Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Hari ini aku tak dapat nak pos sambungan kisah Imam Bukhari. Tak sempat nak taip. Mengikut perancangan, selepas ambil puteriku yang sulung di Tabika, kami akan terus bertolak ke Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan untuk menziarahi tok Mek (tok mertua) yang sakit.
2009
Kakak ipar bersama tok Mek, 2009.
Menurut kata kakak iparku, tok kat kampung sakit. Jadi mak mertuaku dari Perlis telah balik ke Kelantan, kakak ipar dari Johor juga mungkin dalam perjalanan ke Kelantan dan kami akan menyusul dari Perak ke Kelantan.
Biasanya setiap kali Raya Haji, kami beramai-ramai akan berkumpul di rumah tok di Kelantan. Oleh kerana raya tahun lepas aku baru lepas pantang, hanya mak mertuaku sahaja yang balik ke Kelantan. Sebulan sebelum tu (dalam bulan puasa), tok terjatuh dari tangga.
Aku pernah bertanya usia tok tapi aku dah terlupa berapa usianya. Walaupun dah di mamah usia namun mata tok masih terang sampaikan tahi lalat yang kecil-kecil di kain pun tok boleh nampak.
Kalau balik ke Kelantan, pastinya chalet tok jadi tumpuan. Walaupun kecil dan serba kekurangan, kami lebih selesa di sana. Kalau dah penuh dan padat dengan saudara-mara, aku dan hubby akan menyewa di Pandai Cahaya Bulan (PCB) untuk semalaman.
Ini la rumah tok dengan 2 bilik tidur.
Tok biasanya akan tidur di rumah anaknya (Mak Long) di depan rumah ini. Jadi kami la yang akan duduk dan masak di rumah tok. Mak mertuaku lebih selesa masak di rumah tok. Kadang-kala barang keperluan di bawa khas dari Perlis.
Rindu tapai Kelantan...(tiba-tiba ja), rindu juga nak kutip biji janggus depan rumah tok.
Dah 3 tahun tak jengok tok. Esok malam mungkin kami akan sampai ke Destinasi, InsyaAllah. Perjalanan mengambil masa 7 jam dari Hilir Perak ke tanah Cik Siti Wang Kembang. Doakan semuanya baik-baik sahaja dan tak lupa juga untuk tok yang sedang sakit, moga cepat sembuh. Liputan internet mungkin tiada di sana. Aku dijangka akan berada di Tumpat sehingga hari Ahad ini. Jumpa lagi.
24 comments
Berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai dan kembali. Amin.
Hati2 memandu
Semoga selamat dalam perjalanan
waa..kajang sebidang mmg dekat dgn kampun sy..sy duk chabang 4 tok mek ngah..sblm kajang sebidang
Kirim buah janggus tu yea :)
Alamak,... tapai! best tu dah lama tak merasa tapai Ktan. Sy pernah cuba tapai yang dibuat dr daun pokok getah,... manis... dah melelh air liur la plak :)
Moga selamat pergi dan pulang..
semoga akan cepat sembuh. terkadang sakit rindu anak2 hee mau tgok cucu ker heee...
semoga d permudahkan segala urusan kak iza.amin.
salam..
ermm..ada juga waris
di Kelantan ye..jangan
lupa order budu di sana
Semoga cepat sembuh, and you all semua selamat dalam perjalanan..amiin
:-)
best nye blik kg.. :)
Saya kedua-dua nenek sudah tiada lagi. :-(
cakap pasal kampung... dah lame rasanya tak balik kampung. tak ade keluangan untuk menjengah.
Amin.
Dah selamat sampai rumah pun..
InsyaAllah,
Terima kasih.
Buah ketereh (janggus) tak berbuah,
ada pokoknya je.
Dari daun pokok getah?
Tak pasti pulak,
tau makan je..
InsyaAllah.
Betul la.
Tok dah sihat la sehari lepas tu,
dah berselera makan nasi.
W'salam..
Alamak!!
Saya tak beli pun budu sebab tak makan budu.
Sekadar beli keropok je.
Akok pun tak sempat nak makan.
InsyaAllah,
Terima kasih
Masa boleh diluangkan walaupun hanya sehari dua..Kalau nak ikutkan masa, memang masing2 sibuk dengan kerja.
Semoga nenek cepat sembuh, saya pula berasal dari Tumpat, kg Geting dekat Pengkalan Kubor, sempadan Takbai, Thailand.
@sensasi2020.blogspot.com
Amin..
Ooo..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini