Pesta Menuai di Perlis.

on Selasa, Mei 10, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Video ini merupakan suntingan daridapa bapa mertuaku selaku pemilik Azsar Studio di Perlis. Laluan iklan: Sebarang tempahan untuk video pertunangan, akad nikah dan majlis perkahwinan, sila hubungi Azsar Studio di talian 016-5536307.

Pesta menuai merupakan nostalgia silam penduduk di utara tanah air yang terkenal dengan sawah padi. Acara ini diadakan pada bulan Februari yang lalu di Pokok Jawi, Perlis.



Sebelum adanya mesin padi, pokok padi dituai menggunakan sabit. Batang-batang padi yang telah disabit, dihimpun dan diikat untuk dibanting dalam tong padi yang telah di adang (lindung) dengan layar bagi mengelakkan padi ditiup angin.

Acara ini mengingatkan penduduk kampung tentang kenangan lalu ketika musim menuai padi. Golongan muda juga dapat menyaksikan acara ini secara dekat bagaimana nenek moyang kita menuai padi tanpa menggunakan teknologi moden seperti mesin menuai padi. Selain itu, acara ini juga mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung dan juga pemimpin.

Selain menuai, pertandingan menyiang ikan puyu turut diadakan. Golongan muda juga tidak ketinggalan untuk menyertai permainan rakyat seperti bermain bola di dalam sawah sambil memakai kain pelekat, bermain toi dan acara meneka biji padi. Pada malamnya diadakan persembahan wayang kulit.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan isteri.
Ranking: 5

13 comments

9 Mei 2011 pada 5:39 PTG

salam..
menuai ke memukui?
he he..teringat zaman
arwah tok wan ada dulu
meriah bila musim memukui
padi nih..
:)

9 Mei 2011 pada 7:54 PTG

Dah nak cuti rupanya..hehehe..bila aku ingat saja pesta kaamatan@gawai dayak dlm kepala hanya ingat cuti..sbb mereka org2 dayak pun tanam padi :)

9 Mei 2011 pada 11:11 PTG

menarik..dulu semuanya manual

10 Mei 2011 pada 1:05 PG

tul tuu .~ sume manual kn..

10 Mei 2011 pada 6:09 PG

salam Azila..tingat kecik2 dulu mmg cara menual la menuai padi....'miang' padi jgn citer la...mmg nostalgia betul.TP dgn cara ssh camtu kita amat menhargai beras/nasi...hihi

10 Mei 2011 pada 7:48 PG

Saya penah pi ambik upah mukui padi kat belah kg pak mentua hang tahun 1967(tunggu SPM),Tuan tanah jamu kopi, cawan dia celueh2 ibu jari tangan..hehe

10 Mei 2011 pada 9:17 PG

@zulkbo
W'salam
Mukui la tp takut org lain tak paham..
Saya sempat tgk org mukui masa kecik2 dulu.

@MDHAFiZ.NET
Ya la, kalau pesta menuai selalunya dikaitkan dgn gawai/dayak kan tp ini kat utara...

@HAZWAN17
Betul tu.

@zacky ~786~
A'a..

@♥♥azatiesayang ♥♥
W'salam..
Betul3x..
Dulu tak kira miang ke tak, tau seronok je, bila dah balik rumah baru terasa miangnya...

@terataksenja
Uish...lama dah tu..
Gamaknya tak dak cawan besaq kot, tu yg jamu cawan tu..masa tu kan org dok pekin..

Tanpa Nama
10 Mei 2011 pada 1:07 PTG

Teringat Pesta Pantai di Terengganu yang kini dah berubah dari tujuan asal pesta pantai dulu2.

10 Mei 2011 pada 1:17 PTG

Wah...nampak nostalgia lah video nih iza. Best nya siapa yg pernah ada pengalaman menuai padi ni erk.

Latest: Anak Dara SAKIT MATA

10 Mei 2011 pada 2:48 PTG

Memang dah tak ada dah amalan ni kat kawasan saya kat kelantan, masa kecik-kecik suka tengok atok dengan nenek memukul padi ni. Sekarang ni semua dah tua, dan dah pergi.

10 Mei 2011 pada 3:04 PTG

@Kunang-kunang
Pesta pantai di T'ganu dulu2 mcm mana?apa bezanya dgn skrg?

@fiza
hehe...mmg nostalgia..

@Hisyam Nozi
Ya la, zaman dah berubah.

11 Mei 2011 pada 12:19 PG

bagus lah masih ada lagi pesta menuai nih di sana teringin nk rasa suasana tu :)

11 Mei 2011 pada 11:05 PG

@puanbee
InsyaAllah, tahun depan mesti ada lg mcm ni..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved