Iman Bukhari: Peribadinya.

on Jumaat, Februari 03, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Pada setiap hari Jumaat, mulai hari ini, aku akan menulis tentang kisah hidup Imam Bukhari iaitu ulama Hadis terkenal. Kisan ini dipetik dari sebuah buku bertajuk Imam Bukhari, Mujahid Hadis, susunan Mustaffa Suhaimi, 1993. Sebelum aku ceritakan lebih lanjut, jom kita kenali serba ringkas tentang peribadinya terlebih dahulu.
Peribadinya.
Imam Bukhari adalah seorang ulama Hadis yang terkenal di seluruh dunia Islam. Beliau menghabiskan umurnya untuk mempelajari Hadis, mengumpul dan kemudian mengarang banyak kitab mengenai Hadis.

Nama sebenar Imam Bukhari ialah Muhammad bin Ismail binIbrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbeh Al- Ja'fiy.

Mendapat gelaran "Al-Bukhari" kerana beliau berasal dari Bukhara, salah sebuah wilayah di Uzbekistan, Asia Tengah yang kini terletak dalam negara Kesatuan Soviet Russia. Sebelum ditakluk Russia, wilayah ini dikenali dengan nama Samarkhan.

Imam Bukhari dilahirkan dalam bulan Syawal tahun 194 Hijriah dan meninggal dunia ketika berumur 62 tahun.

Kedua-dua ibu bapanya terkenal kerana soleh, takwa dan alim dalam ilmu agama. Ayahnya Ismail adalah seorang ahli Hadis yang warak tetapi telah meninggal dunia ketika beliau masih kecil.

Ibu Imam Bukhari juga seorang wanbita solehah. Menurut suatu riwayat, sewaktu Imam Bukhari kecil, beliau telah menghidap penyakit mata hingga beliau hampir buta. Pada suatu malam ibunya bermimpi bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s yang memberitahu beliau bahawa mata puteranya itu hanya akan sembuh dengan doa yang banyak dari ibunya sendiri.

Sesudah ibunya berdoa dengan bersungguh-sungguh meminta pertolongan Allah, akhirnya penyakit mata Imam Bukhari sembuh dan dia dapat melihat seperti sediakala.

Itu sahaja yang sempat aku kongsikan untuk kali ini. Jumpa lagi...



Ranking: 5

11 comments

3 Februari 2012 pada 9:02 PG

assalamu'alaikum

seronok baca kisah2 peribadi tokoh2 terulung..

terasa motivasinya berbanding tokoh2 barat.. :)

3 Februari 2012 pada 10:51 PG

Tunggu kisah selanjutnya
Moga kita mendapat semangat darinya untuk membina kekuatan iman dan taqwa

3 Februari 2012 pada 12:38 PTG

doa ibu yg paling mujarab utk anaknya kan =)

3 Februari 2012 pada 3:58 PTG

W'salam..
Ya, terima kasih kerana sudi baca.

3 Februari 2012 pada 4:33 PTG

salam;
Elok juga buat entri pasal agama pada hari jumaat ini.!!.banyak faedahnya.

3 Februari 2012 pada 4:45 PTG

InsyaAllah..

3 Februari 2012 pada 5:05 PTG

Ya,
Allah makbulkan doa ibu.

3 Februari 2012 pada 5:06 PTG

W'salam..
Ya, terima kasih.

3 Februari 2012 pada 8:51 PTG

Salam..
manusia berilmu..matinya
meninggalkan nama baik
dan jasa sehingga akhir zaman

9 Februari 2012 pada 11:43 PTG

W'salam..
Betul tu..

16 Jun 2012 pada 4:52 PTG

teringin nak tau semua pasal imam bukhari lah.. :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved