Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Kisah Si Anak Sulung.
Bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Tunggu pula si abah bersiap untuk hantar ke tadika dan seterusnya ke tempat kerja. Sampai saja kat sekolah, belum pun sempat buka pintu kereta, abahnya hairan kenapa muka anak tak ceria dan hampir nak menangis.
Rupa-rupanya terlupa nak bawa beg sekolah. Nasib baik la tadika tu hanya setaman dengan rumah. Boleh la berpatah balik untuk mengambil beg yang tertinggal.
Peristiwa Persekolahan
Sudah 2 minggu ponteng tadika sebab balik bercuti di kampung (minggu lepas). Hari pertama nak ke sekolah, mood ceria sebab dah lama tak jumpa kawan-kawan. Bila sampai di sekolah, abahnya bercakap seketika dengan cikgu tadika yang baru bertugas menggantikan Cikgu Kila yang bercuti bersalin dan si anak......tempat pertama yang dituju adalah dapur kerana (mungkin) rindukan cikgu Fiza (cikgu masak). Tetapi kelibat cikgu Fiza tak kelihatan di dapur mahupun di bilik makan.
Maka gugurlah air mata dan teresak-esak menangis di samping abahnya. Malu dengan cikgu baru agaknya dan mungkin juga apa yang diharapkan tiada di depan mata.
Setelah abahnya bertolak ke tempat kerja, mula la sesi pujuk-memujuk cikgu dan kawan-kawan. Akhirnya, berjaya juga menyesuaikan diri dengan cikgu baru.
18 comments
jika anak suka ke sekolah, mmg petanda yg baik :)
jika ada mood kurang, biasalah kanak2.. kita yg dewasa pun sama kan? hehehe
salam..
ermm..cute je soundnya story nih..
saya pun mengambil tugas menghantar
anak perempuan 4 tahun ke taska setiap
hari..memang banyak karenah bila nak
ke sana..macam tak suka je
Salam,
Situasi yang hampir sama macam anak aku juga. Kalau time aku yang hantar, anak aku takkan cakap kalau beg tertinggal. Sampai dekat sekolah baru terkebil2 bagi signal ada yang tak kena.. rupanya beg dah tinggal..
insyaAllah.. lama2 serasi ler cikgu baru dgnnya..
Dulu2 aku semasa di sekolah memang sukar utk
berbual dgn cikgu baru.. Makan masa agak lama..
@kulanz
W'salam..
hehe..ada pengalaman jugak rupanya..
Kalau sudah bercuti panjang pun iya juga tuh. Tak apalah nanti akan serasi dengan guru barunya. :-)
Ada pengalaman masa kecik cm nie... Hehehe... pas tu esok x mau g seklah... Plus lepastu lagi kene tibai... ;D
assalam..
anak sy tu masih belum lagi masuk tadika..insyaAllah tahun depan mungkin..tapi bila baca pengalaman camni, rasa cam tak sabar pulak nak antar anak gi sekolah..hehehe
wahhh 2mgu x sekolah...terus dpt cikgu baru heheheh
tp at least dia nak bersekolah
bkn cam anak el tu..hari x sekolah pun nak kesekolah caner tu..smgt betul hahahaha
Hehe
Rajuk anak kecil
Belum sempat air mata kering, hati dah kembali ceria
salam..
manjanya..hehe...budak2 kalau dah rindu ,mmg kita pun serba salah dibuatnya..
anak yang manja ye...kadang-kadang budak kalau dah riundu sangat boleh demam
rindu kat cikgu ker?..hehe
@el
Wahhh, semangat tinggi tu..
tahun depan baru ada anak sekolah tadika he3..macam2 hal anak2 nih...
alahai... kesiannya dia cari cikgu kesayangan dia ye...
Gitulah. Bila anak2 cuti panjang, mesti ada yg tak berapa kena hari pertama masuk kelas.
p.s-makin cantik blog ni...hehe
Hehe...lambatnya nak rasai semua ni..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini