Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Deria memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Tanpa salah satu deria, kita mungkin akan merasa suatu kehilangan ataupun hidup kita seperti tidak lengkap. Andaikata hilang deria bau, makanan yang kita makan tak terasa lazatnya. Begitu juga dengan deria rasa dan lain-lain deria kurniaan Allah.
Sejak dua tiga hari lepas, aku sudah semakin hilang selera makan. Semua makanan yang aku masak, dibuang begitu sahaja. Dulu aku lah yang tolong habiskannya tapi kini dah tak ada sesiapa menghabiskannya.
Deria bau juga semakin ketara. Bau hanyir ikan dan ayam sudah memeningkan kepalaku. Dulu, ketika bau belacan, terasa ingin menyicahnya dengan mempelam. Tapi kini bau belacan seperti bau bangkai busuk. Maafkan aku wahai belacan kerana terpaksa aku mengtongsampahkan engkau. Tak sanggu aku menahan bau setiap hari.
Maafkan aku pada tuan rumah andainya aku tidak memasuki rumah yang aku kunjungi. Aku hanya boleh berada di luar rumah kerana tekakku tidak dapat menahan segala isi perut andainya deria bau ku mengesan sesuatu yang tidak dapat diterima.
Bau di ruangan bilik tidur, tandas, ruang tamu dan sofa telah membuatkan tekakku loya. Segala pakaian, sarung bantal dan cadar kerap kali aku basuh. Adakah sabun basuh yang aku gunakan tidak cukup wangi? Perlukah aku memakai topeng menangkis jerubu untuk menghalang segala bau yang tidak diingini?
Maafkan aku wahai suamiku. Aku sudah tidak tahan dengan bau segala perfume, bedak dan deodoran yang digunakan. Ingin saja aku buangkan semua dalam bakul sampah. Terasa ingin aku basuh sealmari pakaian yang belum dipakai disebabkan kuatnya deria bau yang ku alami. Adakah cara-caranya untuk aku mengatasi masalah yang ku alami kini? Berapa bulan lagi agaknya harus aku alami semua bau yang tidak menyenangkan ini?
Tolong.....tolong....
Siapa ada petua terbaik untuk mengatasi masalah tersebut?

16 comments
salam..
kadang-kala alahan
orang mengandung..
macam isteri saya
mengandungkan anak
ke-2 dulu..selainnya
tidak pasti pula..
adakah sebab yang lain
selain pertukaran hormon?
@zulkbo
W'salam...
Sebab mengandungkan anak ke dua la tu kot.
iza..tajuk ko eja salah sikit..;)
aku takde tips la nak ilangkan bau...sbb aku x pernah alami..lama2 ok lah kot..
@black_mel
Ok, aku dah betulkan.
Thanks coz tegur kesalahan tu..
Ok, tak pe.
oooh..ada isi..memang la macam tu..
nikmat tuhan tu..bini aku lagi terok dari semua bini kat Malaya ni..aku dok tengok..dia suka makan garam....
sedap katanya.....
p/s:loya dengan tak tahan bau tu same ke.Aku laki mana tau..
gentel buah limau nipis lepas tu amek bau dia ... he33
salam
wah ni dah berisi le ni...
susah jugak nak atasi tu, saya dulu pun stop pakai perfume sejak wife ngandung, sampai sekarang tak pakai walaupun anak yg bongsu dah 6 tahun hehehe
memang deria bau kuat kan, semoga lepas ni kurang le sikit ya
@abadi.romeo
haha....rasanya mak mertuaku lagi teruk kot. Katanya dulu masa mengandung, suka makan hampas kopi.
Mamaku pula suka cium bau minyak tanah.
P/s: sama la tu..
@wachak
Hmmm, nanti aku cuba. Thanks..
@etomyam
W'salam.
Ooo, boleh pulak tak pakai ye? Kalau macam tu, saya nak sorokkan la perfume my hubby, buat pening kepala je baunya..
@Sharinginfoz
InsyaAllah, harap-harap begitu la..
salam...
em kadang2 pelik juga knapa ada orang tak suka bau belacan.. hehe.. sy pun tak tau la mcm tak perasan pun belacan ada bau kurang menyenangkan.. :D
@Mr.Z
W'salam..
Belacan tu sedap sebenarnya tp dlm kes saya ni, ini bukan masa yg sesuai utk bau belacan.huhu...
terlebih kuat deria bau payah juga.
hingga jauh pada tandas.masih berbau busuk.
Ali ridha Anti-blogspot
oh macamni ke alahan?
saya suka belacan juge. hehe.
semoga kuat menempuhnya! :)
@Ali ridha
ya la...
@yuyu aziz
InsyaAllah, terima kasih.
EH, ngatkan pasal pe td... Cuba bawa bincang ngan husband.. Insyaalh dia boleh faham.. Kalau nak petua..errrr... x tau..he3. Belum kawin & x pernah kawin..he3
mungkin hanya perasan jer kot.. huhu..
semalam takda mood nak makan jerla... tak tahu kenapa...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini