Semangat Membara Dengan Kuih Raya.

on Jumaat, September 03, 2010

Salam...

Alhamdulillah, walaupun aktiviti blogging aku dikurangkan, aku akan cuba post entry selagi internet masih ada. Kesihatan aku sudah beransur pulih. Terima kasih pada yang menyokong dan memberi nasihat. Selama aku menyepi seketika dua tiga hari lepas, aku tak ada mood nak buka internet tapi sempat juga aku mengisi masa lapang dikala kebosanan.

Cara-cara buat serunding dari sebelanga hingga tinggal sejemput.

Setiap tahun apabila tibanya ramadhan dan hari raya, aku mesti dan kena buat serunding udang. Ini merupakan resipi mama aku. Senang saja nk buat serunding ni. Ketika pertama kali aku buat serunding, seharian menggoreng baru siap sebab memerlukan api dapur yang perlahan. Oleh kerana kesihatan tidak mengizinkan, aku buka api kuat-kuat supaya cepat masak. Nasib baik tak hangit. Masa aku tengah menggoreng serunding ni, aku terfikir untuk buat business jual serunding suatu hari nanti. Berangan sekejap.

Apabila serunding dah siap, aku buat kuih yang disukai ramai. Cuma aku saja yang tak berapa suka dengan kuih-kuih yang aku buat ni. Aku lebih sukakan kuih manis berasaskan coklat. Keluarga mertuaku memanggil kuih ini dengan nama "kuih iza" walau di mana saja kuih ini dijumpai. Maksudnya, kalau orang lain jual kuih simpul tu pun, orang lain buat atau dihidangkan oleh orang lain, , tetap dipanggil "kuih iza", padahal aku bukanlah perintis pada kuih tu.


Ini sahaja yang sempat aku siapkan dalam masa setengah hari. InsyaAllah, akan di tambah lagi.

Keesokkannya pula, aku bersemangat untuk buat karipap kecil atau lebih dikenali sebagai spera. Ini merupakan kali pertama aku membuat karipap setelah sekian lama (4 tahun kot) aku memerap resipi yang aku ambil dari mamaku.


Akhirnya.......


Jadi juga.

Bukan my hubby sahaja, aku sendiri pun kagum dengan kebolehan diri. Terkejut juga my hubby tengok bila kuih dah siap dalam balang. Tak sangka pula boleh jadi kuih spera ni. Sekali lagi terfikir untuk aku buat business jual karipap besar berintikan ubi keledek tiap-tiap petang Aku berangan lagi....Inikah yang dikatakan hangat-hangat ***i ayam? Atau angan-angan mat Jenin? InsyaAllah, mudah-mudahan akan terlaksana angan-angan aku tu suatu hari nanti. Tapi intinya saja yang belum aku pelajari. Ada sesiapa yang nak bagi resipi inti karipap tak? Boleh kongsikan di sini.

Sekali lagi (dah 3 tahun rasanya), oven dan mixer masih tidak aku gunakan. Mereput la hadiah sempena birthday dan anniversary beberapa tahun lalu. Lagipun oven tu masih berada di rumah sewa lama. Rasanya dua jenis ini sahaja kuih yang mampu aku sediakan sebagai bekalan buah tangan pada mama (Kedah) dan mak (Perlis) di hari raya nanti.

Selamat Hari Raya....
Ranking: 5

9 comments

2 September 2010 pada 7:09 PTG

salam..
amboi dengan tiba-tiba
hobi mu bertukar ye..
molekla tu buat meniaga
karipap,masyukk jugak..
nunggu duit nuffnang
pakai berjanggut la..he he

2 September 2010 pada 8:05 PTG

serunding...my fav...hope tahun ni ada umah sedara yg wat serunding..leh mkn bg abis..ehehe..

2 September 2010 pada 8:23 PTG

wahhh... kagum..
boleh le pos sini sebalang dua.. :)

3 September 2010 pada 1:24 PG

Ni first time wa dengar ada
serunding udang. cicah ngan
ketupat palas sedap ni.

Teringat karipap yg mak wa buat.
Karipap inti kentang paling wa
suka. Nk lak ada udang idup sekor
yg besar punya tiap2 biji karipap
tu ... meleleh air liur. Kalau
suruh mak buat mesti dia buat
punya tapi sian kat mak lak.
maklumlah umur dah lanjut. Taun
lepas suruh adik pompuan wa
buatkan tapi dia cakap kat mak wa
teringin nk makan karipap. emm
dekat 15 biji mak wa buat &
reserve untuk wa.

3 September 2010 pada 6:03 PG

@zulkbo
W'salam...
Entah la...tetiba ja kan...hehe,kalau tak bertukar hobi, tak ada la kuih raya.

@black_mel
a'a...jarang jumpa serunding kan time raya.

@cikgu isza
hehe....mai la raya kat umah.

@wachak
1st time? Hmmmm....jarang ada org buat serunding udang sebab udang mahal tp mama aku kreatif. entah macam mana blh buat serunding udang.

15 biji ko sorang? hantu karipap betul la ko ni....aku suka jgk makan karipap tapi aku suka buang inti, aku makan kulit karipap je.hehe...inti dia kan ada rasa kari, aku tak berapa nak suka la...

3 September 2010 pada 3:46 PTG

org utara jgk kaaa?
selamat balik kg..hati2 d jlnraya

3 September 2010 pada 5:42 PTG

pandainyer dia masak.. serunding udang tu bau sampai sini, bole ker kami nak rasa ..hehe

3 September 2010 pada 9:13 PTG

@Zakiyah Zainon
Ya la....org Yan tp dah tukar alamat ke Perlis. Terima kasih...

@LiFe KaMi
Boleh...boleh...tp rasa waktu malam ye...

6 September 2010 pada 1:59 PG

wah rajinnya akak... memang feveret tuh serunding...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved