Khidmat Mesra Pelanggan Di Klinik Kesihatan

on Rabu, Mac 02, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Temujanji: 1 Mac (petang)

Semalam aku ke klinik kesihatan mengikut TEMUJANJI yang ditetapkan setelah aku menelefon pihak klinik untuk bertanya dan mengesahkan adakah betul tarikh yang ditetapkan oleh Doktor kerana setahu aku, hari pemeriksaan hanya pada hari Isnin dan Rabu. Hari Isnin dan Rabu sememangnya ramai pesakit hinggakan tidak cukup tempat duduk.

Syukur Alhamdulillah, tengok gambar di atas, lengang sahaja kerana hanya dua tiga orang sahaja pesakit yang sedang menunggu GILIRAN. Nampaknya boleh la aku pulang awal hari ini, fikirku. Sekarang jam menunjukkan pukul 2 petang, mungkin ramai yang belum datang lagi.

Setelah jururawat memerikasa tekanan darah, menimbang berat badan dan urine tak sampai 5 minit, aku akan terus berjunpa Doktor untuk ultrasound. Jarum jam menunjukkan pukul 2.30 petang, namaku belum dipanggil. Sehingga jam 3 petang, tidak dipanggil juga. Cekap sungguh perkhidmatan yang ditawarkan oleh Klinik Kesihatan Kerajaan. Bagaimanakah agaknya kalau tiba-tiba ada yang jatuh sakit dan memerlukan rawatan lanjuut, berapa lamakah agaknya masa yang perlu ditunggu untuk berjumpa Doktor? Jam 3.15 petang barulah namaku dipanggil.

Peristiwa awal bulan lalu, waktu pertama kali aku ingin daftar untuk pemeriksaan ibu mengandung di klinik tersebut, dengan garangnya jururawat menyuruh aku pulang dan datang semula pada Isnin depan dengan alasan pada hari itu pesakit terlalu ramai dan semua jururawat kelaparan, nak juga rehat. Tak bolehkah jika aku datang semula waktu petang. Alasan yang sama diberikan iaitu pesakit terlalu ramai. Patutkah begitu? Bagaimana pula dengan CUTI yang diambil my hubby semata-mata untuk menghantar aku ke klinik pada hari tersebut? Isnin depan nak kena ambil cuti lagi sehari? Habis tu, aktiviti petang nak buat apa? Jururawat nak berehat ke? Senang je jururawat tu bercakap.

Aku pun menceritakan pada my hubby apa yang terjadi dan alasan yang diberikan. Dengan perasaan geram, my hubby keluar dari kereta dan bertanya jururawat tersebut. Boleh pula dia (jururawat) bercakap lembut dan menyuruh my hubby panggil aku semula untuk daftar dulu. Katanya pemeriksaan akan disambung jam 2 petang ini. Kenapa jururawat tu tak bercakap seperti mana dia cakap pada aku tadi? Pandai pula rendahkan suara, bercakap lembut-lembut dan sopan santun dengan my hubby. Tak kisahlah waktu petang pun sebab my hubby memang free hari tu.

Peristiwa minggu lepas, dengan penuh semangat aku hadir ke klinik jam 10 pagi hanya untuk berjumpa Jururawat Masyarakat. Akibat lama menunggu, tekanan darahku menurun dan kepala berdenyut pening sehingga jam 12.50 petang baru selesai semua urusan rawatan. Dengan keadaan diri yang dah tak berapa nak sihat, maka terpaksalah makan tengahari di luar kerana tak sempat lagi untuk memasak, perut pun dah berkeroncong. Bagaimanakah agaknya nasib golongan yang kurang mampu? Terpaksalah menahan kelaparan menunggu bas atau teksi yang entah bila akan melewati kawasan itu, balik ke rumah dalam keletihan terpaksa pula memasak untuk diri dan anak-anak.

Mungkin itulah temujanji yang TERAKHIR untuk aku. My hubby pun dah jemu menunggu lama. Kadang kala my hubby hanya menghantar aku ke klinik dan kembali untuk bekerja. Setiap setengah jam, my hubby akan call dan bertanya samada urusan rawatan selesai atau belum. Nampaknya my hubby dah nekad untuk tidak lagi menghantar aku dan berurusan dengan Klinik Kesihatan tersebut.

Pilihan yang seterusnya adalah Klinik Panel. Adakah ini pilihan yang tepat? Aku sendiri kurang pasti tapi yang pastinya aku tak nak bersalin di Hoaspital Kerajaan. Biarlah keluarkan banyak belanja asalkan hatiku tak sakit dan jiwaku tak tertekan dengan layanan yang "TERAMAT MESRA" oleh jururawat bertugas.

Ceria-ceriakan diri anda dengan Apple iPad 2 yang boleh dapat secara PERCUMA.
Ranking: 5

7 comments

2 Mac 2011 pada 6:18 PTG

salam..
rasanya itu masaalah semasa di klinik mahupun hospital kerajaan..tetapi setahu saya ada piagam pelanggan yang tertera di dinding klinik mahupun hospital dan itu hak anda..lakukan komplen lah iza..isteri saya dah biasa dengan hospital mahupun klinik kerajaan ..dah MANGLI kata orang Kedah..

2 Mac 2011 pada 6:21 PTG

tau takpe...kdg2 tu mmg hati ni panas jugak dgn layanan nurse2 kerajaan ni..

2 Mac 2011 pada 6:54 PTG

Salam
saya tak ada pengalaman dgn spital gomen, Kedua-dua anak kami checkup dan lepas bersalin semua guna klinik panel ...nak juga tahu situasi lebih lanjut lagi

2 Mac 2011 pada 9:42 PTG

salam...
tak semua perangai misi cam tu....ni spesis tak sayang mulut..patut mau baca paigam pelanggan kelinik kat dia...tak pun cilikan ajer mulut misi tu...

2 Mac 2011 pada 10:08 PTG

@zulkbo
W'salam..
Rasa kesian pulak nak buat aduan. Saya andaikan nurse tu tengah datang bulan kot, itu yang emo semacam je.

@♥ Ana Joe ♥
Ya la, rasanya memang ramai yang panas hati tp sanggup bersabar disebabkan kekangan kewangan.

@etomyam
W'salam
Anak saya pun dah tak pernah ke klinik kerajaan sejak lahir. Time pregnant ni ingat nak la ada rekod dengan klinik kerajaan tapi menyusahkan pulak rasanya.

@paklong
W'salam..
Memang tak semua tapi dah banyak kali ceq kena marah. Ya la kan, nk kena baca benda tu kat dia. Amboi, beraninya pak long.

Tanpa Nama
6 Februari 2013 pada 6:52 PTG



Here is my web sitŠµ: payday loans
My webpage :: payday loan online

Tanpa Nama
16 Mac 2013 pada 4:59 PTG

buy ativan order ativan australia - lorazepam ativan uses

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved