Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Semua jemaah haji telah selesai menunaikan rukun Islam ke lima di Makkah. Alhamdulillah. Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah jam 7.25 pagi Sabtu (12.25 tengahari waktu Malaysia) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.25 malam waktu Malaysia.
Ketua rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Abdullah Syed Abdul Rahman berkata, penerbangan terakhir dijadual berlepas pada 10 Disember dan tiba keesokkan harinya. Beberapa perkhidmatan seperti program sahabat Tabung Haji, Sahabat Ibadah Tabung Haji, program jemaah haji warga emas yang dibantu secara soerang ke seorang cukup berkesan membantu jemaah haji.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Betapa seronoknya hamba Allah yang menjadi tetamuNya pada tahun ini kerana berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci. Mudah-mudahan mendapat Haji Mabrur.
Ada 2 kisah pendek yang ingin aku kongsikan di sini. Kisah ini merupakan kisah benar yang terjadi beberapa tahun lepas. Kisah yang diceritakan ini bukan bertujuan untuk mengaib mana-mana pihak, sekadar jadikan pengajaran serta tauladan untuk diri, keluarga, rakan taulan serta masyarakat.
Kisah 1.
Si A (Lelaki) telah kematian anak lelakinya. Anak lelakinya meninggalkan isteri, 2 orang anak perempuan dan sedikit wang ringgit. Si A telah memutuskan tali silaturahim dengan menantunya dan berusaha merebut wang peninggalan arwah anaknya dari menantunya. Duit (harta anak-anak yatim) tersebut digunakan untuk menunaikan haji. Tiba waktu berangkat ke tanah suci, ketika berada di lapangan terbang, Si A telah jatuh dan pengsan. Setelah berada di tanah suci, Si A langsung tidak sedarkan diri. Si A sedar semula setelah tiba di lapangan terbang tanah air.
- Moga Allah ampunkan dosa-dosa mereka dan meringankan azab kubur pada yang telah kembali ke rahmatullah.
Kisah 2.
Si B (Perempuan) merupakan seorang yang berkemampuan dan ditakdirkan menjadi tetamu Allah. Namun hubungannya sesama jiran tetangga tidak berapa elok. Si B sering menyakiti hati jiran-jirannya samada secara lisan mahupun perbuatan. Ketika ingin berangkat ke tanah suci, Si B langsung tidak meminta maaf atau menjalinkan hubungan baik dengan jirannya. Permintaan maaf dari jirannya juga tidak dihiraukan. Ketika berada di tanah suci, Si B telah terjatuh dan patah kaki serta sebelah tangannya. Nau'zubillah....
-Moga hamba Allah ini sempat insaf akan perbuatannya di dunia sebelum dijemput menghadap Illahi. Wallahu'alam...
Pengajaran: Untuk menjadi tetamu Allah, hati kita perlu bersih dari segalanya termasuk perasaan dendam serta hasad dengki. Segala hutang piutang juga perlu dilunaskan. Perbelanjaan juga adalah perlu dari sumber yang halal selain suci hati nurani, jasmani, rohani, emosi dan intelek kerana kita bakal mengadap Maha Pencipta. Hubungan baik sesama insan, meminta dan memberi maaf serta keikhlasan hati amat penting supaya kita mendapat keredhaan Allah untuk berangkat ke tanah haram (tanah suci).
7 comments
SALAM,
TKASIH ATAS PERKONGSIAN. KITA PERLU MENGAMBIL IKTIBAR DRPD APA YG BERLAKU DI SEKELILING KITA TERUTAMANYA YG BERKAIT DGN URUSAN MENUNAIKAN HAJI
Salam;
Bersih dari segala2nya sebelum menjadi tetamu Allah dan pergilah seperti org biasa bukan sebagai raja,pembesar,menteri atau berpangkat sesungguhnya Allah memandang Hamba-Nya sama rata.
Seronok kan bila dpt jadi tetamuNYA.
@luahfikiran
W'salam..
Sama2. Betul tu.
Bila pula agarnya kita diseru oleh Allah untuk memnjadi tetamu di BaitullahNYA ye! Yang pulang dgn selamat dari Mekah, Alhamdulliah!!Amin......
Dua cerita pendek yang penuh hikmah.
Allah tidak pernah buta dan lupa akan apa yang telah kita perbuat
Masya Allah...subhanallah.....Astaghafirullah....
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini