Contest Review Blog Fix Computer Problems

on Khamis, April 14, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Sedikit pengenalan tentang pemilik blog Fix Computer Problems (FCP), MJ. Berasal dari Kelantan dan berminat dalam bidang blogging serta punyai kepakaran dalam bidang komputer dan baikpulih komputer.

MJ berbesar hati menganjurkan Contest dan terbuka hanya kepada warganegara Malaysia sahaja. Hadiah yang ditawarkan juga amat lumayan. Terasa malu pula untuk buat review tentang blog yang pemiliknya pakar dalam IT, maklum la, aku buta IT.

View Page Source
Review Blog Fix Computer Problems.
1. Timbang Berat Blog.
Setelah ditimbang berat blog FCP, saiznya terlalu ringan iaitu 21.1 KB dan mudah untuk loading.

2. Alexa.
Dari segi alexa, blog FCP masih tinggi trafik rank iaitu 658,717 dan tiada data dicatatkan.

3. Markup Validation Service
Semakan keputusan mendapati terdapat 72 kesalahan dan 8 amaran dalam html namun ianya tidak terlalu serius sehingga mengganggu blog.

4. Meta Tag Analysis
Dari segi title blog, tiada kesalahan dan relaven dengan kandungannya. Namun begitu, description dan keyword yang ada terlalu panjang serta melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan.

5.SEO Doktor
Score menunjukkan hanya 89%. Peratusan ini boleh ditingkatkan dengan memasukkan pautan entry terdahulu dalam entry terbaru. Web analytic pula menunjukkan tiada sebarang code yang diletakkan dalam html blog. Tanda hijau menunjukkan tiada sebarang masalah.

6. Site.
Amat menyedihkan kerana tiada langsung blog FCP di page pertama dan ke dua apabila digoogle pada tajuk blog. Namun begitu, apabila ditaip site:url blog, enjin carian masih dapat mengesan blog FCP.

8. Kesimpulan.
Daripada pemerhatianku, blog FCP mengandungi pelbagai informasi tentang komputer dan juga tips-tips yang berguna dan boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca terutamanya blogger. Blog FCP juga tidak banyak widget yang berserabut seperti kebanyakkan blog lain. Ini yang aku suka kerana walaupun blog beliau nampak simple tapi penuh dengan ilmu bermanfaat. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan atau kekurangannya. Antaranya ialah tiada "sitemap" bagi memudahkan pengguna mendapatkan senarai penuh entry yang ditulis oleh pemilik blog dan tiada "Archive" untuk memudahkan pengguna mencari entry mengikut tarikh atau tahun yang diterbitkan.

Tarikh tutup penyertaan dilanjutkan sehingga 15 Mei 2011. Pemenang akan diumumkan pada 15 Jun 2011. Pemenang akan ditentukan MJ sendiri. Untuk maklumat lajut mengenai Contest Review Blog Fix Computer Problems, sila ke Fix Computer Problems.

Ranking: 5

10 comments

14 April 2011 12:52 PG

Jai x pandai bab2 review nih..he3..Blog sendiri pun masih tunggang langgang.. Ringan jugak blog dia.. Blog jai berat dah macam apa dah..hu3

14 April 2011 9:18 PG

kira klau ada masalah dgn laptop kita bole le tanya brother ni yer..
good luck ye ,semoga kamu berjaya..:)

14 April 2011 10:49 PG

Assalam..

Review yang menarik dan padat..good luck..semoga berjaya lagi kali ini.

14 April 2011 11:00 PG

@decrewz
Ya ka? tak perasan pulak ttg blog Jai tu...main redah je masuk sbb skrg ni guna 4Mb, tak rasa berat pun..

@LiFe KaMi
Ya, harap2 MJ boleh membantu..
Terima kasih..

@ozzy
W'salam..
Terima kasih, InsyaAllah, Amin..moga2 masin mulut..

14 April 2011 11:13 PG

Salam..akak,nak tanya,siapa yg akan review contest ni?MJ ke akak yg review?

14 April 2011 6:50 PTG

@BroZool
W'salam..
MJ buat contest, para peserta la yg akan review blog MJ. Jom la join..

14 April 2011 7:45 PTG

all the best

14 April 2011 9:04 PTG

menang lagi nih...

14 April 2011 10:44 PTG

@Sharinginfoz
Thanks..

@PD
InsyaAllah..

25 Mei 2011 9:17 PTG

salam.. terima kasih kerana sudi menyertai contest blog FCP. Saya sudah membaca komen dan cadangan anda serta membuat penilaian.. selemat berblogging..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved