"Cikgu, nak ayaq"

on Sabtu, Januari 07, 2012

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Hari ke tiga ke tadika. Awal-awal bangun pagi, dia jengok ikut tingkat samada dah boleh bangun atau belum. Setiap hari aku sediakan sarapan tapi hari ini dia dah tak nak makan. Nak makan kat sekolah katanya. 

Kalau tak silap aku, dari kiraan pasang kasut yang aku bilang, ada lebih kurang 10 orang murid dengan 2 orang guru di tadika tu. Tak ramai kerana tadika ini tersorok sikit dalam taman perumahan yang aku tinggal. Dalam taman yang aku tinggal ini ada lebih kurang 4 buah tadika swasta dan tadika KEMAS yang paling besar ada di pekan Hutan Melintang. Mungkin pelajarnya lebih ramai lagi di sini. Pergi dihantar oleh abahnya dan apabila pulang, aku yang jemput jika abahnya tak sempat nak balik. Jalan kaki sahaja jadi boleh la 2 in 1, sambil exercise.

Hari ini abahnya yang jemput. Cikgu bagi tau pada hubby, anakku cakap utara. Katanya, "Cikgu, nak ayaq". Bab air memang tak dapat nak ubah sebab dah biasa cakap macam tu sejak kecil lagi. Lagi pula, aku dan hubby orang utara jadi loghat di rumah dah semestinya bahasa utara. 

Perkataan lain boleh pula anakku cakap bahasa buku/ bahasa surat/ bahasa melayu standard dan dia banyak belajar dari kartun Upin dan Ipin tapi perkataan "air" atau "ayaq" memang tak boleh nak tukar dah.


Ranking: 5

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved