Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Minggu ini aku dapat hasilkan sekeping alas dulang bersaiz kecil iaitu 13.5 inci. Walaupun sudah lama mulakan projek, baru kini dapat lihat hasilnya. Maklum la, banyak komitmen lain yang perlu diutamakan.
Alas dulang ini menggunakan pattern Doily Pineapple, benang Minlon Poly warna pink dan juga putih untuk gabungan warna supaya nampak teserlah coraknya. Hook saiz 1.3mm.
Memang rumit membuatnya apabila menggunakan benang halus dan juga jarum halus. Sebab itu, ramai yang menolak jika ada yang ingin membuat tempahan menggunakan benang halus. Andai ada yang berminat, boleh hubungi aku.
Ini merupakan doily yang pertama pernah aku hasilkan dan mungkin yang terakhir menggunakan benang halus. Sakit biji mata meneliti setiap langkahnya. Kalau tersilap satu rantaian, aku perlu buka semula untuk satu pusingan dan mulakan semula pusingan yang dibuka tadi.
Sebab itu, harga tempahan doily sedikit mahal kerana banyak dugaan untuk menghasilkannya.
Ranking: 5
JOM BACA LAGI
Beg Kait Versi 2
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Seronok tengok rakan-rakan blogger dengan entri blog masing-masing di samping dapatkan trafik sebanyak mungkin. Rasa macam tak ada masa nak up da ... readmore
Baby Sweater
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
4 hari 3 malam masa untuk siapkan sweater ni. Bukan la direct, cuma buat ketika ada masa terluang je. Kalau kait terus-menerus tanpa buat kerja ... readmore
Hadiah Hari Guru.
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Masih tercari-cari hadiah hari guru untuk anak anda? Memang buntu juga memikirkan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada guru.
Oleh kerana ... readmore
Set Kelengkapan Bayi
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Projek seterusnya adalah set kelengkapan bayi. Kepada ibu-ibu atau bakal ibu, tak lupa juga pada bapa-bapa atau bakal bapa, anda boleh memilih at ... readmore
Koleksi Bunga-bungaanAssalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Selamat Hari Merdeka.
Jom layan bunga-bungaan kait...
Bunga 3 layer
Bunga puff
Bunga Sakura
Bu ... readmore
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini