Kesihatan.

on Khamis, Februari 17, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Dua tiga hari ni aku dah hilang semangat untuk buat apa-apa kerja. Semuanya down..down..down..dan terus menjunam. Bukan satu tapi semuanya. Kalau boleh di ukur tahap kerajinan melalui meter, dah jadi -1 dah.

Sebelum itu, jom kita ketahui dulu info ini.
Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia. Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. (Wikipedia)

Kelmarin aku membuat pemeriksaan darah, tekanan darah dan berat badan. Inilah resultnya.

Sepatutnya semua result tu semakin hari semakin naik tapi berlaku sebaliknya. Hemoglobin semakin rendah, berat badan semakin kurang dan tekanan darah juga semakin merosot. Aku pun dah buat ujian Thalassaemia pada 28 Januari lepas, Alhamdulillah, aku tiada Thalassaemia atau pembawa Thalassaemia.

Tiba-tiba saja aku sudah hilang semangat untuk membuat semua kerja rumah apa lagi untuk up date blog dan blogwalking. Aku hanya sempat membalas jejak yang ditinggalkan dan ziarah ke beberapa blog semampu yang mungkin. Aku tidak boleh terlalu lama untuk mengadap laptop kerana jika terlalu lama, akan muncul bintang-bintang gemerlapan di mataku dan mindaku.

Nasib baik aku tidak menghantar sebarang permohonan kerja. Mungkin ada hikmahnya. Tak sanggup rasanya nak bekerja jika keadaanku tidak mengizinkan. Nampaknya borang-borang yang telah di isi sejak tahun lepas dijadikan "pekasam" sebagai rujukan di tahun-tahun akan datang. Adakah agaknya wanita bekerja yang senasib denganku? Bagaimanakah keadaan mereka bekerja jika kesihatan tidak mengizinkan? Sungguh kuat semangat wanita berkerjaya.

Rutin harianku sekarang adalah rehat, rehat dan rehat. Tidur, tidur dan tidur. Jika menguruskan kerja rumah, pasti perlu berhenti rehat seketika. Jika ingin up date blog, aku perlukan ketenangan, idea dan semangat tapi semua tu dah semakin pudar. Harap-harap ianya tak berterusan.

Make Your Own Gifts Here

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Ranking: 5

18 comments

17 Februari 2011 pada 6:20 PTG

Assalam...

Elok bykkan berehat jika kesihatan x mengizinkan..moga cepat sembuh.
wife saya juga ada darah tinggi (keturunan) & saya belikan alat utk check darah (digital) kalau x silap harganya rm120 mudah nak periksa dirumah. bukan saja utk kami malah sesiapa saja yg dtg kerumah boleh kongsi guna

17 Februari 2011 pada 7:04 PTG

salam
kena banyakkan lagi rehat tu dan tinggalkan dulu seketika komputer dan internet ni, kekadang boleh membawa stress jugak dok layan komputer lama2

17 Februari 2011 pada 7:07 PTG

W'salam...
Terima kasih. Mudah kan kalau dah ada alat tu. kakak ipar ada beli benda tu. Dah cuba, best jgk kalau ada.

17 Februari 2011 pada 8:43 PTG

SALAM..
Cuba cari aktiviti mahupun kerja
sampingan di rumah..mungkin jaga
anak orang akan membusykan anda..
tak pun ambik upah menyangkui ke..?
he he..peluh sikit..

17 Februari 2011 pada 8:52 PTG

@etomyam
W'salam...
Ya la. Kdg2 mmg tak ada mood nak buka internet. ingat nak rehat dulu seketika.

@zulkbo
W'salam..
Nak jaga anak orang? anak sendiri pun tak terjaga en.Zul oi.hahaha, nak menyangkoi simen ka?kalau kat kg bulih jgk ambik upah menyulam padi.

17 Februari 2011 pada 10:19 PTG

Salam,
memang payah tu nak buat sebarang kerja kalau kesihatan kurang baik.. moga cepat pulih..
tak lupa terima kasih info kesihatan tu.. ringkas dan bermanfaat

17 Februari 2011 pada 10:31 PTG

@kulanz
W'salam..
InsyaAllah, harap2 begitu la.
Sama2, hanya sekadar sedikit info.

17 Februari 2011 pada 10:34 PTG

banyakkan minum air kosong or air suam-suam suku ye... elakkan makan makanan yg berminyak, berlemak, dan mempunyai kadar kolesterol yg tinggi... banyakkan makan sayur2... buah2... dan makanan yg segar2...

jangan patah semangat utk menulis... teruskan menulis... menulis mereleasekan tensen...

17 Februari 2011 pada 10:37 PTG

@SM Banjamin
Ek eh, sebijik macam Doktor pesan la. Terima kasih atas ingatan dan nasihat tersebut.
InsyaAllah, akan terus menulis..

17 Februari 2011 pada 11:26 PTG

sabar ye kak Iza..awal2 mmg mcm tu..
nnt dah lepas tempoh kronik ni, smua kerja dah boleh buat balik.. ;)

18 Februari 2011 pada 2:21 PTG

@adele
Dari pembacaan tu dikata mcm tu. InsyaAllah, harap2 hadat hadapinya..

19 Februari 2011 pada 2:17 PTG

erm patutlah.. rehat2 kak.... kalau boleh jogging.. hehe

19 Februari 2011 pada 9:22 PTG

@Zik
Ha? jogging? tak digalakkan la...

Tanpa Nama
1 Mac 2013 pada 7:21 PTG

Hеy I know this іѕ оff
topic but I was wonderіng if уou κnew of аnу ωiԁgets I cοuld add to my
blog that automatically tωеet my newest twitter updates.
I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.

Also visit my webpage :: DiamondLinks.net

Tanpa Nama
21 Mei 2013 pada 10:22 PG

Hello there! Do you use Twitter? I'd like to follow you if that would be ok. I'm absolutely enjoying your blog and look forward to new updates.


My page: individual reputation management

Tanpa Nama
22 Mei 2013 pada 8:36 PG

Ρrettу poгtion of contеnt. I just
stumbled upon yοur wеbsіtе and in
accession capіtаl to asseгt thаt I aсquire in fаct
enjοyed account your weblog pοsts.

Any wаy I will be subscribing tο your augment
and even I fulfillment уou access persistentlу fаst.


Here is my homepаge; Arjun Kanuri

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved