Kembali Bertugas.

on Khamis, April 21, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Alhamdulillah, aku dah selamat sampai ke Perak kembali pada Selasa malam setelah 2 minggu lebih bercuti di kampung. Hari ini baru sempat untuk up date blog, itu pun kena curi sedikit masa kerana tugas-tugas harian sedang menunggu untuk dibereskan.

Semalam tak sempat nak online kerana masa untuk shopping barangan dapur untuk 2 minggu, InsyaAllah. Petang ini juga aku sibuk kerana ada temujanji dengan Doktor Panel. Esok juga mungkin sibuk. Pagi yang bertuah ini sahaja rasanya masa untuk melepaskan rindu pada blog. Rindu juga untuk membaca blog rakan-rakan blogger, dah terlepas pelbagai entry rasanya.

Selama berminggu-minggu balik kampung, perkara yang paling seronok dilakukan adalah mengikut ke mana sahaja bapa dan mak mertua jalan-jalan, melihat peristiwa selepas banjir, pergi tengok persembahan Irama 60an, dapat makan laksa yang dibuat (mak mertua) sendiri, setiap minggu dibelikan durian, dapat hirup udara segar dan menikmati suasana petang dan malam di kampung dengan angin sepoi-sepoi bahasa walaupun cuaca agak panas.

Banyak lagi untuk diceritakan tetapi cukup sekadar ini dahulu kerana kekangan masa. Sekian dulu untuk kali ini. Ada masa lapang nanti, aku up date lagi. Assalamualaikum.
Ranking: 5

11 comments

21 April 2011 pada 9:10 PG

Lamanya cuti, mesti best kan balik kampung ^_^

Selamat kembali bertugas. Slalulnya klo dah lama cuti rasa malas jer nak keja kan ☺☺☺

21 April 2011 pada 10:00 PG

salam..
ermmm..sound macam menantu kesayangan
mak mertua ni..untung badan kan?apa pun selamat kembai ke dunia blogging..harapan ibu dan anak sihat selalu..
:)

Tanpa Nama
21 April 2011 pada 11:30 PG

Assalamualaikum Iza,

Best yer dapat bercuti di kampong 2 minggu.

Kak ani yang dah bersara ni tak pernah berpeluang nak berada di kampong selama seminggu pun apa lagi 2 minggu.

22 April 2011 pada 12:06 PG

@fiza
Cuti lama la sbb tak bekerja.hehe..Sebenarnya kembali utk jlnkan tugas2 rumahtangga la ni..

@zulkbo
W'salam.
Harap2 mcm tu la...Terima kasih..
Amin..

@Kunang-Kunang
W'salam..
Sebab dihantar balik ke kg mertua, itu yg dapat balik kg tu..

22 April 2011 pada 12:21 PG

hi sis..tq tau..:) singgahblog n folo..:)

22 April 2011 pada 12:35 PG

assalam iza.

ahakk !! menantu kesayangan tu. Bertuah badan ... he33


welcome back :D

22 April 2011 pada 3:30 PG

Bestnya cuti lama2 kat kg...

22 April 2011 pada 4:10 PTG

Welkam bek Iza. Happy blogging.

22 April 2011 pada 7:33 PTG

Dah segar bugarlah ye sekarang ni...

22 April 2011 pada 9:30 PTG

@Fantastic Ajane
Ok.tq jgk singgah sini..

@wachak
W'salam.
hehe...harap2 mcm tu la..terima kasih..

@decrewz
Hmmm, best jgk walaupun bukan kg sendiri..

@Anwar Osman
Terima kasih..
Lama tak nampak, pi mana?

@Kujie
InsyaAllah..

Tanpa Nama
23 April 2011 pada 12:21 PTG

sibuk ye sis.. :D

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved