Handbag Benang Poly

on Ahad, Disember 16, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Untuk ke 2 kalinya, terhasil handbag kecil ini. Beg tangan ini menggunakan benang import, benang Poly dari Indonesia iaitu sejenis benang yang amat sesuai untuk membuat pelbagai jenis beg dan benangnya juga tahan lasak.
Beg ini berukuran 8.5" x 5.5" dan boleh memuatkan dompet, handphone atau apa sahaja barangan yang bersaiz kecil. Tanpa lining di dalam dan penutupnya menggunakan butang magnetik.

Terdapat beberapa jenis warna dalam simpananku seperti warna cream, gray dan coklat. Jika ada permintaan selain warna tersebut, akan mengambil sedikit masa untuk order benang, juga bergantung pada stok benang yang ada. Jika ada pelanggan yang nak harga murah, benang jenama Nona menjadi pilihan tetapi kualitinya kurang sikit berbanding benang Poly yang berkualiti tinggi ini. 

Aku ambil masa 3 hari untuk menyiapkan beg tangan ini. Beg di atas sudah ada yang punya dan minggu depan bakal di pos ke bumi kenyalang.

Walaupun harga benang Ice untuk beg tangan sebelum ini lebih mahal dari benang Poly tapi kualiti benang poly lebih baik berbanding benang Ice yang lembut dan cepat berbulu.

Sebarang tempahan, akan diteliti selepas 27 Disember ini kerana minggu hadapan aku akan berangkat ke luar negeri untuk beberapa hari, InsyaAllah. Segala urusan akan diuruskan sekembalinya aku ke tahan air.





Ranking: 5

3 comments

16 Disember 2012 pada 1:06 PG

Wah lama dah tak datang ke sini. untunglah pandai mengait. dulu arwah mak saya pun selalu juga mengait. tapi arwah mak mengait lapik meja jer.

16 Disember 2012 pada 10:55 PTG

tahniah2
macam ni baru la bagus
tak bazirkan kemahiran yang ada

21 Disember 2012 pada 1:46 PG

fuh..pandai betul mengait ye. leh wat duit tu.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved