Mengapa Perlu Menipu?

on Selasa, Mac 01, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Kala kepanasan cuaca, badan tak berapa sihat, bad mood ditambah dengan gelagat pengunjung blog yang meninggalkan mesej di shoutmix, membuat hatiku bertambah-tambah panas. Masih ada rupanya blogger yang tidak jujur dalam blogging demi mengejar $$$.

Sekarang ni bermacam-macam cara orang mencari duit melalui blog. Daripada Nuffnang, Adverlets, Heartbeat dan pelbagai jenis iklan di pasang di blog. Namun, mengapakah masih ada yang hanya mementingkan duit semata-mata? Sejauhmanakah orang kan mempercayai kita jika kita sering menipu orang? Masih berminatkah blogger lain untuk mengunjungi blog kita jika mengetahui kita yang selalu menipu orang? Halalkah pendapatan kita itu jika kita menipu? Lumayan sangatkah pendapatan yang kita dapat dengan cara tidak jujur itu? Berkatkah rezeki kita itu? Sanggupkah kita memberi makan anak isteri kita dengan sumber yang kita dapat itu dengan cara menipu?

Sebab duit, orang sanggup melakukan apa sahaja. Sama seperti kes duit syiling dan yang terbaru kes beras yang berselerakan atas jalan raya.

Belum pun sempat aku klik, aku dah dapat agak apabila terlihatkan mesej yang ditinggalkan. Aku terpedaya dengan mesej tersebut? Oh, tidak! Firasat aku mengatakan ada something wrong dengan nama dan url yang ditinggalkan. Jadi, aku check la siapakah gerangan "Jejaka" dan "Minah" yang tinggalkan jejak di situ.

Aku cukup pantang dengan orang yang menipu ni. Sakit hati sangat-sangat. Cukup la sekali terkena, untuk kedua kalinya aku Ban terus url yang menipu tu. Apa salahnya kalau minta untuk aku klik iklannya? Aku masih tak puas hati kerana sikap tidak jujur sesetengah blogger yang menipu telah membuatkan hatiku panas sampaikan ter"Ban" url mereka. Bila difikirkan memang kesian tapi geram..geram..geram..

Maafkan aku jika kali ini aku mengeluarkan entry berkaitan ketidakstabilan emosi yang dialami. Kadang kala cuaca juga mempengaruhi ketidakstabilan emosi ini.

Mencari Hadiah Hari Lahir, Perkahwinan, Ulangtahun dan sebagainya?

Daftar HB

Ranking: 5

6 comments

1 Mac 2011 pada 12:27 PG

Kalau di ban nanti nombor pangkal IP kenkawan yg berdekatan terjebak sama. Kes naya tu ... hu33

delete jer dorang punyer mesej dekat dashboard shoutmix.

1 Mac 2011 pada 12:37 PG

salam..
kena suruh hubby pasang aircond
la jawabnya kali nih..main cuaca panas memang orang cepat marah..SM saya pasang sekarang hanya buat rakan yang saya kenal sahaja..bab iklan tu memang saya tak layan langsung..

Tanpa Nama
1 Mac 2011 pada 3:02 PG

ERm, camane ye nak tahu orang tu menipu. Tira masih samar-samar nak pahamkan. Then macam mana ye nak ban kan URL orang tu. Yelah, Tira ni tak berapa pandai bab-bab macam ni jadi harap boleh kongsi ilmu. Hope Cik (tak tahu nama) boleh bagi tutorial entri berkenaan ini.. :)

1 Mac 2011 pada 4:09 PG

marah betul ni..sabar-sabar..
tu pasal kami tak letak shoutbox rasanya dah kurang kegunaanya berbanding dulu..
kes yang kutip beras tu mmg tak patut,cubalah klu family diorg yg eksiden bru diorg ade akal(eh tetiba emosi juga)..

1 Mac 2011 pada 11:50 PG

salam iza...
memang banyak sungguh insan suka menjerit kat kotak kita iklan meniaga..sakit hati betul..

1 Mac 2011 pada 5:11 PTG

@wachak
Aku bukan Ban Ip address, aku cuma ban urlnya je..

@zulkbo
W'salam..
Dah lama pasang aircond tu tp tak elok la selalu dok dlm aircond, hidung tersumbat, kulit kering, tetiba je alegic dgn aircond. Iklan terang-terangan tak apa, ini iklan tersorok, itu yg geram tu..

@Miss Tira
Senang je, sign in shoutmix > klik ban. pilih la ban url je, jgn pilih ban IP address sebab nanti yang tak bersalah pun tak dapat nk tinggalkan url.

@LiFe KaMi
Shoutbox utk dijejak kembali bg yg ada blog.tapi ada yg letak iklan secara langsung.bila kita klik, terus dibawa ke iklan tersebut. Sapa tak marah?

@pak long
W'salam..
Iklan meniaga tak pa lagi pak long. Yg sakit hatinya dia letak url iklan secara langsung utk kita klik dan dibawa terus ke iklan tersebut, bukan dibawa ke blog iklan.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved