Caj Perkhidmatan Agro Bank.

on Khamis, Mac 10, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Pada Disember tahun lepas, ada surat untukku sewaktu aku balik ke kampung yang bertarikh 11 November 2010. Menurut surat tersebut, caj perkhidmatan tahunan akaun simpanan akan dikenakan jika tidak aktif melebihi 12 bulan sebanyak RM10.00 setahun pada 15hb. Disember setiap tahun.

Jumlah tersebut akan ditolak daripada akaun simpanan seperti berikut:

a) Akaun yang berbaki RM10.00 dan ke bawah yang tidak aktif, caj perkhidmatan dikenakan dan akaun tersebut akan ditutup.

b) Akaun berbaki melebihi RM10.00 yang tidak aktif, caj perkhidmatan dikenakan sebanyak RM10.00 setahun sehingga lebihan baki simpanan dihantar ke Jabatan Akauntan Negara sebagai Wang Tidak Dituntut seperti mana yang termaktub di dalam Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Pindaan 1989).

Oleh kerana akaun aku tidak aktif selama 3 tahun dan baru pertama kali aku mendapat surat ini, aku telah mengaktifkannya minggu lepas dan caj perkhidmatan dikenakan sebanyak RM10.00.

Mama aku juga telah mendapat surat yang sama pada tarikh yang sama. Dah terlanjur aku ke Agrobank, aku pun memasukkan sejumlah wang dalam akaun mamaku untuk mengaktifkannya. Namun begitu, aku tidak dapat mengaktifkan akaunnya kerana kerani bank tersebut mengatakan bahawa akaun tersebut telah ditutup.

Eh? Sejak bila? Mengapa jadi begitu sedangkan jumlah baki wang simpanan mamaku lebih banyak dari aku. Mengikut kata surat ini lagi, bagi akaun simpanan yang tidak aktif, tuan/puan dikehendaki menghadirkan diri ke mana-mana cawangan untuk mengaktifkan akaun simpanan tersebut.

Aku pun dah tak tahu nak buat apa apabila dikatakan akaun simpanan mamaku telah ditutup. Nak bawa mamaku sendiri ke bank, mamaku berada jauh di utara tanah air. Harap-harap mamaku dapat segera pergi sendiri ke bank tersebut. Kalau dikatakan akaun telah ditutup, apa boleh buat? Perlukah dianggap sebagai tiada rezeki?

Nampaknya lepas ini aku kena cari semula buku-buku akaun dan rajin-rajin mengaktifkan semua akaun simpanan yang entah berapa tahun tak aktif. Segala surat-menyurat rasmi untuk aku mungkin telah dihantar ke rumah tinggal di kampung (Kedah). Perlukah aku mula menukarkan alamat ke alamat tetap di Perlis atau alamat surat-menyurat di Perak?


Ranking: 5

26 comments

9 Mac 2011 pada 12:32 PG

singgoh folow...klik2...komen sikit2..folow back..see yaa..nice blog

9 Mac 2011 pada 2:01 PG

emmmm... ni macam ada unsur-unsur nak songlap duit pelanggan je??? emmmmmm....

9 Mac 2011 pada 8:56 PG

sibbaek akaun bank2 lain berbaki sikit jer...biasa guna perkhidmatan BANKISLAM

9 Mac 2011 pada 6:09 PTG

salam..
ermmm..bank pun buat meniaga
sekarang nih..dulu duit buat duit..ler nih duit kita kena makan habis la simpan dalam bank nih...

9 Mac 2011 pada 6:48 PTG

@Lemang Kijal
Thanks ya..

@cacing
Hmmm..entah la..

@♥♥azatiesayang ♥♥
Ya ka? Hmm..

9 Mac 2011 pada 6:53 PTG

@zulkbo
W'salam..
Hmm, kalau tak simpan kat bank, nak simpan kat mana lagi agaknya? Tabung buluh buat perhiasan je..nak simpan bawah bantal, tak pandai...dah tak ada pilihan lain.

9 Mac 2011 pada 7:07 PTG

salam
tak ada akaun agrobank, jadi tak kena charge lah saya ek hehe

9 Mac 2011 pada 11:15 PTG

dlm BSN je ada RM10 kot.

Latest Entri :
Alhamdulillah, dah selamat bersalin

10 Mac 2011 pada 12:53 PG

salam...
susah kan kalau kita tak tahu prosuder kerja orang....asik kena kencing

10 Mac 2011 pada 1:47 PTG

@etomyam
W'salam..
hehe..

@eiela
ya ka?

@pak long
W'salam..
Hmmm..betul la...

Assalaamu'alaikum...
maap bu, ane bener2 kesulitan memahami gaya bahasa malaysia anda :(

10 Mac 2011 pada 8:33 PTG

@Komodo Island is the NEW 7 Wonders of The World
W'salam..
Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Maaf diatas kesulitan anda.

10 Mac 2011 pada 9:27 PTG

boleh ke macam tu?
ada dapat surat pemberitahuan terlebih dahulu ke?
kalau takda boleh buat kkes ni..
mana boleh begitu ajer..
hak kita.. tuntut..

10 Mac 2011 pada 10:52 PTG

sebaikknya mana2 akaun yg tak aktif terus ditutup shj..

10 Mac 2011 pada 11:25 PTG

leceh la mcm ni yer,
kami skang buka akaun maybank gold,
untungnya lebih byk dari simpan kat ASB..
emas tkkan turun percaya ler..:)

11 Mac 2011 pada 1:52 PTG

@cikgu isza
Cuma dapat surat suruh aktifkan akaun je.

@Nadri
Hmmm...

@LiFe KaMi
Berminat jgk nak buka akaun emas tp kalau nak dibandingkan Maybank dan Public Bank, baik simpan kat public bank sebab jualan dan beliannya tak jauh beza berbanding maybank, kita rugi banyak.

11 Mac 2011 pada 5:20 PTG

Assalam..

Apa kelebihan membuat akaun simpanan di Agro bank ni?
Biasa dengar mereka yg nak buat pinjaman je buka akaun kat sini..

11 Mac 2011 pada 5:25 PTG

@ozzy
W'salam..
Entahla. Akaun bank ni dibuka sejak saya masih kanak-kanak lagi malah saya ada akaun di setiap bank di Malaysia walaupun simpanan tak banyak mana.

Tanpa Nama
26 Februari 2013 pada 8:51 PG

Thаnks for youг personаl marvelоus posting!
I quite enjoyed гeaԁing it, you may be a gгеat аuthor.
Ι wіll bе suгe tо bookmагk your blog anԁ may come bаck very soon.

Ι wаnt tо encouгаge continue yοuг gгеat јob, have a nice
morning!

Takе a look аt my page loans for bad credit

Tanpa Nama
16 Mac 2013 pada 7:33 PG

Hi thеre, yes this рагagraρh is genuinelу
goоd and I have lеarned lot of things frοm
іt οn the tοpiс of blοgging.
thankѕ.

Mу blog pоst :: Property for Sale

Tanpa Nama
12 April 2013 pada 9:45 PTG

I lοve your blog.. ѵеry nicе cоlors & thеmе.

Did уou mаke thiѕ website yourѕеlf or
diԁ уou hirе ѕomeone to do it
foг you? Ρlz rеply as I'm looking to design my own blog and would like to find out where u got this from. kudos

Feel free to visit my webpage: premature ejaculation pills

Tanpa Nama
15 April 2013 pada 1:46 PTG

Hi there, just became аware of youг blοg through Google,
and fоunԁ thаt it's truly informative. I am going to watch out for brussels. I will be grateful if you continue this in future. Many people will be benefited from your writing. Cheers!

my site ... premature ejaculation Pills

Tanpa Nama
15 Mei 2013 pada 3:02 PTG

Thiѕ excellent website ԁefinitelу has all of the information I wanted abοut
thіs subject and dіdn't know who to ask.

Here is my webpage ... Same Day Payday Loans

29 Jun 2021 pada 6:07 PTG

Kad benk xbleh cek baki

29 Jun 2021 pada 6:10 PTG

Mcn nk buat

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved