Barang Buat Nombor Ekor

on Sabtu, April 16, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Pada sesiapa yang tercari-cari barang yang akan digunakan untuk membuat nombor ekor, aku telah senaraikan di bawah ini. Harap dapat membantu anda merealisasikan impian anda itu.

Antara barang-barang yang diperlukan ialah hamparan sejadah, songkok atau lebai, baju dan kain pelekat (kain sarung) atau keluar melepasi paras lutut bagi lelaki dan sepasang telekung bagi perempuan. Sediakan juga senaskah Al-Quran. Terlebih dahulu, pastikan anda berwuduk dan berpakaian menutup aurat. Lakukanlah solat sunat taubat dan bacalah Al-Quran setelah selesai solat biarpun hanya 50 ayat sekali baca.

Betul ke ada yang mencari barang-barang untuk tujuan tersebut. Macam tak percaya pulak. Kalau memang betul ada yang mencari, silalah menonton Filem Ngangkung. Bukan bermaksud untuk menggalakkan.

Hukum bermain, membeli nombor ekor dan yang seangkatan dengannya adalah HARAM bagi setiap Muslim. Pendapatan yang HARAM juga tidak moleh dimakan kerana berdosa dan akan menjadi darah daging kita. Jika darah daging kita terdiri dari hasil yang HARAM, bagaimanakah agaknya keadaan hidup kita di dunia ini? Pastinya segala amal kebajikan kita akan terjejas, hidup kita tidak tenteram dan tidak diberkati oleh Allah. Itu hanyalah hukum dunia. Bagaimana pula dengan hukum di akhirat kelak? Pasti bertambah perit siksaNya.

CARA SOLAT SUNAT TAUBAT

Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi, kemudian disusuli dgn solat tahajjud dan sebagainya.

Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat atau lebih.

Lafaz Niat

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT

Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Doa Sujud terakhir rakaat kedua.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ
. فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.

Istighfar-Istighfar

1. 100 kali

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2. Tiada had

لَا حَوْلَ
وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيمِ

Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.

3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ

Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.

Doa Taubat

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
تَوْبَةٍعَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا مَوْتَا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُوْرَا

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Sumber: http://www.tayibah.com

p/s: Rasa sedih dengan masyarakat Melayu yang namanya Islam sekarang ini kerana kadang-kala ada yang bersongkok dan berlebai tetapi memasuki premis Sport Toto, Magnum dan entah apa-apa lagi. Terasa malu sangat-sangat bila ternampak Melayu yang namanya Islam keluar masuk di permis tersebut. Dimanakah tercampaknya akidah umat Islam akhir zaman?


Ranking: 5

11 comments

16 April 2011 pada 7:57 PTG

Assalamualaikum...

Macam manalah boleh tersesat ke situ pula perginya... Mencemarkan blog je diaorg ni...

Kata kunci tu adalah yang "terlekat" dengan mana-mana artikel yang diterbitkan. Rakyat Malaysia berpuluh juta orang, jadi bermacam macam pemikiran yang ada.

Seperti di blog saya, masih lagi ada setiap bulan trafik masuk melalui kata kunci yang berkaitan dengan pertandingan bola sepak Piala Suzuki AFF walaupun ianya sudah tamat hujung tahun 2010.

16 April 2011 pada 8:08 PTG

Assalamualaikum...

Nak dihapuskan unsur2 Haram di Malaysia sukar juga sebab dari situlah pemerintah memperolehi cukai yang lumayan untuk menjana ekonomi negara.., tapi mereka kata Malaysia sebuah negara Islam yang berdaulat...? Merdeka pun dah lebih 50 tahun tapi perlaksanaan undang2 Islam sepenuhnya....?

"Some thing wrong here, in our country..."

16 April 2011 pada 8:48 PTG

salam..
mula-mula nak tanya..
APA BARANG?....erpp
tersalah masuk ke
sini ye..?janji trafik
..entah siapa la gamaknya
tu ye..?he he..

16 April 2011 pada 9:07 PTG

@Ahmad Zaki
Waalaikumussalam..
Entah la..
Kalau entry lama tu mungkin dari trafik organik yang telah dicrawl oleh enjin carian google.
Ya, betul tu..

@zulkbo
W'salam..
ya, janji trafik...
entah le sapa punya angkara...

17 April 2011 pada 4:31 PG

Erm.. Kita x tahu si pencari tu melayu ataupun bangsa lain kan..

17 April 2011 pada 10:20 PG

macam keyword ada..macam2 manusia pun ada...haiz..bomoh pun dh pandai guna internet sekarang ya..pawng, dukun, semua dah ada satu daua akaun facebook :)

17 April 2011 pada 2:42 PTG

manusia memang tertarik bagaimana untuk mendapatkan wang dengan cara yang paling pantas..kalau boleh dengan modal yg paling minima dengan keuntungan yg maksima...

17 April 2011 pada 5:25 PTG

Salam perkenalan.

Masih ada yang mencari bahan-bahan buat perasap untuk dapatkan nombor itu, tapi yang sedihnya ramai juga yang sedar ia haram, masih duk mencari-cari...

17 April 2011 pada 8:25 PTG

@decrewz
Ya ka? Bangsa lain pun cari keyword dlm BM ke? Hmmm...mungkin jgk kn..

@MDHAFiZ.NET
A'a, tp tak kan tok bomoh nak cari benda2 ni sedangkan mereka dah tau barang yg perlu dibawa kpd mereka..
Dasyat betul bomoh zmn moden ni kan..

@abadi romeo
Senang je nak dapatkan sesuatu dgn jln singkat kan..

@Pemerhati Dunia.
Salam perkenalan..
Tu la pasal..Tahu tp buat jgk kn..

Tanpa Nama
21 November 2012 pada 7:22 PG

kita xtau masalah mereka yang bermain nombor ekor..jika kita berada di tempat mereka baru kita tau..mungkin kita pon turut membeli atau terpaksa membeli.mungkin di situ rezeki mereka untuk menyelesaikan masalah mereka.mungkin...segalanya mungkin.

27 September 2015 pada 8:09 PG

Benar ap kata kau...100% btol..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved