Imam Bukhari Difitnah.

on Jumaat, Mac 02, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Fitnah sentiasa wujud sejak dahulu lagi tidak kira pangkat mahupun darjat seseorang itu. Begitu juga yang terjadi pada ulamak Hadis. Walaupun tidak pernah menyakiti hati insan lain namun ada yang iri hati dan tidak senang dengan beliau.


Pada suatu masa Imam Bukhari pergi ke Naisabur. Walaupun pemergiannya dirahsiakan, berita ketibaabnya cepat tersebar. Ramai penduduk di situ menyambut ketibaannya. Beliau juga terkejut melihat pasukan berkuda mengiringi beliau masuk ke negeri itu. 


Peristiwa tersebut dilihat oleh penduduk negeri itu sebagai suatu perarakan besar yang luar biasa. Malangnya bukan semua penduduk terpesona dan gembira dengan sambutan tersebut terhadap Imam Bukhari. Ada yang iri hati dan hasad terhadapnya.


Terdapat beberapa ulama tempatan yang tidak ikhlas dan mengharap sanjungan dari orang lain tetapi tidak mendapat sanjungan seperti yang diberikan kepada Imam Bukhari.


Golongan ulama curang ini telah mencari sebab dan alasan untuk menganiaya dan mendedahkan aib atau kelemahan beliau di khalayak ramai tetapi gagal. Maka dicarilah fitnah  supaya Imam Bukhari dihadapkan ke mahkamah berhubung fitnah "Quran Makhluk"


Pendapat ini berasal dari golongan Muktazilah yang telah berjaya mempengaruhi beberapa orang Khalifah hingga tersebar fitnah "Quran Makhluk" yang memecah belah perpaduan umat Islam.


Akhirnya Imam Bukhari di bawa ke majlis pengadilan yang diadakan khusus untuk beliau. Beberapa ulama berdiri dan menghuraikan tuduhan mereka terhadap beliau. Pada mulanya Imam Bukhari hanya mendengar dan menyaksikan sahaja sandiwara mereka dengan penuh sabar.


Akhirnya dengan tegas beliau menjelaskan:


"Quran itu adalah Kalamullah. Oleh itu, ia bukanlah makhluk. Tetapi apa jua yang dibuat dan dicipta oleh manusia adalah makhluk ( termasuk kertas dan pena yang mencatat wahyu Allah itu)"
Imam Bukhari kemudian membawa nas Al-Quran dan Hadis bagi menyokong pendapatnya. Imam Bukhari berjaya mengatasi cabaran yang dihadapinya. Namun, ulama curang itu masih tidak berputus asa.


Mereka berjaya mendorong Gabenor Az-Zihliy bertindak melarang Imam Bukhari tinggal di Naisabur. Fitnah tersebut akhirnya reda dan Imam Bukhari dibenarkan pulang ke kampung halamannya di Bukhara dan menetap di sana dalam keadaan aman.


Selama di Bukhara, beliau mengadakan majlis ilmu dan ramai pengikut. Hal ini sekali lagi mengusik perasaan Gabenor Az- Zihliy. Kali ini Gabenor bimbang terhadap pengaruh Imam Bukhari yang semakin besar di Bukhara.


Akhirnya Imam Bukhari diperintah supaya mengadapnya dan membawa kitab-kitab karangannya untuk diperiksa. Oleh kerana bimbang kitabnya akan dirampas dan dibinasakan, Imam Bukhari menolak perintah dengan sopan.


Penolakkan tersebut diterima sebagai suatu penghinaan lalu Az-Zihliy memerintahkan Imam Bukhari keluar meninggalkan Bukhara. Jika tidak, beliau akan ditangkap dan dipenjarakan.


Sekali lagi Imam Bukhari di usir keluar dari tanah airnya sendiri dan terpaksa hidup dalam buangan di sebuah kampung kecil di luar Bukhara bernama Kharninak..


Itulah fitnah yang terpaksa dihadapi oleh Beliau. Ikuti kisah terakhirnya di minggu akan datang dengan tajuk Pulang Ke Rahmatullah.



Entri lain yang berkaitan:
Ranking: 5

4 comments

2 Mac 2012 pada 12:44 PG

Fitnah ni nampaknya sejak zaman dulu lagi yer dah ada :(...fitnah zaman ni lagi dasyat

2 Mac 2012 pada 1:05 PG

Saya adalah seorang peneliti pahaman Mutakzilah yang begitu kritis setiap wacana yang dibentangkan oleh golongan mereka. Pernah juga terbaca dari pengkritik mendakwa Mutakzilah pernah menganggap Alquran sebagai makhluk. Saya begitu kabur berkenaan dakwaan tersebut. Bolehkah sesiapa yang arif tentang pemikiran mazhab islami menjelaskann isu ini..?

2 Mac 2012 pada 7:39 PG

Terima kasih saudara noharin. Harapnya ada yg menjelaskan hal tersebut.saya hanya faham bahawa Quran itu Kadim.

3 Mac 2012 pada 2:10 PTG

Bahaya kesan fitnah ini boleh memecah belahkan umah.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved