Imam Bukhari : Ilmu Dan Akhlak.

on Jumaat, Februari 24, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Dikatakan Imam Bukhari mewarisi daripada Rasulullah s.a.w ilmunya, akhlaknya dan amalannya dan bukan mewarisi hartanya. Beliau adalah seorang ahli ilmu Hadis yang kuat beribadat, warak, zuhud dan berakhlak mulia. Beliau tidak membuang masanya dengan sia-sia, masanya diisi dengan menulis Hadis dan mendirikan solat-solat sunat.

Dari Imam As-Subki, mencatatkan pengakuan Imam Bukhari, "Setiap kali aku hendak menulis sebuah Hadis dan menaqalnya dalam Sahihku (Kitab Sahih Bukhari), aku akan berwuduk dan mengerjakan sembahyang".

Imam Bukhari memberi perhatian serius kepada kewajipan sembahyang. Beliau menghayati setiap ayat dan zikir yang dibacanya. Pada suatu masa, ketika beliau sedang solat, beberapa ekor lebah hinggap di belakangnya dan menyengatnya tetapi sengatan lebah tersebut sedikitpun tidak mengganggu solatnya. Sesudah selesai solat, beliau meminta kawan-kawannya membuka bajunya dan melihat apa yang menyebabkan beliau rasa tidak selesa ketika solat tadi. Mereka lihat belakangnya telah bengkak akibat sengatan lebah, padahal beliau tidak merasa sakit ketika solat.

Beliau juga sering membaca Quran pada waktu sahur dan menyambung bacaan pada siang hari. Dengan cara itu, beliau dapat mengkhatam sebuah Quran setiap hari.

Kehidupan Harian.
Imam Bukhari bersungguh-sungguh menjauhi perkara yang haram dan mengelakkan perbuatan atau makanan yang syubhah atau yang boleh membawa kepada haram.

Beliau tidak pernah menyakiti hati orang lain. Jika dirasakan perbuatannya menyakiti perasaan orang lain, beliau akan segera meminta maaf.

Imam Bukhari juga tidak pernah menegur perbuatan buruk orang lain sebaliknya menutup aib orang itu akibat kesilapannya. Beliau juga tidak pernah menghampakan permintaan orang miskin walaupun beliau hidup secara sederhana.

Keperluan Hidup.
Imam Bukhari hidup secara sederhana walaupun mewarisi sedikit harta daripada ayahnya. Beliau juga tidak membelanjakan harta pusaka ayahnya untuk kesenangan hidupnya. Makanan dan minumannya sekadar menjadikan beliau sihat dan bertenaga untuk mencari ilmu.

Beliau juga tidak keberatan untuk menolong murid-muridnya yang susah dan tidak mampu membeli makanan. Beliau mendirikan tempar belajar dengan wangnya sendiri.

Dalam keadaan susah ketika beliau menuntut ilmu, beliau pernah mencari daun-daun kayu dan rumput untuk mengalas perut sebelum beliau mendapat makanan.

Beliau tidak pernak menyatakan keinginannyan untuk makan makanan yang lazat kecuali jika dihidangkan oleh orang lain. 

p/s: Ikuti Peribadi dan Pengajian Imam Bukhari. Juga kisah Imam Bukhari difitnah pada minggu depan.
Ranking: 5

3 comments

24 Februari 2012 pada 1:03 PG

salam..
amalan yang baik semoga
menjadi panduan hidup :)

24 Februari 2012 pada 1:05 PG

Mulia sungguh peribadinya..

24 Februari 2012 pada 11:53 PG

Keperbadian boleh dijadikan contoh dan ikutan.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved