Kelantan Negeri Termiskin?

on Rabu, Februari 22, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Jumaat lepas aku ke Tumpat, Kelantan. Lebih kurang 8.45 malam baru sampai ke destinasi yang di tuju. Semua orang kat dalam rumah tu terkejut tengok kedatangan kami sekeluarga, rupanya hubby tak bagitau pada sesiapa pun kami nak ke Kelantan pada hari tersebut. 

Sebelum aku meneruskan penulisan, jom tengok video di bawah ni dulu tentang KELANTAN yang dikatakan NEGERI TERMISKIN. Benarkah begitu?


Sepanjang perjalanan aku ke Kelantan, sesaat pun aku tidak melepaskan peluang untuk melihat persekitaran di Kelantan. Melalui pemerhatian aku sekitar kawasan Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas, Tumpat dan beberapa tempat lagi, kebanyakkan rumah yang ada terdiri dari rumah banglo. Aku ulangi, KEBANYAKKAN RUMAH YANG ADA ADALAH RUMAH BANGLO. Malah aku tertarik dengan cara pembinaan rumah di Kelantan. Setiap rumah banglo tersebut pastinya ada binaan khas untuk tangki air. Bukan calang-calang binaannya tu. Itu baru tangki air. Kos binaan tangki air tu agak aku lebih kurang dalam lingkungan RM20 ribu. Jadi, di mana miskinnya Kelantan ni? Penduduknya kah atau Kerajaan Negerinya kah?

Sesuatu yang unik di Kelantan ni yang dapat aku rumuskan, Kerajaan Negerinya masih kaya dengan tanah-tanah tidak seperti negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Contohnya di Perak. Masihkan ada tanah milik Kerajaan Negeri yang belum diterokai? Yang ada mungkin tanah milik persendirian. Jika kerajaan Negeri Kelantan berhasrat untuk membangunkan sesuatu projek, rasanya tak ada masalah untuk gunakan tanah-tanah tersebut tetapi jika kerajaan selain Kelantan, mungkin kerajaan terpaksa membeli tanah rakyat.

Mungkinkah ramai yang tertarik untuk menawan Kelantan disebabkan tanah-tanah yang ada? Secara peribadi, syabas aku ucapkan kepada rakyat Kelantan kerana berjaya kekalkan tampuk pemerintahan. Walaupun Kelantan dilihat sebagai negeri termiskin oleh Perdana Menteri Malaysia, aku yakin betul bahawa rakyat Kelantan tidak semiskin seperti yang di sangka. Buktinya, anak-anak aku dapat kumpul hampir RM200 setiap seorang, sumbangan dari saudara-mara di Kelantan. Itu tidak termasuk lagi jumlah yang anak-anak saudara aku (anak kakak ipar) seramai 3 orang tu dapat.

Mungkin sebahagian kecil sahaja rakyat yang miskin tapi sebahagian besarnya sudah boleh hidup mewah. Selama 2 hari aku di sana, setiap pagi dapat makan nasi kerabu yang dibeli. Kalau duduk seminggu, agak-agak dapat tak makan nasi kerabu setiap hari? Kalau bab makan pula, tak sempat nak rasa lapar, pasti ada hidangan lain untuk di makan. Betapa mewahnya rakyat Kelantan.

Satu lagi yang aku perasan, di Kelantan jarang aku jumpa rumah orang Cina yang kaya dan mewah seperti rumah orang Melayu. Kalau ada rumah banglo cantik macam tu tetapi PM kata miskin lagi, apa pula nak dikata jika ada yang tinggal dalam rumah pondok? supermiskin? hipermiskin? miskin tegar?

Papan tanda atau papan iklan bertulis jawi. Ada tak rakyat Kelantan yang tak pandai baca jawi? Sedangkan papan tanda kedai cina pun ada yang bertulis jawi. Aku ada terjumpa satu papan iklan di Kadah yang bertulis jawi. Mungkin Kedah mula mengikut jejak Kelantan sedikit demi sedikit.

Sedikit kecewa apabila dalam perjalanan nak balik ke Perak sekitar jam 12.30 tengahari, kuih-muih belum dijual. Jadi tak dapat nak merasa kuih akok.
Ranking: 5

29 comments

22 Februari 2012 pada 8:32 PG

mmg apa y dikatakan itu adalah tidak benar2 belaka.

*Oh ya,kuih akok tepi rumah saya ada jual,mai lah..hehe

22 Februari 2012 pada 9:14 PG

Walau kakak org Johor kakak hormat Kelantan. Kakak suka Kelantan. Kekayaan penduduk di sana rata-rata bangsa kakak, tidak seperti negeri kakak yg kaya bukan kalangan saudara kita.

Kalau hak milik bumi Kelantan diberikan tanpa sekatan kakak percaya Kelantanlah yg paling kaya berbanding negeri lain...

22 Februari 2012 pada 9:35 PG

Politik2...Kelantan tak miskin,tgklah kebanyakan cikgu,lecturer,bisnesman,menteri2 byk ore klate...anak2 kelantan banyak yg berjaya pegang jawatan tinggi dalam kerajaan....

Kalau pergi Kelantan,boleh tgk keta2 merz menjalar sana sini,bila tgk driver nya,orang melayu Kelantan.

*i love budu #

22 Februari 2012 pada 9:59 PG

Mungkin pandangan Najib berdasar laporan pendapatan perkapita individu untuk penduduk negeri Kelantan (tak semua berani isytihar harta masing-masing). Pandangan Iza berdasar apa yang nampak di depan mata (aku pun kena habis pusing satu negeri Kelantan termasuk ke ceruk kampung baru boleh berani nak komen apa Najib kata)

Contoh lain (contoh maya bukan betul, tapi mungkin ada):
Seorang ibu tunggal yang menikmati faedah pencen (arwah suami) RM1000 sebulan disamping bantuan jabatan kebajikan masyarakat RM500 sebulan dan mengusahakan kuih, nasi lemak dan kerepek yang menghasilkan RM3000 sebulan boleh layak BR1M kerana hanya isytihar faedah pencen sahaja. Anak-anak dah bekerja semuanya dan tiap bulan ada menghulur...

Seorang bapa berpendapatan RM2500 sebulan manakala ibu berpendapatan RM1000 sebulan dan perlu menanggung 4 anak yang bersekolah sambil menghulur sedikit wang kepada ibu (ibu tunggal yang layak BR1M) setiap bulan - tak layak BR1M kerana pendapatan isirumah > RM3000...

Sekadar berkongsi "tak semua kita nampak; tak semua orang tak nampak; Allah nampak semua" ^_^

22 Februari 2012 pada 10:07 PG

Tak tau nak kata apa sebab takde statistik. Mungkin yg dimaksudkan berdasarkan statistik pendapatan isi rumah atau ekonomi negeri. Sy pun suka pegi Ktan, sebab kos hidup masih rendah, kuih pun banyak :) Pendapat peribadi,.. mungkin masalah utama di Ktan ialah kurang peluang pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan/bayaran, sebab tu ramai org2 Ktan bekerja di luar Ktan. IMHO

22 Februari 2012 pada 10:38 PG

Lihat sendiri dan buat penilaian. Dengar-dengar kata orang tidak semestinya 100% betul.

22 Februari 2012 pada 2:13 PTG

orang kelantan terkenal dengan emas nya.
macam di area umah chii, orang kelantan memonopoli perniagaan emas secara hutang...
dikatakan miskin..mcm x adil kan..hanya kerana bbro org..kelantan di cop miskin plak

22 Februari 2012 pada 5:34 PTG

seharus_nya ini sangatlah harus di perhatikan ...biar rakyatpun tak menderita..karena kemiskinan

22 Februari 2012 pada 6:40 PTG

salam..
lama dah tak ke Kelantan..jadi tak
boleh nak komen banyak..tapi kawan
saya ada meniaga di Kelantan..katanya
orang Kelantan kaya-kaya..mampun pakai
baju melayu harga RM1000 sepasang..
saya ulangi "BAJU MELAYU HARGA RM1,000
SEPASANG"

23 Februari 2012 pada 4:34 PTG

ala xpi awek comel2. untung ape. haha

23 Februari 2012 pada 4:54 PTG

Ala...tak bley tgk video nih. Dah lama tak gi Kelantan.

23 Februari 2012 pada 6:43 PTG

Kenapa? Internet slow ye?

23 Februari 2012 pada 6:44 PTG

Ye, bukan awek, gewe kot..hehe..

23 Februari 2012 pada 6:47 PTG

W'salam..
Fuhh...Rm1000 sepasang?
Boleh beli lebih kurang 10-15 helai baju dengan harga tu.

23 Februari 2012 pada 6:48 PTG

Ya, yang miskin harus dibantu sebaiknya.

23 Februari 2012 pada 6:50 PTG

Wahh, emas.
Memang orang Kelantan suka emas.

23 Februari 2012 pada 6:50 PTG

Ya, itu yang terbaik.

23 Februari 2012 pada 6:52 PTG

Betul la, orang Kelantan banyak yang bekerja dan tinggal di luar dari Kelantan. Barang pun murah kat sana.

23 Februari 2012 pada 6:55 PTG

Ya, setuju dengan pandangan tu. Benda tersurat dan tersirat hanya Allah yang tahu.

23 Februari 2012 pada 6:58 PTG

Itu tidak dinapikan. Kebanyakkan student yang ramai di IPTA terdiri dari anak-anak Kelantan.

*tak makan budu tapi kalau nasi kerabu, makan je walaupun ada budu sebab tak nampak.

23 Februari 2012 pada 7:00 PTG

Betul tu kakzakie, orang Melayu di Kelantan memang kaya dan ada juga yang memiliki tanah di luar dari Kelantan. Walaupun ada yang nampak biasa-biasa saja tapi diorang ni banyak memiliki tanah.

23 Februari 2012 pada 7:01 PTG

Kuih akok? kat mana tu?

Ex Putrajaya
26 Mac 2012 pada 12:44 PG

Betul ke Klntn Ngri termiskin diMlysia? ..itu atas krts je..kena belajar & berfikir mcm org Klntn.Makro & Mikro ekonomi kna tau Pmpn oii..jaja Sbh Srawek blhlah..OrngKlnt mcm org Cna suka bsnes mana kaya mkn gji?..mkn gji jels nmpk gjdinya tapi bisns mana tau hnya empnya bsns tau untng mcm Cina..tut2 kaya..Perasan x yg gi ambl BR1M tu yg kaya2 tu krna nak bgi mrka ambl le smpai jln jam smua dok bwa krta bru+mewah..Terkjut bruk I dok KL 17 thun blik tngok mrka kya.Airport dmstic plg BZ,tu blm buka Intrnsnal lgi mriah bndg dgn ngri jirn T snyi gle.Kosmo hri ni value hrtnh Klntn rankng no5 slps KL,Ptrjaya,Slgr,Png.Klahkn Johr.Fikirkn..nak rkyt kaya ke krjaan kaya?..jika krjan kaya hnya pmpn&kroni je,jika rkyt pasti rmai.

Ex Putrajaya
26 Mac 2012 pada 1:07 PG

Minta maaf bnyak 2 krna salah ejaan,xsmpt nak edit pkai HP baru he he..kekok rasanya..xbeso lgi..Terkejut tngok rmh d Klntn besar2 gle..miskin lgi ke tu...Harap2 bubble hartah akn terjdi krana rmh mahal gle Rm300k mcm KL,krjan kna cntrol cpt..xmampu weh ..xkan gji wat byr rmh je..Ini terjdi krna org Klntn kaya ada duit berlumba beli..jika miskin nak bli cmne..?..Miskin ke kaya mcm tu.tq

Ex Ptrajaya
26 Mac 2012 pada 1:26 PG

Kuih akok Kepulau Palekbang & Dakota

Ex Putrajaya
26 Mac 2012 pada 1:52 PG

Tq,ya betul kakzakie.Mrilah lawat Klntn,blh shoppng murah sini,org melayu yg berniaga.I stuju tu kerana jiran I org JB tinggal lama d Klntan pindah sini blik kerana susah dok flat ramai sngt & letih pnjat tangga.Rmh bawah bangsa lain yg mampu.Katanya kerja bnyk tapi kos hidup mahal,anak2nya cerdik2 msuk U kerana persikitaran bljr sklah sini tenang.

Tanpa Nama
18 Mei 2012 pada 6:29 PTG

Kelantan negeri termiskin..?! ini cakap orang Politik saja.
Kalau BN memerintah Kelantan hari ini.. esok tersebar ( sengaja disebar ) yang Kelantan bukan lagi negeri miskin. Saya TABIK orang Kelantan. Biar miskin di di dunia di akhirat jangan.

Tanpa Nama
11 Jun 2012 pada 10:01 PTG

Simboliknya, BN 'paling miskin' undi kat Kelantan. Kasihan kat BN tp takkan nk bg undi kesian, lagi teruk drp undi rosak. Rasa x sabar nak balik lagi setiap kali balik KL drp Kelantan.

Ada yg kutuk org Kelantan ramai keje kat negeri lain, terutamanya KL & JB. Masalahnya, Kelantan, KL & JB tu bukan dlm 1negara yg sama ke? Hati kalau busuk, semua nk dikutuk sama la mcm gelaran 'negeri paling miskin'. Kami dah lali dah.

Yg penting kami dpt beli beras terbaik dr sempadan siam, makanan sedap2 drp kedai mkn terbaik & jiwa selalu terisi dgn ilmu2 agama drp pemimpin kami yg tersayang Tuan Guru Nik Aziz yg setakat ni amanah mentadbir Kelantan. Syukurlah krjn skrg tak 'beli' jiwa kami dgn program 'karaoke' mcm krjn lepas2. Rasa aman setiap kali balik Kelantan.

Tanpa Nama
27 Januari 2013 pada 12:26 PTG

PENAWAR KANSER PENEMUAN PROFESSOR USM LAYARI WEBSITE PENAWAR KANSER

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved