Hantaran Kahwin....

on Isnin, Disember 28, 2009



Apa kena-mengena hantaran kahwin dengan gambar ni? Sebelum tu aku nak cerita tentang gambar ni dulu. Gambar ni diambil ketika kunjungan kami ke tanah mahsuri. Itu adalah En. Abdul Aziz b. Sulaiman selaku pemilik Azsar Studio di Kangar, Perlis. Itu la bapak mertuaku. Kerja sampingannya sebagai editor dan videography sebarang majlis khasnya majlis pertunangan dan perkahwinan. Sapa2 yang tinggal di kawasan utara terutamanya Perlis dan berminat nak rakamkan majlis kahwin, boleh la hubungi my father in-law di talian 016-5536307.



Tentang hantaran Kahwin pulak....pagi tadi, time bapak mertuaku mengedit gambar kahwin utk seorang kenalannya di Padang Besar, Perlis...dia terkejut kot dengaq...

Keluarga perempuan (Wang Kelian) letak mas kahwin/ isi kahwin sebanyak RM10 ribu dan wang hantaran sebanyak RM6 ribu. Semuanya berjumlah RM16 ribu. Aku sendiri pun terkejut. Kalau mas kahwin setakat RM2/3 ribu tu, biasa la bagi orang Kedah. Kononnya kaya dengan sawah padi. Ni baru pertama kali aku dengar mas kahwin semahal itu. Lain la kalau artis popular yg nak glamor. Kalau artis sekalipun, mas kahwin tak semahal tu kot.

So, kami fikir sejenak...mungkin ada motif tertentu keluarganya letak mas kahwin dan hantaran semahal itu.

* Kaluarga perempuan kaya??? Tak jugak. rumahnya biasa2 saja.
* Berkelulusan tinggi??? Logikkah letak sebanyak itu?
* Bakal suami berpangkat besar??? (belum tau lagi) atau
* Pihak keluarga perempuan tidak bersetuju atas pinangan tersebut??? Wallahu'alam...

Agak2nya kenapa ya diletak semahal itu?
Aku pernah dengar orang tua dulu2 kata, kalau ada orang mai meminang, keluarga perempuan tak boleh tolak terus kalau tidak bersetuju. Sebaliknya bagi alasan lain yang lebih munasabah dan tidak mengecilkan hati pihak lelaki. Antaranya, "nak belajar lagi"..."nak sambung belajar".."belum bersedia"..atau letak hantaran tinggi yang tak mampu di bawa oleh pihak lelaki.

Tapi sekarang ni kalau dah sama2 suka...setinggi mana pun hantaran sanggup ditunaikan.Betul tak???

Kalau la korang bakal pengantin lelaki, sanggup tak bawak hantaran sebanyak itu?
Ranking: 5

6 comments

29 Disember 2009 pada 12:41 PG

tengokla berbaloi ke tak huhu

29 Disember 2009 pada 1:09 PG

Kalau dah sayang tu kena la berkorban sikit.Sekarang ni barang dah mahal.kalau hantaran naik sikit kira ok la . Rm 16 k sesua la kalau tinggi peljarannya

29 Disember 2009 pada 8:40 PG

kalu kat pantai timur mas kahwin RM5k ke atas perkara biasa...bila mas kahwin tinggi duit hantaran tak der la...

29 Disember 2009 pada 10:36 PG

tak bagi kawin ke ape tu?
mahal gile...melampau-lampau
ke ade sebab lain?

27 Ogos 2010 pada 12:52 PG

pherghh !! 16 ribu duit hantaran /
belanja kawin. tu belum lagi masuk
duit nak wat kenduri kendara. kalu
wa lah, reject dari awal2 lagi. Mana
tak nya kalu tak mampu bila sampei
hari yg dijanji, tak ke malu mak
ayah kita ... huhuhu

27 Ogos 2010 pada 8:23 PG

@nn
hehe....

@Biela Jailani
Kalau pelakaran tinggi tapi tak kerja, nk buat apa.kn susah nak bayar hutang nanti...

@Mama Balqis
Duit hantaran tak ada? Lagi la parah, nanti nk buat kenduri macam mana? Itu yg ruginya...Kalau di Kedah,mas kahwin 5k, hantaran mungkin kurang sikit dr tu tp tetap ada.

@❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤
Entah la....macam x setuju je dgn bakal menantu...

@wachak
Kalau tak bercinta ok la. Kalau dah syg gila2 mcm mna? La ni kan blh buat pinjaman kahwin tp kesian la kat lelaki tu....kalau dia kahwin dan pompuan tu perfect dlm segala hal,ok la. Kalau x tau apa2, kan dah rugi....

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved