Vietnam

on Ahad, Disember 30, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Rombongan ke Vietnam bersama rakan sekerja hubby (4 berkeluarga dan 4 orang bujang) seramai 22 orang pada 25 Disember lalu amat la meletihkan tetapi seronok dapat tengok tempat orang.

Berlepas dari LCCT, Kuala Lumpur pada jam 3 petang ke Ho Chin Minh Vietnam International Airport. mengambil masa 1 jam setengah. Cuaca elok maka perjalanan pun tiada halangan.

Jika anda ingin ke tandas, pastikan anda menyediakan botol air mineral kosong kerana tidak dijumpai sebarang paip air dalam tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Vietnam. Hanya disediakan kertas tisu sahaja. Bekalan air hanya ada di sinki tandas. Tapi tandasnya memang bersih.

Ketua rombongan telah menyewa sebuah bas mini untuk kami dari awal lagi jadi tak perlu nak tunggu lama-lama di airport. Turun sahaja dari kapal terbang terus naik bas. Perjalanan dari airport ke hotel mengambil masa 15 minit.
The White Hotel, Ho Chi Minh City

Aku sekeluarga menginap di bilik VIP 07. Biliknya selesa dengan 1 katil besar dan 1 sofa panjang. Cukup untuk kami berempat. Bilik ini juga dilengkapi dengan tv LED 30", peti sejuk dan komputer beserta Wifi selain air mineral dan beberapa botol arak. Botol arak tu simpan siap-siap dalam drawer supaya tidak ada kejadian yang tidak diingini. Mana tau, ada anak-anak kecil ni...tetiba terpecah botol tu..maka terkena bayar pulak nanti dengan harga mahal. Baik berjaga-jaga sebelum terlambat.

Bilik air

Sampai sahaja di hotel, semua nak mandi dan bersihkan badan apabila terpandang jakuzi atau tab mandian terutamanya anak-anakku. Mandi dalam jakuzi sampai tak nak sudah termasuk la yang baby tu. Meraung-raung kalau keluarkan dari tab tersebut.

Aktiviti malamku, hanya melayari facebook dan merehatkan badan sahaja manakala hubby keluar cari makanan halal dan buah-buahan di kawasan sekitar. Sempat lagi shopping pakaian di saat keletihan.

Pagi esoknya, 26 Disember keluar bersarapan di Kampung Melayu Halal Restoran. Di kawasan ni, ramai yang boleh berbahasa Melayu walaupun kurang fasih.
Keenakkan roti canainya tiada tandingan. Sedap sangat makan ketika panas-panas tapi cicah susu saja. Tak rasa pun kuahnya macam mana. Rasa macam nak tapau banyak-banyak bawa balik Malaysia. Menu lain tak cuba selain nasi goreng seafood dan nasi goreng ayam. Sambalnya pedas dan manis. Air milonya pula memang lain dari milo di Malaysia.

Selepas bersarapan, kami bertolak ke Cu Chi Tunnel. Perjalanannya mengambil masa 2 jam dari tempat penginapan. Aku akan buat post khas mengenai Cu Chi Tunnel ini nanti.

Balik dari Cu Chi Tunnel, singgah di Restoran Laksa Penang menjamu selera untuk makan petang sebab dah jam 5pm. Satu kepala dikenakan bayaran sebanyak RM30 (entah berapa Dong pun aku tak tahu). Makanannya boleh tahan tapi minumannya hanya air kosong.
Restoran Laksa Penang tapi makan nasi lebih kejap perut.

Seharian di Cu Chi Tunnel, lapar punya pasal, habis licin semua lauk pauk yang dihidangkan. Dah bayar mahal-mahal, baik habiskan semuanya. Singgah sekejap di Masjid berdekatan Restoran Laksa Penang.

Sebelum balik ke Hotel, singgah ke Hard Rock Cafe Ho Chi Minh. Shopping baju di situ dulu sebelum teruskan perjalanan ke Saigon City.
Shopping lagi di Saigon City tapi mahal juga pakaian di sana. Beli juga sorang sepasang sebab aku sekeluarga bawa 1 bagasi besar dengan 2 beg kosong. Baju hanya untuk pakai di hotel sahaja. Niat awal untuk shopping baju di Vietnam. Urusniaga menggunakan USD atau Dong tapi ada juga peniaga Melayu atau Islam terima RM.

Terus balik ke hotel dan berehat seketika sebelum keluar shopping di Pasar Malam berdekatan Behn Than Market. Hubby bagi aku 3 juta dong tapi tak pandai nak shopping sorang-sorang. Akhirnya aku shopping sikit je barang antaranya beg kulit, baju tradisional Vietnam dan baju kurung sulaman manik. Selebihnya aku serahkan semula pada hubby.

Hajat hati nak beli benang cotton Vietnam tapi hubby tak izinkan, jadi tak tercapai la hasrat hati nak memiliki koleksi benang Vietnam.

Pagi esoknya semua orang pergi shopping di Behn Than Market tapi aku sekeluarga dah keletihan. Hubby pun malas nak pergi. Jadi kami bersiap-siap awal dan check out. Keluar bersarapan dan menunggu rombongan lain di lobi hotel sebelum bas sampai dan bawa ke airport.

Satu yang aku perasan ketika berada di Vietnam, motosikal lebih banyak dari kereta. Kereta yang ada pun sikit berbanding di Malaysia. Kebanyakkannya kenderaan awam seperti bas, teksi, beca atau motosikal sewa. Jarang juga ada kemalangan di jalan raya walaupun susah untuk melintas jalan bagi pejalan kaki. Hon kenderaan sentiasa kedengaran tak kira siang malam.

p/s: Kena bawa banyak duit jika berada di neraga orang seperti Vietnam kerana setiap kali ada pertukaran barangan mahupun perkhidmatan, pasti anda perlu mengeluarkan tips untuk mereka. Contohnya, kena bagi tips untuk syarikat bas walaupun kita telah bayar sewa bas tersebut, kena bayar tips untuk peniaga barangan dan mudah juga ditipu jika berseorangan atau tidak memahami bahasa Vietnam atau bahasa Inggeris. Tawar-menawar pun kadang-kala minta tips dari pembeli jadi pandai-pandai la berurusan apabila berada di negara orang.

Pertama kali ke luar negeri. Mudah-mudahan lepas ni ada lagi percutian susulan samada ke Medan atau Thailand.

Ranking: 5

8 comments

29 Disember 2012 pada 6:41 PTG

Wah seronoknya telah terbang ke Vietnam. Mengenai pemberian tip ini tengok kepada negara juga.

29 Disember 2012 pada 9:27 PTG

Ada yang boleh berbahasa melayu di sana....tak cuba2 tanya asal usul nya.Saya cadangkan ke Bandung,lebih byk boleh shopping.

30 Disember 2012 pada 12:20 PG

bawa duit banyak2 memang seronok
hehe

30 Disember 2012 pada 10:27 PTG

tak banyak berjalan ke ? berapa hari kat sana ? memang kalau pegi negara luar ni kena berhati2 sikit takut ditipu orang tempatan..

7 Januari 2013 pada 11:29 PTG

Ni lah tempat yg best untuk shopping!

Tanpa Nama
12 Januari 2013 pada 2:55 PTG

Tringin gak nk g sini..best je tengok...singgah sini ye..btw..thanks blog ni tercalon dalam social media week 2013..

16 Julai 2013 pada 2:01 PTG


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Tanpa Nama
16 Ogos 2017 pada 6:36 PTG

Komitmen kami adalah untuk membuat pemilikan perniagaan kerjaya yang berdaya maju untuk bernilai individu yang berjuang untuk meningkatkan kewangan.
Kami menyediakan pinjaman yang berpatutan dan bimbingan untuk membantu individu tesis bernilai untuk memulakan dan berjaya. Kami menawarkan pinjaman peribadi dengan kadar faedah rendah untuk membantu membiayai idea-idea perniagaan anda dan perniagaan sokongan percuma untuk memberikan anda keyakinan untuk berjaya.
Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang termasuk: Perancangan Perniagaan, Perdagangan dan Pembangunan Kewangan, Hartanah dan Gadai Janji, Pinjaman Penyatuan Hutang, Pinjaman Perniagaan, Pinjaman Peribadi, Pembiayaan Semula Rumah, pinjaman hotel pinjaman pelajar dengan kadar faedah yang rendah di 1:00%
Jika anda berminat untuk mendapatkan pinjaman maka sila tulis kepada kami dengan keperluan pinjaman, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut: cnpholding30@gmail.com

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved