Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Pasti ramai antara kita yang menggemari sambal belacan. Tidak lengkap rasanya makan nasi jika tidak ada sambal belacan kecuali orang Pandai Timur yang lebih suka makan budu atau orang Melaka yang lebih suka cencalok.
Dulu, aku tidak sentuh dan tidak makan sambal belacan. Sekadar menumbuk atau menyediakan sambal belacan untuk orang lain makan. Sambal tumis boleh dimakan tetapi tak berani pula nak makan sambal belacan bila dimasukkan cabai Melaka, cabai burung (cabai kampung) sebab terlalu pedas dan tidak sesuai dengan lidahku yang mungkin nipis. Sedikit sahaja sambal belacan bisa mengeluarkan air mata, air hidung dan sebagainya akibat kepedasan.
Sejak aku kahwin hampir 5 tahun lalu, setiap hari diwajibkan buat sambal belacan kerana my hubby suka makan nasi dengan sambal belacan walaupun tak sesedap air tangan mak mertuaku. My hubby punyalah cerewet bab sambal belacan ni. Sambal belacan yang ditumbuk dan dimakan waktu tengahari (lunch time), tidak akan dimakan lagi pada malam hari melainkan kena tumbuk semula dengan cabai (cili) yang baru.
Mak mertuaku pernah menceritakan suatu kisah lucu tentang suamiku dan sambal belacan padaku. Mak mertuaku sengaja menumbuk lesung batu sahaja tanpa apa-apa isi agar anaknya (my hubby) menyangka ibunya sedang membuat sambal belacan yang baru. Membazir pula jika sambal belacan yang ada masih banyak.
Berlainan pula dengan diriku. Aku langsung tidak kisah samada ada atau tidak sambal belacan asalkan dapat hilangkan kelaparan. Sedap atau tidak sesuatu masakan, tidak menjadi masalah dan menjadi perkara terakhir. Tetapi semenjak dua tiga bulan kebelakangan ini, selepas sahaja keadaan diriku reda (beransur hilang) dengan pelbagai alahan mengandung, boleh pula aku makan sambal belacan dan sanggup pula menahan kepedasan. Tak lengkap rasanya kalau makan nasi tak ada sambal belacan.
Dulu, kalau my hubby dah bagi tahu awal-awal dia tak balik makan tengah hari (kerja), simple saja aku masak nasi beserta lauk berkuah tetapi kini perlu tambahkan satu menu wajib iaitu sambal belacan walaupun makan sorang-sorang. Tak lengkap rasanya kalau tak ada sambal belacan.

17 comments
sambal belacan kan sedap...kegemaranku!
sis.. sedap nampak sambal belacan tu.. hehe
huhu ingat masa skolah dulu. ptg2 pi lepak umah amri tgk bapak dia edit video kawen...
kadang2 tu selamba mkn tghari kat sana ptg baru balik umah haha
kalau balik kg lagi kirim salam kat mak dan bapak mertua ye. walaupun jarang pi umah depa semenjak keja ni tp jasa depa takkan dilupakan.
kat amri pn kirim salam jugak. ntah2 dia dok tanya jugak pasaipa dh lama tak call dia huhu
@Lydia Miza(Aidyl Azim)
Dulu tak sedap, skrg dah suka..hehe.
@Zairie Husin
hehe..
@zaryl
InsyaAllah...baru je balik dr kg ni..Rasanya lambat lg kot nak balik kg..
Assalam..
Saya bukan penggemar sambal belacan sebab x tahan pedas cuma sesekali cicah dgn timun bila makan tomyam kat kedai.
salam..
makan juga sambal belacan ni
tapi tak pulun sangat..kalau ada,makan..tak ada pun tak pe..
:)
terliur tgk gambaq sambal blacan tu.. *slurp*
sy sampai kena gelar 'hantu sambai belacan' dlm famili sebab kalau letak mesti sampai nasik merah br puas. kena pulak yg campur cili2 ijau yg kecik tu.. meleleikkhhh :P
lama tak pekena sambal belacan.. cecah dengan ikan kering... fuh
kalau nak lg sedap masukkan limau kasturi jangan limau nipis, wahhh....lg power
Isteri saya(orang selangor) dulu pun tak pandai buat sambal belacan. Kenalah dia pi terening kat mak mentua. La..ni..dia dah pakar...tempat kenduri org dok panggei dia.
Betul apa kata allycat...kalau dah jatuh cinta macam org makan sambal belacan...walau pedas dimakan juga..
hehe . tak dapat nak makan pedas2 ni . tak tahan . lidah macam nipis je . huhu ! kadang-kadang jelah makan . tapi masa nak cicah tu sikit gile . asal ada rasa pedas sikit cukup !
terliur teman...
Assalamualaikum,
Akak suka juga sambal belacan tapi taklah hari2. Sesekali saja bila teringin.
Salam kak iza,
Saya kurang sikit sambal belacan.Saya peminat sambal tempoyak.
ambal belacan ni,kalau belum rasa. memang tanak makan. Tapi bila dah terkena..susah nak tinggal..cam isap rokok la agaknya..
susahnya nak cari sambal belacan di sini...nak buat sendiri tak pandai..hehe
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini