Cuti-Cuti Malaysia: Bukit Merah Laketown Resort

on Khamis, Januari 31, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Selepas menjamu selera di Doli Kuey Teow, aku ingat nak terus balik ke kampung. Rupanya hubby bawa ke Bukit Merah Laketown Resort untuk bermalam di situ. Kadang-kala tak seronok juga buat kejutan sebab aku dah bajet baju cukup-cukup tapi ikut je la.
Sampai Bukit Merah waktu malam jadi bermalam juga di hotelnya tu. Pada pendapat aku, hotelnya tu tak berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Mungkin hartanah di situ mahal harganya. Aku pernah duduk di bilik hotel VIP di Vietnam jadi bila buat perbandingan antara hotel Vietnam dengan Hotol Bukit Merah ni berbeza sangat-sangat.

Harga bilik VIP (Vietnam) tak sampai RM80 , dilengkapi dengan tv, Wifi, Jakuzi, katil saiz king, peti sejuk yang ada pelbagai jenis minuman, suis lampu sana sini, peralatan kemasan diri (sikat, cotton bud, pencukur, berus dan ubat gigi, sabun dan syampo) disediakan setiap hari dan sebagainya manakala Hotel Bukit Merah berharga RM330 (untuk semalam) dilengkapi hanya peti ais kosong, katil biasa2 seperti hotel cina tepi-tepi jalan. Aku rasa hotel cina yang berharga RM90 tu lagi elok dari hotel di Bukit Merah.
google
Dalam gambar nampak cantik saja tapi lampu tidur tu sekadar perhiasan. Langsung tak boleh buka. Tak ada cadar corak-corak, semuanya warna putih kuning. Rasanya lebih elok bermalam di tempat lain kalau pun nak masuk ke taman temanya tu.

Hotel terapung pula berharga RM500++. Pepatah baru, tepuk dada, tengok dalam wallet dulu.
Bajet tak boleh terlebih sebab akan digunakan ke luar negara pula untuk hari seterusnya...

Siang esoknya selepas sarapan, kemas barang, check out dan terus ke kaunter tiket untuk masuk ke taman tema. Harga tiket untuk dewasa dalam lingkungan RM33 dan kanak-kanak atas 90cm tinggi RM28. Dalam tu, boleh la main permainan air seperti taman tema yang lain. 

Anak-anak memang seronok dapat bermain air. Dapat la merasa cuti-cuti dalam Malaysia. Menjelang Zohor, kami keluar dari situ dan menuju ke kampung. Singgah Kedah sekejap dan terus ke Perlis. Sabtu 26 Jan, akan bercuti ke luaer negara lagi untuk awal tahun 2013.


Ranking: 5

6 comments

31 Januari 2013 pada 1:27 PG

Belum pernah sampai lagi.

1 Februari 2013 pada 2:46 PTG

tinggal di kawasan sana tapi.. jarang pergi.. biasa je pun..

3 Februari 2013 pada 1:28 PTG

Saya pun kalau tak ada dalam 'plan' (jenis tiba-tiba) memang agak tak berapa selesa juga. Tapi tempat macam menaarik

5 Februari 2013 pada 11:23 PG

salam singgah

13 Februari 2013 pada 10:55 PTG

Belum pernah sampai masuk dalam sini
Tapi beberapa kali dah lalu depan dia

28 Februari 2013 pada 11:43 PTG

mesti best jalan-jalan sana kan.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved