Tempahan Raya.

on Ahad, Julai 14, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Selamat berpuasa.
Sudah lama hatiku tak bertamu di blog sendiri. Sekarang ni makin sibuk. Maklum la, bulan puasa. Banyak komitmen yang harus ditunaikan. 

Orang sibuk buat business kuih raya, aku sibuk menerima tempahan raya seperti beg raya untuk kanak-kanak, kopiah Gaza (yang tak pernah putus) dan juga kopiah raya untuk kanak-kanak dan juga dewasa.

Di sini ada beberapa contoh kopiah yang sempat aku snap.

Kopiah kanak-kanak 2 bulan.

Kopiah anak dan ayah

Kopiah biasa

Harga kopiah bergantung pada saiz lilit kepala, sama ada corak atau biasa dan juga kopiah bernama. Jika berminat untuk tempahan, boleh berhubung terus dengan mengisi contact form atau fan page facebook Iza Arm Crochet. Lebih cepat kalau sms.

Dalam seminggu ni aku cuba untuk terima lagi tempahan sehingga cukup kuota. Kalau dah cukup had, tempahan akan ditutup. Nak kait beg raya untuk anak2 dan juga kopiah untuk anak saudara pula.

Syukur Alhamdulillah, walaupun business baru bertapak dan secara kecil-kecilan, ianya sangat menyeronokkan walaupun lenguh jari-jemariku..

Selamat berpuasa.

Ranking: 5

1 comment

15 Julai 2013 pada 8:20 PG

comel comel.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved