada 9:59 PG

tak dapat bayangkan kesedihan mangsa tu, harap dia dapat diselamatkan.. tapi mmg benar apa2 pun terjadi nyawa kita yg lebih utama kemudian baru yg lain bkn kerana pntingkan diri tapi kerana memikir org lain yg bergantung pada kita..

kalau gi ulu dedap tu bole le singgah kampung kami kat kpg gajah tu..:)

6 Mei 2011 pada 11:03 PG

@Khairul Hakimin B. Muhammad
Ya, pengalaman pertama.

@LiFe KaMi
Moga2 dia selamat.
Hehe...durian masih ada ke? kalau ada, nak singgah la.hehe..

6 Mei 2011 pada 11:09 PG

mmg mengerikan...harap2 takkan berlaku dikalangan keluarga kita..

6 Mei 2011 pada 2:20 PTG

@faiz
InsyaAllah..berhati-hati semasa memandu..

8 Mei 2011 pada 1:52 PG

harap2 dia selamat....amin..

8 Mei 2011 pada 9:45 PG

@ieda
Harap2 begitulah...

16 Mei 2011 pada 5:46 PTG

Innalillah... apepun diucapkan takziah kepada mangsa kejadian...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved