The Old Man And The Farmer's Sons.

on Selasa, Mei 15, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Nampak kacak tak?

Tugasan yang perlu aku lakukan adalah...
Mengajar anak menghafaz sebuah cerita berbahasa Inggeris sebanyak 15 muka surat. Ponteng tadika selama 2 minggu, tiba-tiba ada tugasan yang perlu dilakukan.

Menurut kata cikgu Tadika, Hari Integrasi dah semakin dekat tapi belum ada pelajar yang nampak betul-betul boleh ambil bahagian. Hanya dua orang pelajar yang boleh bercakap. Salah seorangnya adalah anakku.

Ada sedikit perasaan bangga bila anakku terpilih untuk ambil bahagian. Dan ada juga perasaan takut kerana anakku seorang yang amat-amat pemalu walaupun pada ibu dan abahnya sendiri. Ini yang merisaukan aku. Risau kalau-kalau sampai masanya untuk bercerita, tiba-tiba rasa muncul perasaan malu untuk berhadapan dengan orang ramai di atas pentas.

Anak aku baru berusia 5 tahun dan belum pandai untuk menyebut satu-satu perkataan. Dia hanya pandai mengeja dan kenal huruf sahaja. Jadi, kaedah menghafaz adalah cara yang terbaik untuk.

Kalau diberi pilihan, boleh juga aku ajarkan kisah Under The Sea yang sudah lama dan sentiasa aku ceritakan sejak dia masih kecil. Tapi buku tu tak ada pula pengajaran seperti buku yang cikgunya bagi.

Aku bukanlah guru terbaik untuk anak-anakku. Boleh jadi naik angin, tinggikan suara atau aku yang menangis guling-guling nanti kalau lebih 50 kali hafaz ayat yang sama, yang ringkas tapi masih tak boleh nak ikut.

Aku baru ajarkan dia hafaz satu muka surat, itu pun masih ada perkataan yang tertinggal. Masalah juga nak menghafaz apabila rancangan kartun di tv lebih menarik perhatiannya. Sudah berbuih mulut (kata mamaku) aku menyuruh dia menghafaz dengan tekun. Dalam hati, aku bimbang dia tak sempat nak habiskan semua cerita dan bimbang juga dia menarik diri saat-saat akhir.

The Old Man And The Farmer's Sons.

Kisah ini berkenaan dengan petani miskin yang memiliki empat orang anak. Anak-anaknya perlu keluar dari dari situ dan boleh pulang semula apabila sudah kaya. Suatu hari, anak-anaknya berjumpa dengan lelaki tua dan memberikan mereka potongan atau keratan tali. Mereka hanya perlu menjatuhkan tali itu ke tanah dan menggali.

Anak pertama menjatuhkan tali dan menggali. Dia menjumpai sebekas syiling gansa dan dengan gembiranya dia mengajak adik-adiknya pulang tetapi mereka enggan. Maka dia pulang keseorangan. Anak kedua pula menjatuhkan tali dan menggali. Dengan gembiranya dia mengangkat sebekas syiling perak dan mengajak adik-adiknya pulang. Mereka juga enggan mengikut. Seterusnya anak ke tiga menjatuhkan keratan tali miliknya dan menggali. Dia menjumpai sebekas syiling emas dan mengajak adiknya pulang. Adiknya enggan pulang.

Kata adik bongsunya, jika abang-abangnya dapat gangsa, perak dan emas, dia mungkin akan dapat berlian tetapi dia tidak mahu menjatuhkan keratan talinya. Dia meneruskan perjalanannya lagi dan berjumpa dengan seorang lelaki muda yang sedang duduk, badannya dipenuhi lumpur dan dikepalanya ada roda.

Anak petani itu bertanya pada pemuda tersebut akan keadaannya, kenapa ada roda di kepalanya. Sedang dia bertanya, dia mendapati dirinya dipenuhi lumpur dan ada roda di kepalanya. Pemuda tersebut mengatakan bahawa, dirinya juga begitu iaitu ada perasaan tamak maka dia dihukum. Untuk melepaskan diri dari hukuman tersebut, dia perlu menunggu jika ada lagi orang tamak sepertinya melalui kawasan tersebut dan bertanya soalan yang sama. Sekian.

Moral of the story: Orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang.


Ya Allah, berikanlah aku kekuatan sabar dalam menangani kerenah anakku. Juga dipermudahkan segala urusan untuk anakku. Amin..
Ranking: 5

15 comments

15 Mei 2012 pada 12:58 PG

nak mengajar anak anak ni memang perlu kesabaran yang tinggi..tak sama macam mengajar anak orang..sebab bila anak sendiri ni diorang dah terbiasa dengan kita jadi tumpuan tu memang tak macam diajar oleh orang lain (cikgu diorang)..

mungkin pendekatan bercerita sambil ada sedikit lakonan boleh menarik minat kot.. :)

15 Mei 2012 pada 10:22 PG

bukan calang2 yg terpilih ni ye iza... harap2 ibunya sabar nak sudahkan proses menghafal cerita tu ye. izan pun sama... kalau nak mengajar ni adakalanya jadi singa... terlebih garang sudah...

Tanpa Nama
15 Mei 2012 pada 10:40 PG

Salam Iza,

Semoga semua berjalan lancar sebagaimana diharapkan. InsyaAllah.

15 Mei 2012 pada 4:27 PTG

perlukan kesabaran yang tinggi bila mengajar anak. samalah dengan anak saya...

15 Mei 2012 pada 5:19 PTG

kalo x dpt hafal 100% pon x pa..janji die leh ceritakan balik apa yg ingin disampaikan oleh cerita itu.. :)

15 Mei 2012 pada 6:55 PTG

Takpe sebut satu-satu pun takpe kalau dah hafal ia akan menjadi lancar

16 Mei 2012 pada 1:02 PG

budak ada daya ingatan yang kuat.. lama lama boleh dapat tu :)

16 Mei 2012 pada 3:24 PG

insyaAllah boleh, moga berjaya anak tu hafal.

16 Mei 2012 pada 11:41 PG

Mendidik anak memang perlukan banyak kesabaran....hehehe jgn nangis guling2 lagi wehhh....:)

16 Mei 2012 pada 10:51 PTG

Bukan mudah untuk mengajar anak terutama bahasa asing kerana di rumah kita jarang membiasakan diri mereka dengan bahasa asing.

Mengingatkan saya ketika sekolah dahulu dipaksa oleh guru untuk masuk pertandingan bercerita didalam bahasa Inggeris. Pada hari pertandingan saya belasah sahaja betul sebut atau tidak. :-)

17 Mei 2012 pada 3:02 PTG

@akubiomed
Memang tak mudah. Cerita dalam bahasa Melayu pun masih tak pandai, inikan pula dalam bahasa Inggeris.

17 Mei 2012 pada 3:02 PTG

@yastro
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

17 Mei 2012 pada 3:03 PTG

@Denaihati
InsyaAllah.

17 Mei 2012 pada 3:04 PTG

@pipoq
Betul tu...tambah2 pulak ada rancangan kartun kegemaran, adehh..

17 Mei 2012 pada 3:05 PTG

@Izan Ishak
Ya la Izan. Sabar je la..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved