Ragam Di Wad Kecemasan.

on Khamis, April 19, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Ketika berada selama 6 jam di wad kecemasan, macam-macam gelagat yang aku perhatikan. Nak blogging atau ber"facebook", internet tak ada. Nak membaca, tiada bahan bacaan yang dibawa. Jadi aku lihat la gelagat manusia sekeliling. Sempat juga aku snap gambar curi. Ikuti beberapa gelagat yang aku perhatikan.

1. Ada sorang auntie India ni, gula tinggi dalam darah. Doktor nak tahan di wad kecemasan tapi dia tak nak. Dia nak suruh Doktor tulis surat MC sahaja untuknya tapi Doktor tak nak tulis. Doktor kata, dia akan dapat surat MC setelah menerima rawatan di situ. Bila ditanya mengapa tak nak di tahan di situ, jawabnya, dia takut jarum dan tak nak dimasukkan air. Oleh kerana nak juga surat MC dan atas pujukan husband dia, akhirnya dia bersetuju untuk berbaring dan dimasukkan air.

2. Di sebelah katilku ada seorang mak cik. Katanya tinggal berdekatan dengan tempat tinggalku juga. Menurut mak cik Salbiah, dia juga jatuh pengsan. Dah jadi penghuni setia wad kecemasan. Katanya Doktor ada bagi ubat tetapi tetap pengsan juga dan terpaksa juga dimasukkan sebotol air setiap hari.

3. Tiba pula seorang wanita Cina yang baru lepas bersalin. Anaknya dimasukkan ke ICU. Aku tak pasti kenapa. Si ibu ini kemungkinan dijangkiti kuman selepas melahirkan. Tiba-tiba dia nak buang air. Apabila ke tandas, tandas pula bermasalah. Tak ada tandas duduk, ada tandas cakung je. Tandas duduk ada jauh dan di luar kawasan tersebut. Maka terpaksalah nurse membawa wanita tersebut ke tandas duduk.

Memang bermasalah la kalau hanya ada satu tandas dan tandasnya adalah tandas cakung. Aku pun cuba sedaya upaya tahan dari sakit perut. Dah la signboard nya tu tandas lelaki, lelaki perempuan semua boleh masuk.

4. Seorang auntie Cina, umur dalam lingkungan 60-an. Dia pun kena masukkan air dalam badan juga. Aku tak pasti apa masalahnya sebab masa aku daftar masuk, dia dah ada dah. Selepas air habis, dia sibuk call anaknya. Katanya, anaknya dok tunggu kat luar wad kecemasan. Dia suruh nurse buang wayar air. Nurse pun buang dan biarkan jarum tetap ditangan. Kena tunggu Doktor padi pelepasan, baru boleh balik. Sedang semua nurse sibuk, dia babai pada semua pesakit yang ada di situ. Dia kata nak balik. Aku segera panggil pak guart (yang sedang sibuk tengok pesakit lain bercerita)  dan khabarkan tentang auntie Cina tersebut (pakai topi, berkaca mata dan ada jarum di tangan). Pak guart tu segera mencari dan auntie cina tu kembali ke katilnya.

Ada dalam 15 minit tunggu, sekali lagi dia cabut ketika orang lain sedang sibut buat kerja. Aku nampak tapi tak ada sesiapa yang nak ku khabarkan lagi. Biar la dia...

Hampir 2 jam berlalu Doktor dan kakitangan yang ada di situ baru sedar akan kehilangannya apabila kad kesihatannya ada tetapi tuannya tiada. Nurse pun call warisnya supaya bawa auntie tadi ke hospital semula kerana jarum belum ditanggalkan dan Doktor belum beri apa-apa keputusan.

Biasa la kalau berurusan dengan hospital kerajaan. Pesakit banyak. Kadang-kadang nampak lembap sikit. Dalam kes aku, aku kena tunggu selama hampir 2 jam lebih untuk perhatian. Kalau aku dah nazak, rasanya aku mati dulu sebelum sempat terima rawatan. Bosan menunggu.

5. Seorang anak India, entah apa penyakitnya tak dapat ku pastikan sebab mereka bercakap bahasa India, Doktor pun India. Adiknya baru keluar wad. Tengok macam baru lepas kemalangan dengan leher berbalut. Dia nangis-nangis masa dibawa ke wad kecemasan. Nurse pun panggil mak dia. Bila ditanya mengapa menangis, dia takut nak masud wad rupanya. Semua staf kat situ tergelak bila tau sebabnya termasuk la aku. Aku tak tau kesudahannya sebab aku keluar dulu. Mungkin Doktor tengah pujuk dia.

5. Seorang pak cik di sebelah katil ku lagi. Kali ni sudah 3 orang pesakit masuk keluar silih berganti di katil yang sama. Aku je yang masih ada dan paling lama antara semuanya. Masalah pakcik ni sakit belakang. Nurse pun ambil tekanan darah. Tunggu Doktor datang. Nasib baik tak sempat nak cucuk tangan, ambil sampel darah atau masukkan air. Kes pakcik ni kiranya kes naya....

Sebenarnya pakcik ni mai tengok cucunya yang masuk Hospital. Bila dia tengok ramai orang ambil ubat di farmasi hospital, dia pun pergi tanya di kaunter tu ada atau tidak ubat sakit belakang. Terus dia di tahan di wad kecemasan. Kesian juga sebab lama dia tunggu dan berbaring atas katil tu, baru Doktor datang. Setelah Doktor tanya beberapa soalan, akhirnya, dia dibenarkan pulang.

Begitulah serba sedikit gelagat yang aku perhatikan.
Ranking: 5

23 comments

19 April 2012 pada 12:36 PG

memang menginsafkan bila berada di wad, pelbagai situasi yang adakalanya menguji kesabaran kita.. semoga puan iza cepat sembuh..

19 April 2012 pada 12:55 PG

satu tmpat tp byk cerita..mcm2 ragam :)

19 April 2012 pada 2:15 PG

salam..
aduh..pelbagai ragam manusia
sekurangnya menghilangkan kebosanan
anda kan Iza..moga cepat sembuh..kesian
kat anak kecik tinggai lama-lama

19 April 2012 pada 8:58 PG

aku dulu pun selalu berada di wad masa mak aku masuk hospital..memang macam-macam hal la. ada yang kesian sangat dan ada jugak yang rase nak tergelak tengok

19 April 2012 pada 8:58 PG

Kena sarankan kat pihak hospital utk menyediakan line internet..

mungkin dapat kurangkan stress pesakit kan.. Sambil kena bedah sambil layar internet tentu syook...ha.ha.ha

19 April 2012 pada 11:33 PG

salam;
Memang banyak karenah di hospital lebih2 lagi hospital kerajaan..banyak yang melucukan tak kurang pula memalukan.

19 April 2012 pada 12:06 PTG

Bermacam ragam di hospital kan, tp yela Hosp Kerajaan ni pesakit ramai, kita kena tunggu turn berejam..

19 April 2012 pada 1:09 PTG

Ketika bisul anak saya pecah telah dibawa masuk Unit kecemasan separa trauma tetapi lambat kakitangan hospital respond hampir 2 jam barulah nak ambil darah dan masukkan antibiotik.

Nanah bisul yang pecah sendiri saya cuci sendiri. :-(

19 April 2012 pada 2:12 PTG

Pernah gak sekali baring kat wad kecemasan masa kemalangan dulu
Memang banyak kisah kat situ
Rasa sakit kita pun boleh kurang bila tengok gelagat orang
Hehe

19 April 2012 pada 2:56 PTG

saya pernah masuk wad biasa je..saya yang buat banyak ragam..mintak nurse slowkan kipaslah..mintak nurse teman g bilik airlah..hihihi

19 April 2012 pada 3:08 PTG

wahh... macam2 yeee... sabo je la kalau jadi nurse ni...

19 April 2012 pada 3:24 PTG

memang boring dh la sejuk gedi dalam tu...gelagat manusia macam2 ada ...

19 April 2012 pada 3:59 PTG

hehe, macam-macam ragam kan. kisah pakcik tuh yang paling kesian, nasib tak dicucuknya.

19 April 2012 pada 9:06 PTG

wahhh...haha..ni mesti dah boring sgt2 dlm wad..tu yg tgk ragam org..tido jer iza..haha

19 April 2012 pada 10:20 PTG

Memang penat kalau tunggu wad camtu...
lain le kalau byk duit leh dpt wad khas kan..

19 April 2012 pada 11:04 PTG

adehhhh...kesian kt pakcik tu..xpasal2 kena tahan masuk wad kejap...bila la hospital kita nk cepat cekap n cermat...

20 April 2012 pada 1:16 PG

laaa ... akak sakit apa sebenarnya ni ... ?

20 April 2012 pada 1:17 PG

banyak ragam tu tetapi yang kseian tah pasal2 pak cik tu kena tahan sebab sakit belakang .... hahahaha :D

20 April 2012 pada 10:42 PG

Memang banyak ragam pesakit kita akan jumpa bila di hospital. Masalah kemudahan satu hal, yang KM tak sanggup tue bila time nak makan, alahai sodap ese masak kek rumah laie.huuhu

20 April 2012 pada 2:35 PTG

bayk masalah byk org hee,.ada bt kita gelak ada bt kita senyum dan berfikir sndri..

20 April 2012 pada 2:37 PTG

saya tu pertama kli dok sepital masa bersalin aduh serik sungguh...walau satu mlm

20 April 2012 pada 4:47 PTG

kesiannye kes pak cik yang sakit pinggang tuh.. tak pasal2 kena tahan kat situ..

moga cepat sembuh yer.. :)

24 April 2012 pada 1:45 PG

Assalam,
kesian juga dengan auntie tu.. takut betul dia dengan jarum :D

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved