Petang Minggu Di Rumah Lama.

on Isnin, April 25, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Setiap hari, petang dan malam pasti akan online tetapi mood untuk up date blog belum kunjung tiba ditambah dengan keadaan diri yang sering keletihan. Selepas memasak, makan tengahari dan solat, berat sahaja mata ni, astik terbayangkan bantal dan tilam.
Entah mengapa, keadaan sudah berbeza. Dulu hampir setiap masa terluang dihabiskan dengan blogging dan blogwalking tetapi kini, sering saja tidur siang.

Kalau dah plan nak keluar jalan-jalan, memang tak boleh nak lelapkan mata walaupun sekejap tapi mata ni tetap keletihan. Petang kelmarin sempat lagi ke rumah lama (kuarters TNB) untuk mengangkut barang-barang yang masih bersisa.

Walaupun sudah hampir setahun berpindah ke rumah baru, kunci rumah lama masih belum diserahkan dan sewa rumah lama tetap dibayar seperti biasa. Mungkin dalam dua atau tiga kali lagi perlu mengangkut semua barang. Barang yang besar-besar hanya tinggal meja besi, buaian baby, monitor dan sound sistem manakala barang yang kecil-kecil hanya tinggal hadiah-hadiah perkahwinan yang belum digunakan, periuk, pinggan, tuppurware, barang mainan, karpet, beberapa biji bantal, pasu dan tanah pokok. Sayang kalau ditinggalkan terutamanya tuppurware, dah la beli mahal, belum sempat digunakan lagi.

Harap-harap semua barang dapat dikeluarkan sebelum penyerahan kunci. Tak nak lagi peristiwa lama berulang kembali. Setiap kali penyerahan kunci, aku berada di kampung. Akibatnya, ada barang-barang yang ditinggalkan oleh my hubby di rumah lama. Mudah sungguh hidup insan bernama lelaki.

Aku masih ingat lagi barang-barang yang ditinggalkan di setiap rumah yang telah kami tinggalkan antaranya ialah katil yang diubah suai menjadi perabut dapur, akuarium besar, almari pakaian dan perbagai peralatan membersih rumah. Itu barang-barang besar, belum termasuk barang-barang kecil lagi.

Akibatnya, setiap kali berpindah rumah, pasti ada kelengkapan yang perlu dibeli semula. Itu baru berpindah rumah di kawasan yang berdekatan. Kalau berpindah negeri, mungkin dah ditinggalkan semua perabut yang ada. My hubby sendiri yang cakap, kalau dia ditukarkan kerja ke utara, semua barang-barang dalam rumah ini akan diwakafkan untuk penyewa seterusnya kecuali barang-barang mahal akan diangkut bawa balik bersama.

Apabila dah dikatakan begitu, maka aku pun berdoa agar permohonannya untuk bertukar ke Utara setahun yang lalu tidak diluluskan. Amin..Baru-baru ini ada khabar-khabar angin mengatakan nama my hubby telah diprint dan bakal dibincangkan untuk proses penukaran ke tempat yang dipohon. Harap-harap tidak diluluskan...tolonglah doa-doakan agar tidak dululuskan kerana kehidupan aku di sini (Perak) sudah stabil. Aku inginkan hujan emas...
Dah tua-tua nanti barulah nak balik ke kampung...

Ranking: 5

14 comments

25 April 2011 pada 4:12 PTG

kalau dah macam itu akak punya pilihan.. semoga ianya tak jadilah ya...

25 April 2011 pada 4:41 PTG

mesti penat apabila pindah kan?
sop dah 3 kali pindah.. penat ooo...

25 April 2011 pada 5:21 PTG

Salam Azila..biasa la org llaki,benda yg remeh2 mmg malas depa nk ambil pusing.kita lar yg sayang...xyah beli baru.

25 April 2011 pada 5:25 PTG

Harap, dapatlah apa yg dihajati yer... :D

Saya kalau pindah rumah, habis semua pindah, last sekali pindah, 1 jer yg tak bwak..tikar getah...tupun sebb dah tak tahu nak letak kat mana...huhu

25 April 2011 pada 5:37 PTG

kalau ada lebih hujan emas tu..minta la sikit...tengah sesak ni..bil internet pun sangkut2...atoooi..

25 April 2011 pada 10:13 PTG

murah hati sungguh suami kamu..hehe
lelaki mmg kebanyakkannya tak berapa kesah sgt tapi tak semua yer..
harap hajat kamu nanti ditunaikan yer,
teman pula da lame tak balik kpg gajah kat perak tu..rindu plak..

25 April 2011 pada 10:30 PTG

salam..
selamat beumah berpindah ke rumah baru...ermmm..sian si hubby, kan dah kena leteran..he he

26 April 2011 pada 6:11 PG

Salam kak iza,

Sememangnya bila berpindah rumah banyak perkara yang perlu dilakukan dan pastinya kita akan keletihan.

Saya telah dua kali berpindah rumah.Memang rasa malas je nak keluarkan barang-barang dan kemas di rumah baru.

26 April 2011 pada 9:18 PG

wahh...

rumah boleh berpindah randah

mcm trend org nomad nie

hehe..

26 April 2011 pada 9:27 PG

susah ugakkan kalo selalu berpindah randah nie..
banyak kerja perlu dibuat..

26 April 2011 pada 9:58 PG

sayang kan kak,org perempuan memang rasa syg, tapi org lelaki buat tak tau je, nak beli baru. Org perempuan nih banyak yang dia fikir.

Latest Entri :
Kembali Berblog, Poco-Poco dan Obesiti

26 April 2011 pada 3:16 PTG

Pemurahnya hubby iza yer ^_^

Latest: Suami Berang TIKAM Isteri selepas di kejutkan untuk SOLAT SUBUH

26 April 2011 pada 8:32 PTG

pergh~lemah gila badan lau pindah umah ni~ huhu

26 April 2011 pada 10:01 PTG

@Zik
Amin...

@sop
sama la...mmg penat

@♥♥azatiesayang ♥♥
W'salam..
Betul tu..diorang ambil mudah je...

@hafizmd
InsyaAllah..
Seronok la kalau tau sayangkan barang2 dlm umah. Kalau boleh mmg nak angkut semua..

@abadi romeo
boleh...boleh...

@LiFe KaMi
Betul tu, kalau boleh balik sehelai sepinggang, rasanya awal2 lagi dia balik mcm tu..

@zulkbo
W'salam..
Tak dernya kena leter, buat habis suara saya je, bukan dia nak dengar pun.

@Kidney Expert
Betul..betul..mmg letih kalau pindah. Itu sebabnya masih byk brg yang belum diangkut, malas nak mengemas dan tak tau nak letak mana. Dah byk yang dah dibuang.

@mohdhafifi
Tak de la sampai pindahkan rumah....hehe..

@Cute MuM
Ya la, byk masa yg perlu dihabiskan..

@eiela
Hmmm...betul tu..

@fiza
hehe...malas nak mengusung sana sini, dia lebih rela beli baru..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved