Crochet Kopiah.

on Khamis, Mac 14, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Tiga jenis kopiah berjaya dikait. Aku saja-saja kait kopian kosong untuk hubby, kait kopiah GAZA tempahan pelanggan dari Terengganu dan kait kopiah bercorak untuk kanak-kanak.

 Kopiah biasa

Kopiah GAZA

Kopiah bercorak belum ambil gambar lagi jadi tak ada di sini. Kopiah GAZA telah memberi idea kepada pengait-pengait tanah air untuk menghasilkan pelbagai produk seperti headband, tote bag, keychain, pencil case, mafla, turbun dan sebagainya berasaskan 4 warna GAZA iaitu gabungan hitam, putih, hijau dan merah.

Untuk makluman, harga kopiah dewasa RM25 manakala kopiah kanak-kanak RM20 tanpa ada nama. Jika kopiah bernama atau bercorak, tambahan sebanyak RM5 untuk dewasa dan kanak-kanak.

Kopiah akan siap dalam masa tiga (3) hari jika tiada apa-apa halangan. 

Penghantaran menggunakan pos laju RM6 atau pos daftar RM3 untuk Semenanjung Malaysia, bergantung pada permintaan pelanggan.



Ranking: 5

8 comments

Tanpa Nama
17 Mac 2013 pada 2:25 PTG

wah comel

18 Mac 2013 pada 1:55 PTG

kopiah gaza tuh cantik

19 Mac 2013 pada 10:44 PG

Bila lihat kopiah ini teringat akan kopiah pemberian arwah datuk saudara.

6 April 2013 pada 12:41 PG

Kopiah GAZA tu cantik.

6 April 2013 pada 1:30 PTG

@Lynn Munir
Terima kasih..

Tanpa Nama
21 April 2013 pada 7:32 PTG

Hai... menarik blog ni. Jadikan hobi sebagai sumber kewangan tambahan. Silalah jengah benang-benang di www.myyarnscollection.blogspot.com. Mana tahu ada yang berminat.

28 Januari 2015 pada 1:10 PTG

Kak .. nak tanya . Akak guna benang jenis apa ya nak kait tu semua ??

28 Januari 2015 pada 2:24 PTG

Kebanyakan kopiah guna benang nona. Tapi kalau ada customer nak selesa, boleh guna benang cotton indonesia tapi mahal sikit harganya

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved