Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Info Berkenaan Kumbang.
Kumbang merupakan serangga terbesar dan spesies terbanyak dalam alam haiwan. Kumbang yang aku tahu namanya adalah kabui (kumbang badak), ladybird, dan reyang-reyang yang boleh ditemui di kampung-kampung atau berdekatan hutan.
Pernah dengar tentang Kumbang Berteduh?
Ini bukan lah cerita seekor kumbang yang berteduh di bawah pohon atau daun. Masa zaman sekolah dulu, Tok Guruku merangkap Imam Masjid, Guru Faraid dan Pengetua Sekolah ada memberitahu tentang Tahi Lalat Kumbang Berteduh. Sambil mengajar, sempat juga Ustazku bercerita tentang tahi lalat kumbang berteduh ni.
Ada tak di kalangan pembaca di sini mempunyai tahi lalat kumbang berteduh?
Tahi lalat kumbang berteduh ini terdapat di belakang kepala dan di atas tengkuk atau lebih mudahnya bagi wanita, ianya terletak di bawah sanggul rambut. Masih adakah wanita zaman sekarang mempunyai sanggul rambut asli atau langsung tidak tahu menyanggul rambut?
Menurut Ustazku, orang tua dulu-dulu, kalau nak cari menantu, pastinya mereka akan mencari gadis yang mempunyai tahi lalat kumbang berteduh (bawah sanggul). Dulu-dulu mana ada cinta sebelum berkahwin. Kebanyakannya ibu bapa yang akan menguruskan perkahwinan anak-anak mereka bermula dari merisik, meminang, akad nikah hinggalah ke majlis Walimatulu'rus.
Tahi Lalat Kumbang Berteduh.
Kata Ustazku lagi, jika wanita, perempuan atau isteri mempunyai tahi lalat kumbang berteduh, pasti suaminya akan rasa sejuk hati bila memandang senyuman isterinya. Kalau balik rumah dalam perasaan marah pun, perasaan marah tersebut akan hilang jika terpandangkan wajah si isteri yang manis tersenyum.
Kalau pada lelaki, aku tak pasti pula sebab ustaz aku hanya fokuskan pada wanita sahaja memandangkan kelasku dulu semuanya terdiri dari pelajar perempuan.
Zaman sekarang ni, orang dah tak peduli tentang benda ni semua. Bila hati sudah cinta atau sayang, mata pun jadi buta dan tak akan nampak lagi kekurangan atau keburukan yang ada. Walau apa pun, jodoh pertemuan, Allah yang tentukan.
p/s: blogger lelaki yang dah berkahwin, cepat tengok ada tak tahi lalat kumbang berteduh di bawah sanggul isteri anda? Kalau ada, bertuah la anda kerana ada penawar marah. Bukan semua orang ada tahi lalat ini. Pada isteri-isteri yang tak ada tahi lalat kumbang berteduh ini, jangan susah hati kerana ada pelbagai cara yang dibenarkan dalam Islam untuk menyejukkan hati suami anda ketika mereka marah.
19 comments
Salam..
erkk..tak periksa pula
dulu dan kini..terima je
seadanya :)
salam..
baru tau ni.. tp petua org dolu2 ada baik juga
Hmm..Penawar marah, banyakkan bersabar! :D
salam;
Biasalah orang tua dulu2..pentingkan petua2 ini semua,apa2pun semuanya untuk kebaikan anak2 masa dulu,hasilnya kita boleh lihat perbezaan remaja dulu dengan sekarang.
baru tahu...
rasa macam ada.. heheh
ha ah..mak pun baru tahu ada perumpamaan kumbang berteduh nih. Mak?? Mmg takde la kumbang berteduh tu bagai. Mujur dah kawen..hahaha
Saya dahulu hendak merisik anak dara orang melihat halaman rumah protege menantu samada bersih atau tidak. :-)
assalam..baru tau je pasal petua ni tapi kalau dok bawah sanggul camana nak periksanya sblm kawin kecuali bila dah kawin..kalau ada kira nasib la tu kan & kalau x ada terima jelah seadanya jodoh kita tu
susahnya nak tengok tempat kumbang ni berteduh sebelum kawin.. klu tahi lalat tu kat dagu tak dikira ka?
alamak, macam mana nak nampak yer, oooo kena guna dua cermin lah baru nampak ni...kalau raba mungkin tak rasa haha...agenda bila cowok balik malam ni, tengok tahi lalat kumbang berteduh.... :D
apa ni ? rasa-rasanya, tak pernah ada kot ..tapi entahlah ..haha
ilmu baru ni. tapi bab cek mengecek dah terlepas lama dah
br jer dgr tahi lalat jenis ni..kene cek ni..hehe
Sedap pulak nama tahi lalat tu ye Iza...hehehe...gamaknya klau yg bwh mata ni nk panggil ape lakk....-taik mata kot...hahha
salam sis Iza...
Pekabar...?
Moga sihat selalu...maaf sumanje lama menyepikan diri....
Baru tahu. Balik nih nak soh si dia cek ☺☺
Baru pertama kali dgr nama tahi lalat kumbang berteduh..
memang jakun.. hik3..
hehehe...kang kawe check nanti.. =)
baru tau pasal indo TLKB ni...mmg menarik citernya..
org tua2 dulu, mmg macam2 pantang larang dan panduan yg mereka ada...sayangnye, kita payah nak ikut :D
Salam,
Pertama kali pula dengar pasal tahi lalat kumbang berteduh ni.. tak tau lah isteri aku ada ke tak.. tak perasan selama ni :D
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini