Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Kita pasti berbeza. Ada orang yang suka ais dan sebaliknya. Begitu juga dengan aku. Kadang-kadang sesetengah orang tak sah kalau tak minum air ais dalam sehari. Air ais dapat menghilangkan haus dan dahaga. Tapi berbeza dengan aku. Setahun tak minum ais pun tidak mengapa.
Walaupun ada peti ais dan ada air kosong, aku jarang minum minuman berais. Ketika makan dan minum di luar sahaja aku akan order jus carrot susu ataupun milo ais. Sudah tak ada air lain yang tersebut. Tiap kali order, air tu la yang akan aku sebut.
Di bulan Ramadhan (yang bermaksud panas) ini, pasti akan tergoda melihat kepelbagaian warna air yang ada terutamanya ketika dahaga. Seperti tahun-tahun lepas, InsyaAllah sebolehnya aku nak elakkan dari minum minuman berais. Tak kan waktu lain tak minum ais tetiba muncul bulan puasa, aku nak minum ais kan?
Biasanya kalau bulan puasa, aku sentiasa asingkan minuman aku dalam gelas yang lain yang tiada ais. Memang sedap diminum jika ada ais dan sejuk tetapi kesedapannya itu tidak lama kerana kesannya, aku akan terasa lebih dahaga di siang hari, bibir mengering serta tidak elok untuk kesihatan. Moga aku tak tergoda dengan air berais.
18 comments
salam..
bagus ada keinginan begitu..
ais ni tak berapa baik untuk
kesihatan..terutama di bulan
puasa
Ais? Tak wajib tapi kalau ada ok jer :D hehe..
Salam Alaiyka.
Rizal dah lama tak minum ais. Dulu memang la rajin suka, tapi la ni, suka telan air panas. Bila minum air panas, rasa macam kemas je (rasa je, perasaan kot).
Ntahla, minum air ais ni rasa cam bertambah haus adalah. Hehe.
Yang nak diamalkan sekarang, kerap minum air kosong : )
Selamat berpuasa
ttp kurng minum ais mmg bgus utk kesihatan.. :)
memang sedap kalo pekena ais waktu berbuka..tapi memang tak pernah rasa puas minum kalo layan ais je..
sekali sekala mungkin ok la, tapi kalo tiap hari mudarat jugak tu..
Aaaa tak leh tahan rasanya kalau sari tak minum ais...tak hilang dahaga..bukak puasa mesti ada ais..haha..emm bagusla kalau tak ada nafsu pada ais..hehe
Bestnye boleh kontrol dari minum ais...nak jugak kontrol mcm tu..tp x mampu..mase dlm pantang 44 hari tu je la yg x minum air..hehehe
Macam rasa kurang kalau tidak ada air sejuk ketika berbuka.
air ais sentiasa dijauhi bulan puasa ni.
salam;
sebenarnya minum air ni elok juga untuk kesimbangan suhu dlm badan..tapi tak boleh kerap diminum.
chill water x pe kot kan..
Salam,
Akupun tak ingat bila kali terakhir minum minuman yang ada ais.. memang tak suka sangat minuman sejuk berais ni
perghh hebat..haha..aku xbley xminum ais
http://oh-sembangsembang.blogspot.com/
@Penghulu Keramat best la minum air sejukk .. :D
aku x minum minuman berais, tp aku minum minuman yg sejuk disejukkan dlm peti ais :)
Saya pun tak minum ais. kalau minum, terus rasa mengantuk
Memang salute la orang yg minum air tanpa ais di bulan posa ni, Myra pantang nampak ais...heheee
sebenarnye atitude kita yang kata tak blh tahan dari minum ais.... sebenarnye boleh aje.... nape siang puasa kita blh tahan....
memang minda kita set TAK BOLEH makanye.. tak boleh la jadinye.....
apa2 pun bersederhana dalam segala hal.....
p/s :- bayangkan ais tu adalah air paip yang tak dimasak... lepas tu kita minum...emmmm pikio2 kan le yeop....
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini