Saham Bank Rakyat 2011

on Jumaat, April 15, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Ramai yang telah mengetahui tentang saham yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat awal bulan April lepas. Setiap hari bermula pada hari saham dikeluarkan sehingga kini, Bank Rakyat penuh dengan pelanggan yang ingin melabur.

Aku tidak terkecuali. Kali pertama pergi ke Bank Rakyat cawangan Perlis, memang tidak berhasil kerana terlalu ramai pelanggan hinggakan penuh ruang legar dalan bank dan di luar perkarangan bank. Ingatkan dah tak berpeluang lagi untuk menjadi salah seorang pemilik saham Bank Rakyat kerana saham yang dikeluarkan adalah terhad.

Kebetulan bapa mertuaku ingin ke pekan Kangar, aku cuba sekali lagi untuk menjadi ahli dan melabur. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat untuk memiliki Saham Bank Rakyat walaupun hanya dihadkan untuk RM500 sahaja.

Prosedurnya begitu mudah. Bawa bersama 3 keping salinan kad pengenalan (jika belum ada buku akaun) dan mengisi 2 helaian borang untuk membeli saham serta satu borang untuk membuka Akaun Bank Rakyat. Semuanya berjumlah RM605.00 (RM500- saham, RM100- buka akaun baru).

Nasib baik pelanggan dah semakin berkurangan. Dengar khabar, saham tersebut dibuka sehingga hujung bulan April. Aku pun tak pasti kerana hanya terdengar cakap-cakap orang di dalam bank.

Pada sesiapa yang belum membeli saham tersebut, cepat-cepat ke Bank Rakyat sementara peluang masih terbuka. Kesian juga pada yang belum mendapat gaji yang biasanya diterima pada penghujung bulan. Harap-harap, berkesempatan jika ada rezeki untuk membeli saham tersebut.

Ranking: 5

22 comments

15 April 2011 pada 9:44 PG

Kena gi cepat2 nih. Tapi klo kat KL nih mesti ramai.

15 April 2011 pada 10:33 PG

salam..
semoga pelaburan bertambah
rezeki mencurah-curah..
tahniah..langkah yang bijak

15 April 2011 pada 11:39 PG

@fiza
A'a, kena gi awal2 pagi sebelum bank buka...hehe..

@zulkbo
W'salam.
InsyaAllah, Amin...
Terima kasih..

15 April 2011 pada 12:30 PTG

saya pun baru jer beli smlm..penih orang

15 April 2011 pada 12:52 PTG

Saya mesti pilih.... hehehe

15 April 2011 pada 12:58 PTG

@Lin Azlina
ya ka?
Bagus la tu...mmg ramai yg berminat..

@Myvitrd
Betul3x...

15 April 2011 pada 2:11 PTG

Assalam Iza
dah beli dah yek..
tahniah. mak tumpang gembira

15 April 2011 pada 2:40 PTG

Assalam..

Pelaburan adalah satu langkah bijak..keputusan yg tepat demi masa depan

15 April 2011 pada 2:46 PTG

bukan senang bank rakyat offer saham pada public...dividen lagi tinggi dari asb, kalau tak silap 15%

15 April 2011 pada 3:52 PTG

Tahniah akhirnya dapat jada ahli bank rakyat, tahun depan boleh menuai hasil ya

15 April 2011 pada 4:42 PTG

Bagus ni, pelaburan untuk masa hadapan. Tapi duit pun takde nak melabur camne. Hehehe.

16 April 2011 pada 8:54 PG

laa .. sama pulak entri kita .. awak patut baca entri saya di sini.

http://al-lavendari.blogspot.com/2011/04/kenapa-tak-cakap-siang-siang.html

16 April 2011 pada 9:00 PG

saya lagi .. saya dah linkkan entri awak ini kat entri saya. tak ada masalah kan ?

Tanpa Nama
16 April 2011 pada 12:07 PTG

Assalamualaikum,

Terima kasih info tentang 'bank rakyat ni'.

16 April 2011 pada 2:59 PTG

Lagenda
W'salam..
Ramai sgt yg berlumba-lumba membeli, risau jgk takut habis...

@ozzy
W'salam..
Betul3x..

@MokhZam
Ya, macam tu la dgr khabarnya...
Peluang dah terbuka, rebut je la sementara masih ada.

@Sharinginfoz
Terima kasih..
sama2lah kita menuai hasilnya nanti..

@Hisyam Nozi
Ramai yg mengalami masalah yg sama..sabar je la, mungkin belum ada rezeki lg..

@al-lavendari
Ya la..
Baru baca tadi. Terima kasih krn letak link ke entry ni..

@Kunang-Kunang
Waalaikumussalam..
Sama2..

16 April 2011 pada 4:31 PTG

Kalau dulu saham bank rakyat ni tak ada had dan dividen boleh mencecah 20-25%.

Tapi sejak dibuka kpd bangsa asing, had pelaburan dah dikurangkan sehingga RM500 je seorang.

16 April 2011 pada 5:33 PTG

@PD
Owh..ya ka? tinggi jgk tu..

17 April 2011 pada 7:24 PTG

Masih ada lagi kah? Saham Bank Rakyat ini besar nilai dividennya berbanding ASB.

17 April 2011 pada 8:20 PTG

@Pemerhati Dunia
Kalau org tak ramai yg memohon, mungkin masih ada tp sesetengah bank dah habis dijual. Cuba la cari bank rakyat yang terpencil, mungkin masih ada peluang.

27 April 2011 pada 7:24 PTG

memang lumayan...

27 April 2011 pada 9:31 PTG

@mama hani
Betul3x

21 Mac 2017 pada 9:24 PG

Salam…jika berminat utk menjual saham bank rakyat boleh email saya di phefit3@gmail.com..putrajaya…BAYAR CASH

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved